Isnin, 24 Februari 2020

Restoran Halal Di Thailand

Haa... Tengah blog walking ke? Baguih baguih.. Boleh baca cerita cik Lady nih. After raya tahun lepas, ayah cik Lady pi lagi melancong ke Thailand. Amboihh... sekali lagi dengan rombongan orang kampung. Pi reramai... tapi dorang tak naik flight. Diorang pi dengan bas. Ayah kata sana senang nak cari makanan halal. Tu yang angkatan veteran kampung gemar pi melancong ke sana... aiihh.. teringin lah nak pi. Cik Lady belom pernah sampai... stakat sempadan Malaysia - Thai je... Passport tak prepare. Nak buat camne. Takat tu je la kita mampu sampai... Rasa rugi betul la. Ni, cik Lady dah standby info tempat - tempat yang ada jual makanan halal. Next time, kalau nak pi... boleh semak kat sini. Haa.. korang pon boleh semak kat sini... kot la sudi nak nyinggah ke blog cik Lady ni kann...😘


Restoran Halal di Thailand

Thailand merupakan salah satu negara di dalam benua Asia Tenggara dan negara ini terletak di tengah-tengah semenanjung Indocina. Sebagai satu negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi sumber alam semulajadi, tidak hairan mengapa banyak destinasi - destinasi pelancongan yang diwujudkan di kebanyakan kawasan di dalam Thailand ini. Antaranya ialah Phuket, Krabi, Chiang Mai, Hat yai dan beberapa lagi destinasi yang terkenal.

Kalau diikutkan, kesemua destinasi tersebut mempunyai tarikan - tarikan yang sama, iaitu keindahan pantai dan laut yang sangat mengujakan serta flora dan fauna yang terdapat disekitarnya. Oleh itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara datang bercuti bersama keluarga ataupun berpasangan dan Malaysia adalah salah satu negara yang menyumbang kepada jumlah pelancong yang datang bercuti ke Thailand.

Jadi, adakah korang salah seorang daripadanya? Atau korang sudah pun berniat untuk melancong ke Thailand? Kalau korang tengah membuat keputusan untuk ke Thailand, perkara pertama yang korang ingin lakukan sudah tentu menempah tiket penerbangan. Banyak sumber yang membolehkan korang untuk melakukan perbandingan tiket penerbangan ke Thailand. Korang juga boleh melakukan perbandingan tersebut di website Traveloka ataupun di traveloka Apps.

Korang akan mendapati banyak airline yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke sana dan salah satu daripadanya ialah Scoot. Dengan mendapatkan tiket tambang murah ke Thailand, korang dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pembelian tiket dan gunakannya semasa bercuti di Thailand. Jika percutian di dalam negara menjadi destinasi percutian korang, korang juga boleh mendapatkan cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi online di laman web Traveloka. Cuba korang lakukan perbandingan dan korang akan tahu.

Jika korang masih memilih percutian ke Thailand, hari ni cikLady akan kongsikan beberapa restoran halal di Thailand yang korang patut cuba sepanjang korang menikmati percutian di sana.

Abdullah Halal Food
Kalau korang ke Krabi dan ingin merasa makanan dengan pelbagai pilihan kari, korang boleh dapatkannya di restoran Abdullah ini. Mereka menyediakan pelbagai masakan kari dan sup ala Thai yang unik untuk korang cuba. Selain daripada masakan Thai, korang juga boleh mendapatkan masakan ala Malaysia di restoran ini.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 10 pagi - 10 malam )
* Cuti pada hari Rabu

Abubak Halal Dim Sum
Jika sepanjang bercuti di Thailand korang sudah puas menikmati masakan ala Thai dan ingin mencuba sesuatu yang baru, korang boleh menerjah ke restoran dim sum ini. Ia menyajikan pelbagai jenis menu dim sum yang boleh korang pilih. Selain daripada itu, ia juga menyediakan menu - menu masakan dari Asia seperti bubur, mee sup dan banyak lagi. Restoran ini juga mempunyai cawangan di kawasan Ao Nang. Jadi jika korang bercuti di sekitar Krabi, mudah untuk korang mendapatknannya.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7 pagi - 4 petang )

Ao Nang Kung Paow Halal Food
Restoran yang terletaknya berdepan dengan Masjid Ao Nang ini menawarkan pelbagai masakan seafood ala Thai yang segar lebih - lebih lagi ia dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Ia juga ada menyediakan makanan ala western. Salah satu ciri yang membuatkan ramai pelancong ke restoran ini ialah ia mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk korang datang menikmati hidangan di dalam jumlah group yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap hari ( 11 pagi - 11 malam )



Firdaus Halal Restaurant
Kalau korang berhajat ingin merasa masakan ala Thai seperti di rumah, korang boleh singgah di restoran ini. Ia terletak di Ao Nang dan kebanyakkan harga bagi masakan di dalam menunya adalah sangat berpatutan. Ramai pelancong yang datang singgah ke restoran ini memuji kelazatan masakan ala Thainya lebih - lebih lagi masakan tom yam, ikan stim, ketam masak cili dan banyak lagi. Korang boleh datang ke restoran ini untuk bersantap bersama rakan - rakan atau keluarga.
Waktu Operasi : Setiap hari (10 pagi - 12.15 tengah malam)


Nasi Kerabu Ao Nang
Haa... Siapa kata kat Thailand tak dapat nasi kerabu? Korang nak sarapan nasi kerabu kat Thailand? Inilah tempatnya. Kedai nasi kerabu ni terletak di Ao Nang. Apa yang syoknya kat kedai ni, dia ada menyediakan Thai and Malaysia cuisine. Nasi lemak pun ada jika korang nak menikmati nasi lemak di Thailand. Selain daripada itu, menu yang selalu menjadi tumpuan pelancong untuk sarapan pagi ialah bubur nasi, pancake, ayam goreng Thai dan banyak lagi. Wajib singgah kalau korang nak teroka masakan ala Malaysia kat Thailand.
Waktu operasi : Setiap hari ( 6 pagi - 7 petang )

Itulah beberapa restoran halal yang cik Lady dapat kongsikan kepada korang jika korang bercuti ke Thailand. Jangan lupa tangkap gambar menu - menu yang korang makan tu. Sebab kebanyakkan makanan yang dihidangkan dihias dengan agak unik bagi menambahkan keterujaan dan menaikkan rasa lapar korang. Cuti, cuti jugak. Makanan halal jangan lupa okay. Jangan was - waas. Kalau korang ada tempat makan yang menarik untuk dikongsi, silakan. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti semua.


Isnin, 6 Mei 2019

Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan semua!

Salam Ramadhan untuk blogger Perdu Cinta dan Warisan Petani...

Dah baca niat malam tadi? Biasanya untuk 1st puasa ni jarang orang lupa nak baca niat puasa. Kann? Sebaliknya selain membaca niat harian puasa, baca la sekali niat puasa untuk sebulan. Bukan apa, takut ler bila dah masuk tengah 2 bulan Ramadhan nanti, terlupa pulak nak baca. Tak pon, dek kerana terlampau kenyang... Terus terlelap sampai ke esoknya... Haaa... Kalau dah lupa or tak baca niat, macam mana nak puasa? Tak pasal kena ganti... Lain la kalau period a.k.a datang bulan...

Niat puasa harian tu memang hari2 kena baca. Kalau dah baca doa sebulan pon, tak salah kita baca jugak niat harian. Macam aku bila buat camtu, bila dah de anak ni... Boleh ajar kat anak. Sebab dah hafal kn? Untuk niat sebulan tu je kena refer internet.. Heh heh... Iolls lupa la... Sekali je bacanya... Mana nak ingat.

So kalau dah baca sebulan, kalau terlepas sahur..  Atleast boleh je terus berpuasa. Tapi xdapat la keberkatan sahur tu... Haaa... Sahur pon ada faedah ya tau... Jadinya, usaha la supaya dapat bangun untuk sahur. 

OK... Tak mo cakap baca.. Puasa kan... Hahaha... Takde kena mengena kan? Yang puasa, tekak! Blog ni kau taip pakai jari... So??

Fine... Kita sambung lain kali... Selamat berpuasa...

Ni ada bacaan niat puasa. Pakej... Niat harian dengan niat sebulan... Baca tau... 

Credit to : my-sumber

Selasa, 9 April 2019

Kesian blog... makin tak dipedulikan... ish ish ish

Salam kepada blog kesayangan hamba,

Lama dah tak update. Ngam hari ni 2 bulan dah rupanya blog ni senyap takde entry baru. Tu nak kata sendu ke hape tu?

Iols busy la... Nak buka blog tu ibarat macam... alaaaahai! Berat... hahaha... Leka dok belek mende lain bila online ni. Sampai blog pon terpinggir dah haaa...

Terminate? 

Owh... tidak!

Belum ada niat semacam tu lagi. Ibaratnya selama hari ni iols 'tidurkan' blog ni dari entry baru... Draf  entry je yang melambak... Itu pun takde niat nak up sebab lebih pada untuk bacaan diri sendiri. Bahaya wooo... Banyak rahsia... hihihi...

Semalam ada tayangan filem SEMERAH PADI kat tv2... Uols tengok tak?


Saje tanya... bye

Sabtu, 9 Februari 2019

Jangan kau sebut mustakim tu!

Anak bertuah tu... Tak habis habis dengan mustakim... Aku dah ckap dah... Jangan sebut mustakim....

Ish... Ish... Ish... Budak nih! Mana ada mustakim!?

Ada la mak... Kat sekolah tu ada je budak nama mustakim... Akil mustakim!

Itu lain... Itu nama kawan ngko... Ini doa lepas makan... Hujung doa tu bukan mustakim! Tapi waja'allana minal muslimin... Muslimin! Muslimin tau... Bukan mustakim!!

Ingat tu?! 

Ye la... Hehehe!!!  

Pic credit to [Google search] 

Ahad, 9 Disember 2018

Sakit mata sampai...

Bismillah...

Bersiaran semula kita, lepas sekian lama bercuti... Hah Hah...

Cuti sangat lah... 

Tak kemana pon...

Ada di rumah... Kerja, rumah... kerja, rumah... Gitewww...

Dalam dok sibuk kerja... rumah... anak2... mata ni dapat pulak penyakit... hohoho...


Teruk kah?

Tak la teruk... tapi... bengkak tu sampai orang ingat aku kena tumbuk la kat mata nih... hehehe...


Tuuu... fasa pertama.. sebelum kelopak mata yang bawah tu pulak bernanah... Pedih mata weih... Berdenyut tu tak payah cakap lah... Lebih - lebih lagi bila aku tunduk ke bawah, berdenyutnya ya ampunnn... sebak! Takit weih!!

Belum pon kelopak atas tu sembuh, kelopak bawah pulak berjangkit. Sakit... Gatal... Amboiihh... Merenyam! Terpaksa jugak genyeh dengan jari. 

Kat opis, aku jadi bahan... Ye... 'hantu2' kat opis tu kerjanya menyakat tak sudah. A'ah... Silakan lah korang kutuk2... Jangkit nanti, padan muka korang! 😎😎

Bila dah ada 'mata', aku tak tunggu... Aku picit sampai nanah keluar. Sebab, selagi nanah tak dikeluarkan... Selagi tu la, kelopak mata tu sakit berdenyut. Baaarulah rasa lega. 

Ingatkan lepas tu terus sembuh la.. Sebab nanah di kedua dua kelopak tu dah keluar. Nanah di kelopak mata atas tu keluar sendiri. Aku tak picit sebab 'mata' nanah tu di bahagian dalam. Memang susah nak picit. 

Baruuu nak lega, 'dia' jadi balik! 

Kelopak atas tapi kat ekor mata pulak.. 😭

Yang ni tak leh nak ignore tahap kesakitan tu... Kalau yg sebelum ni aku masih boleh buat tak tau... Leka buat kerja, idak ler terasa sakitnya. Tapi yg ni... Mak aiiii... Takit! 

Ini yang sampai mata panda aku ni jadi sembab macam kena pukul... 😂... 

Hari ni, alhamdulillah... Dah elok, dah lega... 


Rabu, 12 September 2018

Root canal treatment yang tak dapat diteruskan

Ya... Rawatan tu tak dapat diteruskan lagi. Puncanya?

Gini ya ceritanya...

Lepas 1st treatment tu, doc dah pesan. Gigi tu akan jadi mudah rapuh sebab doc dah matikan saraf. So anything happen kat gusi tu, aku takkan sakit dah cumanya... Gigi tu tak tahan lasak. So... Jangan gunakan untuk gigit makanan yang keras sepanjang treatment ni. Ok lah.. Akur lah tu... So... Lepas 1st treatment yang makan masa tu.. Tak ingat la.. Tapi memang lama doc tu 'uruskan' gigi aku ni. Aku memang tak gunakan gigi tu. Patient yang baik kan? 😂 😂 😂

2nd n 3rd treatment... Tampalan kat gigi tu doc buka balik. Cuci akar ( proses yang makan masa agak lama jugak) dan letak antibiotik. Settled.

4th treatment plak? Doc just cuci karang gigi kat gigi yang tu lah. Masa ni doc tanya, 'tak gunakan gigi tu untuk makan eh?'... Ehh.. Aku tak gitau pon... Acaner doc boleh tau?

Doc cakap, ' gigi yang jarang digunakan akan tumbuh karang!'. Dan betul... 😂. Memang aku tak berani gunakan gigi tu lagi. Then, doc cakap... 'boleh makan gunakan gigi tu. Takpe...'

Masa ni dah puasa. Doc tu gitau, next appointment lepas 2 bulan dari last appointment ni. Sebab, doc tu kena bertugas di HTJ.

So... Raya! 

Malang masa ni...

Ni la puncanya rawatan tu gagal... 😢

Tengah sedap mengunyah rendang daging yang bapak liat... Tetiba... Tanpa disengajakan aku tergigit kuat daging liat tu gunakan gigi nan satu ni... 😫😫😫

Gugur la serpihan putih dari gigi yang sedang dalam treatment ni... Arghhh...!!!!

Terkedu jap... Tampalan tu dah terbuka.


Degup degap jugak hati ni. Risau la... 

Ada rasa tak selesa kat tempat tampalan yang dah gugur tu... Rasa lompong.. ada rasa ngilu - ngilu... rasa sakit macam digigit - gigit je kat gigi nan satu tu...

Memandangkan raya... seminggu jugak aku tahan rasa tak best tu. Lepas tuuu... aku terpaksa serah diri jugak akhirnya kat klinik gigi. Untuk tampalan sementara semula.

Masa ni doc yang tampal tu tak ler cek detail keadaan gigi aku. Dia cuma proceed tampalan sahaja ikut permintaan aku.

Nak tunggu next appointment dengan doc Amirul... ya... my dentist! Nama dia dr. Amirul. Haa... nak tunggu dia cek, appointment lambat lagi. Redho je ler. Tampalan sementera yang kali ni pon, sekejap je tahannya... lepas tu berderai balik... alalah...


Yang ni... aku malas nak pi klinik lah... tunggu appointment je... 

Means... sebulan lebih lagi... ( masa tu la... )



Hari appointment... macam biasa, doc akan tanya keadaan aku dulu. sihat ke x? dah makan ke belum? dannn... gigi ada rasa sakit tak?

Lepas aku cerita apa yang jadi kat gigi aku masa raya tu, doc Amirul cek... tau apa dia cakap?

" Alaaaaaa... gigi tu dah pecah!"

Bukan tampalan tau... gigi! 


Kan doc cakap gigi tu rapuh... huhuhu... Bukan doc je frust...

" 2 bulan tau saya tunggu... Nak betulkan gigi awak... "

Alaaaa... Klau doc frust... aku yang tuan gigi ni lagiiiii la frust.... Huwaaaaaa!!!!!

So camne?

" Tak boleh nak buat apa. Saya terpaksa cabut je gigi tu... Sayangnya... tinggal nak tukar antibiotik dalam gigi tu and then dah boleh pasang crown... "

Bila dengar doc cakap macam tu... sedihnya!!!!!

Sedih la...

Sebab akhirnya... lepas bersungguh nak selamatkan gigi tu... at last... terpaksa cabut jugak akhirnya!

Frust... 

Sooo.... The end...

Sebab tu aku cakap... root canal treatment tu tak dapat diteruskan...


Well... what to do?



' Sesuatu tu... biar kita pertahankan seteguh mana pun... biar kita simpan sebaik mana pun... biar kita jaga sepenuh jiwa sekalipun... kalau dah bukan yang terbaik buat kita... Allah akan ambil jua dari genggaman tangan kita... '


Sabtu, 1 September 2018

Pengalaman buat rawatan root canal

Salam merdeka ke-61...

Berkisar tentang rawatan akar yang doc cadangkan tu. Doc yang berikan cadangan tu minta aku datang hari esoknya untuk buat rawatan root canal. Sebab apa doc tak buat pada hari yang sama? Entah... Mungkin masa tu dah tengah hari. Rawatan pertama untuk root canal ni ambil masa yang agak lama. So? Maybe la... Sebab masa tu dah 11 lebih dah.

Pagi tu aku datang awal. Takut seram sejuk semua tu... Ada! Tapi aku buat tak layan je... Huhuhu... I have too la... Nak buat camno?!

Soalan 1st doc... Kenapa dengan gigi?

Aku dapat doc lain. Bukan doc yang cadangkan aku buat rawatan tu. So... Kena explain plak kat doc yang ni. Muda belia lagi... Doc yang bagi cadangan tu rasanya lebih senior. So... Explain la kat doc ni. Terus dia pulak explain kat aku tentang rawatan akar gigi tu macam mana. Apa yang perlu... Apa yang dia akan buat... Apa yang akan jadi kat gigi aku... Dan temujanji rawatan yang memerlukan komitmen dari aku sebagai pesakit.

Demi nak selamatkan gigi nan sebatang ni daripada terus sakit... Gigi eh yang sakit? 🙊 Yang sakit tu gusi la... 😂... K fine, aku setuju je. Stakat nak attend appointment tu... Apa de hal... Che wahh!

So... Bermula la treatment root canal tu. Sakit ke idak?

Sakit weih...

Sakit masa kena cucuk bius kat gusi di lelangit tu. Bukan sekali! De la 4 ke 5 kali. Memang doc bagi gusi tu kebas betul - betul. Lepas tuuuu... Siap! Digodeknya gigi aku ni... Tah hape doc tu letak kat gigi aku lepas dia gerudi tah... Gigi aku ni sebelah taring... Yang berlubang tu plak, bukan kat permukaan atas gigi tu tau. Tapi kat permukaan celah antara gigi ni dengan gigi taring. Sikit je plak tu. Tu hasil ujian x-ray yang doc tu tunjuk. Ye... Sebelum buat rawatan lanjut, kena x-ray dulu gigi tu... No wonder la doc yang sebelum ni cakap, 'sayangnya nak cabut!'😁

Tapi takkan doc nak gerudi tepi, haruslah dari atas. Bla bla bla... Selesai appointment pertama punua treatment. Orang kata xsakit eh? Kau tau malam tu jadi apa kat aku? Hahaha... Telan ubat tahan sakit... Tido! Anak2? Mujur suami tak kerja. Tolong la tengok kan ye... Aku tak larat tahan sakit... Masa ni ubat bius dah berkurangan. Ada lega, ada tak...

Lega sebab, sepanjang ubat bius tu ada... Sampai ke hidung ni aku rasa macam lumpuh. Hidung rasa tak selesa macam ko tengah selsema tapi nak bernafas tu susah... Haa.. Camtu la!

Yang tak lega? Haa... Tu la... Yang sampai telan pil tahan sakit, baring dalam bilik gelap gelap then Zzzzzzzzzzz...

Tapi tu la... Rawatan ni akhirnya tak dapat diteruskan lagi... Sebab?

K next!

Selasa, 28 Ogos 2018

Bila gusi dah tak bengkak lagi

Sambung kisah sakit gigi lagi tu...

After a week ehh...

Lepas seminggu bedal pil antibiotik tu, sakit kat gigi ni memang totally hilang lah. Mula lah kan rasa takmo cabut dah. Tapi dah member office cakap bagi amaran... Seram la!

Paksa rela lagi sekali pi klinik gigi. Yes.. Alone! Dengan hati yang berat, ku gagahkan jua. Sebab iols xmo menderita sakit gigi masa sibuk beraya. Iols serik! Cukup la sekali...

Di klinik tu, nak hilangkan rasa gementar... Iols ngadap la phone sampai muak. Gementar tu tetap tak hilang. 😂 😂 😂

Owh... Why time sakit gigi, the doctor refused nak cabut gigi kita? Sebab masa tu, gusi kita dah bengkak ye. Doktor tak nak ambil risiko sebab boleh memudaratkan keadaan kita yang dah sedia sakit. Boleh berlaku jangkitan dengan mudah ya!

So... Sampai giliran aku masuk ke bilik doktor. Hati dah degup degap nih... Last2 doktor cakap, 'sayangnya nak cabut gigi tu...'

La...

Ya... Bukan doktor je sayang, me too... Sayangnya nak cabut, tapi iols xnak menderita sakit gigi lagi tatkala orang lain gembira beraya sakan makan macam2. Tak mo! Tak mo!

So? Kena cabut x?

Nope!

Sebaliknya, doktor mencadangkan agar aku buat rawatan akar gigi. Haa?! Teringat kat anak sulung. Opal pon pernah buat rawatan akar ni dulu. Meraung dia masa buat treatment tu. Aloloh... Sakit sangat ke? Tapi iols sayang gigi tu. Xpelah, kita patient yang baik, so... Kita ikut saranan doktor.

Tapi bukan dengan doktor ni... Doktor ni suruh aku datang balik the next weeknya lagi... Check n buat appointment.

Again..  Next week nya!

Kali ni doktor lain pulak. Aku kalo boleh nak doktor yang sama tapi bukan rezeki lah. Sebelum buat appointment untuk treatment, doktor ni bagi penerangan dulu. Wow... perasaan masa tu kan... degup degap lagi tau... tapi teringin nak selamatkan gigi tu.. yang lubangnya tak la besar mana... iols nekad je nak buat rawatan akar. Anak aku boleh ngadap... takkan aku tak leh kan!

1st rawatan katanya agak sakit!

Ha.... jeng jeng jeng!

Lagi la seram aku dibuatnya...


 sumber gambar : pengalaman buat rawatan root canal

Jumaat, 17 Ogos 2018

Sakit gigi lagi

Salam Jumaat!
Hi...

Tak lama lagi Raya Haji kan?

Cerita raya aku tahun ni tak up lagi sini. Kata nak buat kenangan tapi sampai la ni tak publish. Tak tau la kenapa. Takde mood la nak up cerita raya tahun ni... Padahal ada je kisah. Terutamanya hari raya kedua tu. Kisah aku dengan Fa'el... Kecoh rumah mentua dek kerana aku dengan Fa'el... Yang melihat kekecohan tu cuma mampu gelak je... Hehe... Tapi memang lawak ler... Nanti lah ehh aku cerita...

Kali ni iols nak simpan kenangan pasal gigi iols ni. Punya lah sayang... tapi terpaksa cabut jugak akhirnya selepas cuba ku pertahankan... Aloloh... Tetap kena cabut jua... Sedih noks!

Gigi atas sebelah taring ni dah lama berlubang. Tapi jaaaaarang la sakit... Tah camne, bulan 3 hari tu... Mula dah sakit. Berlubang la... Tapi bukan atas tau... tepi gigi... tak besar pon... Tapi mengenangkan sakit tu dah mula kerap... Terpaksa la menyerah kat klinik gigi. Pergi sorang. Merempit cam biasa. Tapi hati berat sangat nak cabut tau... Berat sangat!

Masa ni gusi kat gigi yang berlubang tu dah bengkak dah. Lama jugak aku menahan sakit. Takut nak cabut punya pasal, rela aku bergantung kat ubat sakit gigi brand Hurix's tu... Tapi tu la... Elok kejap je. Lepas tuuu... berdenyut balik sampai tahap tak leh tido!

Nak pi klinik, masa tu tengah holiday! Huhuhu... Takkan tengah holiday, ko nak pi cabut gigi! kan??

Balik tu la, aku pi sendiri. Sakit i... i tanggung sendiri la... Bukan husband or sesiapa... So.. Pi la sendiri ke klinik... Melawan ketakutan demi sebuah kesakitan... Iols berani berani kan jugak la diri nihh... What to do? Ada orang tak suka iols ni yang pada dia, iols ni manja. Cannot independant! Pii rah... Pandai kata orang...

So...? Aku rempit sorang2. Bertenggek la berjam - jam kat klinik tu sambil menahan debar di hati. Tapi rupanya, doktor kata tak boleh cabut lagi sebab gusi tengah bengkak. Inilah klinik gigi gomen! Gusi tengah bengkak... cannot cabut la! Why? Nanti sakit... Ayyooo... Kalau tak cabut pun sakit maaa... Tapi tetap doc tu tak mo cabut. Dia bagi antibiotik. Makan for a week, then datang balik untuk cabutan bertuah... ye... bertuah sangat! Cabut gigi la...


After a week :

Ya... iols datang balik. Gusi dah ok. Dah mula rasa tak nak cabut... kihkihkih... Tapi abang kat opis ni kata, "ye tak sakit dah sekarang... kau tau, kalau datang balik sakit tu.. lagi sakit tau! Baik kau cabut je... "

Alaaa... takutnya... nak puasa dah tu! Nak raya! takmo la sakit time raya....!!! alaaa....

Sabtu, 28 Julai 2018

Kenangan balik raya 2018

Maaf lah ye... Aku ni memang lambat sikit nak update entry. Contohnya macam sekarang ni. Raya dah habis, baru nak up ceeita pasal raya. Apa daaa... Well. . Nama pon kenangan... Kan tajuk tu... Saje aku letak tajuk : kenangan raya 2018. Just untuk ingatan tulus ikhlas diriku di masa depan... 😂

Ye... Kenangan... Ada yang manis, ada yang pahit. Raya aku tahun ni... Ibarat teh tarik kurang manis. Nak kata tak sedap... Ok dah... Nak kata tak sedap, idak ler gitu sangat... Yang penting, episod sedih... Tiada. Aku belajar untuk move on... Raya is for my kids... Selfie... Wefie sebanyak yang boleh.


Macam tahun lepas, aku drive balik kampung dengan anak2. Laki den balik ngan motor. 

Dari sebelum raya, aku kerja halfday je. Kononnya nak elak jem la. Bukit Putus tu kan... Orang Nogori tau lah... Jalan tu time2 macam ni memang sokmo jammed! 

Tapi aku tak lalu jalan baru kat Bukit Putus tu. Iols ikut jalan lama. Slow n steady. Layan view yang tantik kat situ. Paksa anak2 layan sekali.. Hew heww... Otw nak ke jalan tu, ada kereta main lampu. Tak tau la sebab apa. Nak bagitau jalan baru tu jammed kot. Hehh...

Tapi dah jauh ikut jalan lama, berselisih dengan bas. Bas tu pon main lampu. Kau dah kenapa? Jammed gak ke jalan lama tu. Rasanya aku ngan 2 - 3 ketul kereta je yg lalu situ nak mendaki ikut jalan lama.

Half way... Iye... Jammed dah!

Ramai rupanya yg gunakan jalan lama tu. Idak ler takut sangat. Tapi memang jammed la. Puncanya, ada pokok tumbang kat tebing tu melintang ke jalan. Stucked n amik masa baru boleh lalu. Thanks JPAM. Dorang tolong clearkan jalan. So iols n the rest boleh lalu dengan senang hati. Half lagi dah ada yang patah balik. Kitorang yang half ni lagi, jalan terus sebab sabar menunggu.. Haha. .

Masuk ke jalan utama, dah tak jammed sangat. Perjalanan lancar tapi still banyak kereta. Aku memula tu memang ler niat nak cepat je. Lelama bila dah banyak kereta, demi keselamatan anak2 lagi... Aku layan je la. Prinsip kata, biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Gitewww...

Alhamdulillah.. Sampai ke umah mentua dengan selamat. Rehat jap, tolong apa yang patut, iols keluar pi jemput laki kat bengkel. Sorang, anak2 tinggal jap kat umah mentua. Kali ni malas nak bawak.

Amik n terus balik umah sebab nak siap untuk berbuka puasa pulak. 

Jumaat, 13 Julai 2018

Nyaris pitam semasa shopping raya!

K... Sambung ehh...

Yang perut tetiba je memulas tu.. Lepas tu sakit tu naik ke kepala... lepas tu 1 badan dah mula rasa kebas. Terustama kat bahu... Tangan ni rasa nak luruh... Mata dah nampak kelam je semua.😖😵 Opal yang memula tu jalan kat depan ngan adik - adik dia n apak dia, bila tengok aku semacam, dia terus datang kat aku.

Lambatnya mak jalan...

Tu dia yang cakap. Aku larat tak larat je cakap ngan dia, yang aku sakit perut.. Tak larat nak jalan. Laki den? Aku rasa dia jauuuuuuh sangat masa nih... Perut memulas balik. Kebas seluruh badan tu tak tau nak describe acaner... Sakit sangat!😖😵

Opal dah eskot aku je sepanjang masa. Last, aku dah tak tahan sangat... Takut rebah kat situ... AKu paksa kaki ni jalan cepat2 ngan mata pon dah mula jap kelam, kejap terang. Nafas dah mula sesak semacam.😖😵🤢 Tak tau mana datang kekuatan tu, aku kejar hasben. Tapi bukan nak minta bantuan dia. Just untuk pass baki duit untuk beli kain sampin anak2.

Aku just cakak, sakit perut and nak ke tandas. Itu je yang dapat aku cakap masa tu. Lepas tu selagi mampu angkat kaki ni berjalan, aku paksa. Opal nak temankan, aku tak bagi. Aku suruh dia stay  dengan apak dia tengokkan adik2 yang lain. 

Masa cari tandas tu, aku tak larat nak jalan. Perut memulas teruks, nafas dah makin sesak... Aku paut kat besi yang ada kat situ.😖😵🤢 Masa ni ada sorang teenager berdiri situ. Bila dia nampak aku semacam je, terus dia cabut lari... Takut gak eh...

Lama aku berdiri paut kat besi penghadang tu. Mata dah tak nampak apa. Gelap!😖😵🤢

Nafas pun dah sangkut2... Oiihhh... Tak tau la apa orang2 kat situ fikir masa tengok aku camtu. Berdiri, paut tiang tapi tunduk n pejam mata. Nak bagi nafas tu ok balik... Ada la dalam 5 minit ke 10 minit. Sakit...😖

Bila mata dah boleh nampak, baru aku jalan lagi. Masa ni boleh plak tak nampak tandas yang terdekat. Aku nampak tandas yang jauh tuuu.... yang macam tersorok tu haaa... Ya Allah... Nasib...

Tu pon aku perasan masa duduk sekejap kat kerusi yang ada kat situ. Masa ni dah dekat dah dengan tandas ceruk alam tu. Tapi sebab pandangan tu kelam balik, aku terpaksa duduk. 😖

5 minit... aku tenangkan diri jap... bila pandangan mata dah boleh nampak semula, aku cepat2 masuk toilet ceruk alam tu. Masa ni, Mydin dah announce dah, lagi berapa minit nak tutup premis... Lantak lah... Dapat duduk jamban duduk tu... Allah... lega... 

Tak pernah seumur hidup aku kena sakit perut sampai tahap macam ni... Sakitnya sampai tahap nak pitam lah! Bukan la membuang sangat pon, tapi angin bertalu - talu keluar... Lepas dah semua, baruuuu lega... Masa ni, berpeluh - peluh!😖

Dah ok balik, dah lega sikit... baru aku keluar. Masa ni baru la tok laki sedar keadaan aku. Baru la dapat gitau. Tapi tu la... cerita ngan mengalami sendiri tak sama. Paling sweet pon, dia just cakap... ermm... angin tu!

Opal tanya gak... nape muka mak nampak macam tak larat je?

Huhh... Sakit! Muka pon jadi monyok layu je...

Tapi, takde pon sampinnya... sampai ke raya, pakai je sampin yang lama. Alter kat bahagian pinggang je sikit...

The End...😥


Kenangan shopping baju raya 2018

Ada kenangan?

Well well well... Ada!

Tak pernah jadi tau. 

Asalnya nak pi cari tali pinggang 3 putera aku. Tali pinggang yang sedia ada dah lusuh la teramat. Anak2 asyik mengadu je, seluar longgar! Tempat 1st yang dituju... Terminal One! 

Owhh... Kat sini masa memula sampai... aduyaii... sedih hati! Rasa nak maki pon ada jugak. Mood nak menyopping tu ke laut dalam terus. Menyampah... meluat semua ada. Tapi tak dapat aku nak share kat sini. Kalau aku tulis buku diari, confirm aku tuliskan siapa musibat yang menyakitkan hati aku masa tu. Yes... Iols jadi sangat tak mood nak menyopping... MENYAMPAHHHH!

Aku tau tu bulan puasa. Takpe... sabar! Moga si musibat tu dapat bahagian dia nanti... 

Aku amik masa tau nak pujuk diri. Nak up balik mood yang dah jahanam tu... Lamaaa... 

Ni la padahnya melayan orang sentap... Hati kena banyak sabar! Tapi misi mencari tali pinggang tetap diteruskan. Tapi tu la... lain yang dicari, lain yang dibeli... Nak tali pinggang, tapi dapatnya kasut.. Kasut siapa? Si princess la... Kasut yang ada tu asyik tercabut je... Rimas tengok! 


Kasut tu dah comel sangat dah ngan dia. Tapiiii... asyik tercabut je... sebelah je plak tu! So... fed-up mak!... Kebetulan ada 1 kedai tu ramainya pelanggan. Hot sangat ke? Iols pun nak jugak ler tengok... 


Tu yang terjebak tu... Jatuh cinta ngan kasut putih tu. Pasang kat kaki Najwa... Aloloh...😍 

Terus sambar 1 pasang! 

Pakai terus ehh... Takde tunggu tunggu lagi dah... Suka dia! Dapat kasut baru... Memula takde saiz yang kitorang nak. Seller tu keluarkan kasut yang sama tapi warna pink. Cantik! Saiz dah ngam... Ada la cela sikit... Buatan agak tak kemas, so seller tu cari lagi saiz yang sama. Same colour! Tapi... takde! Ada pulak saiz untuk yang warna putih tu... Amik je lah... 

Masa testing kasut tu... mulut kena rajin tanya... Dah less tak? Seller tu cakap boleh less... Nanti cakap kat tokey... Less pada sekian harga. Sori... aku lupa harga kasut ni n berapa less yang seller tu bagi. 😅

Masa nak bayar tu, kalau aku tak cakap pasal harga less tu... Tokey tu key in jek harga jual yang dorang tepek kat kasut tu. Hehe...

Lepas tu pi cari tempat berbuka. Selesai berbuka, sambung balik misi mencari tali pinggang. Malangnya, tak jumpa jugak... Apa cerewet sangat nih? hehe...

Mende lain yang dibelinya... Seluar jalan untuk Faiq n Najwa... And also kasut untuk Faiq, Fa'el dan Opal! Dah selesai ke? 

Ehh... belom... Entry ni panjang lagi... Aku rajin nak buat panjang2... Aku malas nak buat entry pendek2... Nanti ke laut sudahnya! Terpadam kang semua cerita dalam otak ni... Dah ler memory short term... Unless perkara tu sangat menyakitkan hati, then... Till die i will remember... I will!!

Malam masih muda kononnya... Teringat lak kat baju sendiri. Baju anak2 kau bersantak membeli - belah.. Untuk diri sendiri? Camne pulak? Ye... malam tu gak pi cari. Teringat opis mate cakap Mydin Seremban 2 ada sales melampau masa tu... So... ke mana kita ni?! ( #jihanmusatagjalanjalankeJepun )

Ya!

Mydin Seremban 2. Kat sini la kisah aku terjadi.

Masa ni misi mencari baju raya aku pon dah selesai. Kat sini pon sama, mulut kena rajin tanya. Muka kena selamba... Ada less tak?? Bisik ngan salesgirl. Salegirl cakap, cuba akak tanya kat bos! Hmmm... Dapat ke tak less? 🤫😉

Lepas tu masa yang ada tu, budak2 nak cari kain samping. Baju raya aku, beli kat kedai lain dalam Mydin tu. Ni kain sampin plak...

Masa nak masuk dalam Mydin tu, tetiba je perut memulas- mulas... Uiihhh... Aku dah terberenti jap.. Budak2 ngan apak diorang dah jalan kat depan. Aku pegang perut jap. Tapi masa ni ingatkan tak pape. Memang kentut je la... hehehe...

Bila dah masuk dalam Mydin... Tengah merayap cari sampin, Perut memulas lagi. Allah! Sakitnya!... Memulas - mulas. Mula2 memang membuang angin je. Terpaksa la menjauh dari orang... hahaha... Takut de bau! Cehh...

Tapi makin sakit lah... Terberenti lagi aku. Tak leh nak jalan. Perut memulas sangat... Aku paksa gak berjalan. Tapi tertinggal jauh ler. Masa ni 1 badan dah rasa kebas kau!!!!... Sakitnya... tak tau la kenapa... Sampai ke kepala woii... Sakit sangat... Tetiba je. Tak tau kenapa... Makin aku jalan, makin kabur plak mata ni. Wahh... Tak leh jadi ni... Aku dah berpeluh semacam... Aku paksa gak kaki ni berjalan. Laki aku kat depan. Tak perasan langsung keadaan aku masa tu. Opal je yang perasan...

Lepas tu.... [ next entry ]

Selasa, 10 Julai 2018

Kenangan Puasa 2018

Lamaaa blog ni terbiar... Tuan kau ni macam biskut. Jap jengah, kejap tak. I busy lah... Tak sempat nak terjah. Apatah lagi nak buat entry baru. Tutup blog? Eh.. Belum ada niat lagi... Masa je yang tak berapa nak ada. 

Raya nak abih dah eh? Tinggal minggu ni je kan? Acaner raya korang? Raya aku? Hahaha... Biasa je. Baju je yang overrr. Nanti lah kita cerita. Ni meh dengar cerita aku pasal puasa tahun ni. Pukal dalam 1 entry. 

Puasa pertama tahun ni... Anak sulung aku, opal... Meragam x mau berbuka. Sejam lagi nak berbuka, dia boleh terlelap. So, aku biarkan je dulu. Dah nak berbuka, berapa minit je lagi nak berbuka... Aku kejut, dia meragam plak. Nangis nangis tak nak bangun. Ehh... Orang dah nak berbuka lah! Dia boleh nak tido balik. Geram pulak aku tengok... Adeiihh... Hari pertama just berbuka ngan anak2. Bapak dorang keje. 

Sebut pasal bapak diorang, sebulan puasa tu... Macam macam penyakit datang. Sebelum puasa tu sakit perut... Sampai masuk spital la... Mujur ler jugak tak kena tahan wad. Sakit apa? Kata dia, kencing hitam. Sakit plak tu. Doktor HTJ tu cakap, kencing jadi camtu sebab kencing tu bercampur darah. Maybe batu karang. Doktor nak tahan wad tapi dia yang x nak.

Lepas tu, sakit pinggang plak. Yang ni, aku lupa. Sakit pinggang dulu ke or kencing berdarah tu dulu. Rasanya sakit pinggang dulu. Lepas tu baru kes batu karang. Sepanjang sakit pinggang tu pon, aktif je pi sana pi sini. Gagah je... So, aku assume dia ok. Lagipun, setahu aku... Sakit pinggang ni mana boleh urut sebarang. Kang makin teruk. Aku gak yang kena marah. So aku sapukan yoko yoko. Pi opis tanya la kengkawan kot diorang ada idea nak hilangkan sakit pinggang tu kan. Ada la kawan bagi cadang. Makan pil sakit pinggang. Sebijik harga RM 3.00. Makan 2 biji je dah cukup. Katanya. Beli mana? Farmasi Alpro tu haaa... Pil ehh warna kuning. K ni untuk remind aku la kalau sakit pinggang tu datang lagi... 

Tq kat kawan yang bagi cadangan bernas tu. Elok kata laki aku! Alhamdulillah... Tu pun aku dituduh macam macam. Haiihh... Entah lah!

Tu pinggang.. Masuk bulan puasa... Bisul pulak! Laki aku la... Ingatkan sakit apa. Melampau benar sakit eh... Mengeluh je memanjang. Sakit katanya! Katanya, kalau jadi apa apa... Jaga anak2 elok2. Sakit kali ni lain macam ( compare with sakit pinggang n kencing berdarah tu ). Lahh... Dah kenapa kan? Masa ni tak tau lagi sakit tu rupanya bisul... Elok plak tu kejadiaannya tu kat lubang dubur. Heheh... Doktor tengok pon seriau... Sakit tuuuu, kata doktor. Bisul kan... Kau tau la dia punya lama nak 'masak'. Doktor dah bpesan, jangan pecahkan. Biar dia pecah sendiri. Kalau tak, nanti boleh bentan. Haaa... Episod nak tunggu bisul tu masaaaaak! Sadis wooo... 😂 

Tumbuh kat dubur kan, nak berak la yang paling azab. Berak keraa plak tu kan. Lagi la sakit. Menderita weih... Makan ubat tahan sakit berpapan papan pon tetap sakit. Kadang tu terlantar je sebab terlampau sakit. Makan minum pun hantar ke bilik je. Sampai 1 tahan tu, dia menggigil tahan sakit... Uihhh... Aku sendiri yang cek. Patut la.... Melecet! Sakit tuuuuuu... Aku letak ubat gamat. Lupa yang aku ada gel aloe vera tu. Dah teringat tu, baru letak. 

Seminggu lebih ler orang tu menderita sementara nak tunggu bisul tu betul2 masak. Sekali meletusss... Melambak nanah! Suruh pi hospital, x mo! Bisul pecah tengah malam... Aku ler yang dressing! Bersihkan semua... Melolong lolong ler sakit masa aku picit nanah tu... kesudahnya, aku biar dia picit sendiri. Sambil tu cakap gak, ni kalau ke spital ni... habis doktor korek hidup hidup ( tanpa bius ). Jangan harap doktor nak bius. Tu bisul tu... takdenya doktor picit dengan penuh kasih sayang! Dorang tenyeh kaw kaw... Kalau takkkk... Kena jangkitan nanti...😈... Tempat kena korek tu nanti habis berlubang! Heh Heh Hehh...

Camtu gak la para isteri kena ngadap lepas bersalin. Ditenyeh2 je tempat luka bersalin tu tanpa kasih sayang abadi tahap cipan! Tau??! 


Jangan tanya apa reaksi dia. Masa tu aku tengah sibuk dressing bisul tu. Tapi laki den x cakap pape. Diam membisu... Lantak situlah...

Persiapa raya untuk anak2, aku dah beli awal2 tahun hari tu. Masa duit bonus masyuk! Masa ni tinggal nak membeli baju melayu untuk diorang je. Lepas laki den elok tu, baru la dapat pi merayap cari baju raya. Tapi takde pulak yang berkenan. Kesudahnya... beil kasut... kat booth tu haaa... Yang de sandal gergasi tu... 3 pasang untuk anak2 lelaki. Untuk Najwa, aku beli tempat lain, hari lain.


Dah dapat kasut, anak2 demand nak sampin pulakkk... Baju belum beli lagi, dah nak sampin pulak. Sabar la nak! Mak gigih ni ngompol duit ni haaaa... 


Misi mencari baju raya tahun ni, aku pi tanpa anak2 dan suami. Untuk kali pertamanya, aku pi cari sendiri. Iols pi survey kat Nilai 3. Shida, opis mate aku jadi peneman. Dia pon nak cari baju raya jugak. Gigih buat video call ngan laki la konon... last last... pilih ikut selera aku je. 


Berkenan dengan warna kelabu ni, tapi jenis kain plak tak kena ngan aku... Next...


Satu lagi, tema nak warna blue royal la kununnya. Macam tu... Last last... bukan blue royal tema tahun ni... Navy blue jadinya... Pasal takde warna yang aku nak dan aku dah malas nak pi jenjalan lagi.. Letih wooo... Dah la tengah puasa! Hausnya! Panasnya...


Cantik cantik baju kat sini. Murah pulak tu... tApi disebabkan duit yang ada masa tu cukup2 sifat nak buat beli baju raya anak2 je... Iols mampu tengok je... Nak cucuk duit, duit tak keluar plak dari ATM tu... Habih gaknya! 😅


Kedai tempat aku terpikat hati nak beli baju raya anak2 lepas kepenatan berjalan! Harga boleh tahan... Tapi stok baju yang dijahit adalah terhad... so... grab je lah!

Yess... Baju untuk 3 orang putera aku tu. Yang Najwa, aku tak belikan pon baju kurung ke apa. Malas. Pakai pon sekali je nanti... So... Tak beli. Rugi! Lagi pun gaun dia dah melambak kat rumah tu... Ada yang aku belikan, ada yang atuk n nenek Pilah dia belikan, ada yang mak sedara Najwa yang belikan. Alhamdulillah... rezeki!

Kuih raya? Tahun ni tak amik kat kampung macam tahun  tahun sudah. Aku tempah kat staff opis aku ni jugak. Selain tu banyak kerepek2 je. Kita tak beli dah yang kat Cik Mek. Ada yang aku kirim kat Cik Jijah je masa dia balik ke rumah mentua dia di Air Itam, Johor. Ada yang aku pi beli sendiri dengan shida kat area opis aku ni.

Baju raya aku yang paaaling last! Ni aku cerita kemudian... Ada kejadian yang terjadi kat aku masa episod membeli baju raya aku ni.

Khamis, 17 Mei 2018

1st sahur, 1st Ramadhan... 2018!

Salam Ramadhan,


Ada yang tak puasa ke hari ni?🤭

Ni sepantas yang termampu aku taip entry ni selepas sahur pertama untuk Ramadhan tahun ni. Nyaris - nyaris terlupa hari ni dah mula berpuasa. Tengok jam, ehh... apasal awal sangat aku kunci jam ni?😅. Mamai lah! Padahal aku jugak yang kunci jam kat phone tu malam tadi. haha... 


Sahur pertama aku hari ni... nasi goreng!
Idea last minit dah tu. Bangun pukul 4, masak nasi atas dapur gas je. Tak pakai periuk eletrik.. lambat! Siapkan bahan - bahan, lebur je. kul 5.10 dah kejutkan anak2 kat rumah. Dengan bapaknya lah skali. Kejut.... sahur!

Sambil bersahur tu, aku panaskan bubur Najwa pulak. Nak hantar ke pengasuh nanti. 



Nah... niat puasa...

Anak2 malam tadi mengadu tak ingat niat puasa. Maka... together gether la aku bacakan niat puasa kat Opal n Fa'el. Niat sebulan dengan niat yang setiap hari tu. Senang, kalau terlupa nak baca yang harian tu, atleast dah baca niat untuk puasa sebulan tu kan. 

Done!

Ni Opal dah sambung tidur. Fa;el? Tengah buat kerja sekolah. Semalam dia main je kerjanya. Bergumpal berdua dengan Faiq. Mengacau je mak dia ni nak tengok tv. Fa'el tu aku dah suruh dia tidur balik. Takut la kang kat sekolah mengantuk. Ye la, bangun awal dari biasa kan? Kang terlelap plak kat kelas. Ehh... Tak nak pulak dia. Katanya tak boleh nak tidur lepas sahur. Fine!

Ada la peneman aku... hehe...

Khamis, 3 Mei 2018

Apa kau pandang brader?

Salam pagi khamis,

Sarapan apa pagi ni uolls?

Aku sarapan bihun sup. Sesekali tukar la menu. Asyik menu yang sama je.. kalau tak nasi lemak... nasi goreng... muak makan nasi goreng... bihun goreng pulak... kadang bedal mee goreng. Tu pon bila dah bosan makan yang lelain tu lah. Di kedai yang sama, yang dekat je dengan pejabat. Nak pi jejauh, malas!

Tapi tu dulu la... La ni rajin sikit explore jejauh dari opis. Yes, kadang berkereta... tapi almost all the time... merempit je! Lagi mudah nak parking! Lagipun, motor itulah harta aku... That's why, aku lebih suka merempit tanpa rasa bersalah... hahaha... 


Tapi tadi masa tapau bihun tu, ada la brader ni bungkuskan bihun aku. Tapi yang pelik tu, dia asyik dok pandang - pandang aku. Ko apahal brader ? Pandang orang macam tu plak?! Tapi takde la sound kan. Cakap kat hati je. Kang jadi kecoh plak kat situ. Pepagi buat hal plak kat kedai makan. Ehh... malu lah!


3 - 4 kali gak brader tu pandang semacam. Last2 aku buat - buat tanya, 'bayar bukan kat sini kan?'

Terangguk - angguk brader tu. Padahal aku memang tau kena bayar kat mana. Tapi dah sebab dia pandang aku macam tu, berkali - kali plak pandang... Apa? Ada apa kat muka aku ni yang kau tertengok tengok macam tu? Putih melepak sangat ke muka aku? 


Owh... masa tu aku lupa nak tanggalkan helmet n tinggalkan kat motor. Pakai plak tudung yang ada awning... bila sarung helmet, kemik awning aku. Pelik kot kat mata brader tu? hmmm...


Lepas amik bihun kat tangan brader tu, cepat2 aku pi bayar n blah!


Ni gambar lama. Meraikan orang pencen... Tapi bukan nak cerita pasal orang pencen tu. Pasal kipas tu. Tak tau la suis dia memang on ke hape... Tapi tokey kedai ni cakap kipas tu dah rosak tak boleh pakai dah... Sedang menunggu orang yang nak diraikan datang, tiba tiba....!!


Dia berpusing sendiri, selaju - lajunya plak tu. Bergegar - gegar macam nak tercabut. Masing - masing yang ada kat situ feeling semacam je... hahaha... apakah ada entiti di situ? jeng... jeng... jeng...

Sabtu, 21 April 2018

Dating dengan Shida!

Salam blog... blogger... reader!

Yes... sesekali, sarapan pagi... aku berdua dengan Shida... Partner aku kat pejabat. Kan cawangan aku tak ramai perempuan. 5 orang dari berbelas staff dalam cawangan yang sama. Yang lain semua... lelaki!

Kadang sarapan je kat pejabat. Kadang bila rasa nak makan something yang lain baru join ngan Shida. Ye... dating berdua je ngan Shida. hah hah...

Kali ni yang bestnya, ada orang belanja makan. Well ni cerita back dated ehh... Orang yang belanja makan tu belum khawin lagi masa tu. Sekarang, masa post ni aku keluarkan... Dia dah jadi laki orang... Bukan belanja je... upah sekali... upah apa? Adalah... bukan kitorang je, ada lagi 2- 3 orang yang tolong. Tapi dorang tak nak makan sekali ngan kitorang. Kitorang pun tak nak makan ikut tekak diorang.. hahaha.... So, depa ikut haluan lain, aku dengan Shida ikut haluan lain.

Tu yang jadi berdua je tu... Makan je pon, lepas makan... masuk opis balik.

Sarapan pun dah nak tengah hari. Brunch lah kan? Tu yang betulnya...


Here we are!

Tak ramai orang pon... Lengnang habis tapi masa nak cari parking tadi, berpusing sampai 2 kali gak. Siap aku bacakan doa makan kat Shida. Supaya senang jumpa parking. Hahaha...


Aloloh... Che dapnya!!

Beef Prosperity Burger 2 set!

Air? Kitorang tukar... Nampak tu...

Sesekali dapat makan cenggini... orang belanja plak tu... ya ampunnn... rezeki sangat!  

Biasa pergi ngan anak2... Tau je lah kalau ada budak2. Tak menang tangan kan nak melayan. Kita nak makan pun, tak berapa nak feel... hahaha... sebab fokus tu more pada anak2. Tambah lak ngan gigi belakang yang dah banyak kena cabut ni, nak makan tu punya la lambat... arghhh... fed-up... Memang tak feel... hahaha...

Well, nak buat camne... Nama pon ada anak... Hadap je la... Asalkan diorang enjoy makan, seronok... ok lah tu...


Ya Allah... che dap!!!!!

Aku tengah puasa lak sekarang ni... huhuhu.... 

Memang feel lah! Thumbs up!

Tak mampu nak bersembang masa makan. hahaha... No wonder la orang suka makan fast food. Sedap perghh...!

Rezeki... 

Tapi aku tak dapat hadir ke kenduri member yang belanja makan ni. Iols pun ada jemputan kenduri kat kampung mentua. Shida? Entah la, aku ada tanya gak hari tu tapi seriously... aku tak ingat dia jawab apa. Either dia pi or tak pi...


Hah... tu yang kitorang makan dan minum. Alhamdulillah...

Jumaat, 20 April 2018

Shopping buku pulak!

Salam Jumaat,

Hari ke-4 ganti puasa. Korang ganti puasa ke? Gigih ni ganti puasa berturut - turut sepanjang minggu ni. Sementara takde kerja luar pejabat. Next week de trip lagi. Walaupun trip dekat je, tak kena sampai bermalam... penat wooo...

Hah... Walaupun belum gaji, tetap nak shopping. Kalau dedulu, kehendak hati nak shopping ni tertahan - tahan je. Kali ni, aku beli je apa aku nak. Tapi idak ler sampai bajet burst! Dah penat kerja, dah penat uruskan anak2, rumahtangga... Dah ko pon kerja, belajar la hargai diri sendiri. Takde siapa akan hargai kita, kalau kita sendiri tak hargai diri sendiri. I feel that!

Ada orang beritahu, 'Hanya Allah yang tau apa kebaikan yang kita buat, dan hanya DIA saja yang boleh hargai kebaikan yang kita buat...'

So, since hanya kita as manusia tau apa kebaikan yang kita buat... belajarlah hargai diri. Sebab bukan semua orang nampak semua kebaikan kita pon. Termasuk lah orang yang paling dekat ngan kita, dia takkan tau. Time dia nampak, dia hargailah... Tapi ada je yang nampak, tapi buat2 tak tau. Nasib badan lah.



So....

Kali ni, aku beli buku. Online lah... Nak pergi kedai buku? tah bila kala pulak nak ke situ. Waktu terhad... heh heh..

Islam Hina Wanita?

Kenapa pilih buku tu? Entah, hati teringin sangat nak baca. Tu yang gigih membeli tu walaupun sedar dah hujung bulan. Poket makin menipis.

Ehh... kalau diingat balik, dah lamaaaa aku tak beli buku bacaan. Last buku sebelum ni, Iqra. Gantikan Iqra' anak sulung yang dah koyak rabak. Terbarai dah pon. Ganas sangat ko ni bang!

Dah baca? Hehehe... Belum.

Baca sikit je. Nanti ada masa, aku habiskan lah. Kalau nak beli buku ni online, boleh beli kat www.telagabiru.com.my

Servis penghantaran pon tak lama. 2-3 hari dah sampai kat kita dalam keadaan elok.

Ada banyak buku lain lagi tu. Tapi takpelah, habiskan buku ni dulu lah ye.

k bye!

Khamis, 5 April 2018

Syoknya shopping online!

Salam,

Hi... Apa khabar? Tengah buat apa? Dah makan? Iols bosan nih... Takde kawan nak ajak sembang ( ada actually, tapi malas nak gerakkan mulut, nanti kering air liur i... haha... diorang pon tengah layan video. ). 

Alhamdulillah... aku sihat hari ni. Sihat fizikal, mental pun ok ok je. Boleh la! Mood nan hado je... Kadang ok, kadang swing jugak. What to do? Woman!

Tapi tu lah, kadang pelik dengan sesetengah woman ni. Tak reti reti nak paham perasaan sesama perempuan. Ada yang  tergamak melukakan hati kaum sejenis demi kebahagiaan diri sendiri. 

Ok... abaikan! 

Ni haa... Dah gaji kan? Yess... penjawat awam sekelian? Dah gaji kan? Lama kan menunggu... dari bulan 2 ke gaji bulan 3 tu ya ampun... Siksa oi! Sebulan lebih tau... Kering poket!

Tapi mata tetap rajin tengok barang. Azam di hati, nak beli lepas dapat gaji nanti. Haha... Jangan risau... aku pon sama! Gaji belum masuk tapi selalu je check kat online tu barang - barang yang ada less... syiok plak! Hati rasa tenang je walaupun bukan bertujuan untuk membeli. Cuci mata je pun... Tetap tenang jiwa... Kadangkan, tau - tau je dah terrrr klik! hahaha... ehh terpicit la... padahalll....!


Tu diaaaa...!

Haipp... bukan aku punya tu. Officemate aku punya. Diorang pon shopping online jugak. Tu yang setimbun kat meja officeboy kitorang. Ada sekali tu, tak tau la siapa punya parcel. Dah la besar, berat pulak tu. Terkial - kial budak posmen tu nak angkat. Tempat terimaan surat - menyurat kitorang kat tingkat atas pulak tu. Tingkat 3 okey! Takde lif ye... Haa... siksa budak posmen tu dibuatnya. Aku mampu tengok dari jauh je la. Tak daya iols nak tolong angkat.


Parcel aku biasanya kecik je. Macam tu haaa... Owhh... 2 parcel tu bukan yang terbaru. Tu aku beli dah lama dah. Hujung tahun lepas rasanya. Sejak dah ada apps shopping online ni kan, senang! Senang sangat nak ngabihkan duit... hahaha... Yes, best treatment ever untuk aku yang merangkak nak up kan balik life aku yang down giler sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Down 'ditikam' dari belakang... Down diperbodohkan sesedap rasa oleh orang yang aku percaya. Aduhaii... Sampai hari ni masih rasa diperbodohkan. Tak tau nak kata apa... Hati sakitnya... rasa macam nak pecah!


Lipstik! yes... mine! Rosalinda Lips Matte... Kod : SWEET.

Iols suka lipstik ni. Ringan gila! 1st time pakai matte tau. Nak terkoyak kulit bibir ni ha masa mula - mula tonyoh... huhuhu... Tapi iols suka, tahan lama. Harga pon berpatutan.

Hari tu ada baca 1 blog ni. Kata blogger ( sorry, tak hingat blogger mana, sebab dah lama baca blog tu. ) tu, dia ketagih membeli online ni. Ayyoyo..! Sama lah! Aku pon... Gian sebab apa tau... keseronokan masa parcel tu sampai... Tu yang buat hati rasa gian je nak shopping lagi dan lagi. 

Kadang, bukan shopping barang aku pon. Barang orang lain yang tumpang beli dan bayar kat akaun aku. Tetap excited nak bila terima barang tu... hahaha. 1 kepuasan bila nampak barang - barang tu sampai. Padahal bukan aku punya pun.


Contohnya macam sandal yang cantik jelita ni. Cantik uolls! Tapi bukan aku punya... Shidot! Dia punya. Asalnya memang nak beli sekali dengan shida tapi tak jadi. So dia je la yang beli. Nyesal pulok tak beli. Huhuhu... 


Yang ni, penyedut lelemak jerawat di muka. Pon shidot punya. Oh ye, dah macam 1 kemestian pulak, bila parcel sampai... Brader2 yang sama department nak tengok isi parcel tu. Nape? Saje! Diorang tumpang seronok. Haha... Sebab tu la aku ngan shidot tak berani nak membeli underware ke, bra ke... Oihh... Bahaya! 


Beli anak tudung macam ni takpe. Pon ada gak brader yang minat. Ni aku beli. Join dengan shidot sebab banyak. Beli sikit kang rugi So ajak shidot share. Tapi end up? Patutnya sorang 6 helai, dah jadi kurang. Sorang dapat 5 helai je. Yang lagi 2 helai? Ada 2 orang bapak orang berkenan. Nak pakai dengan helmet katanya. Gasak kau lah bang! Orang pakai dengan tudung, diorang pakai dengan helmet.


Ini... tak tau apa nama dia. Tapi incase korang terrr lock sama ada pintu kereta atau pintu rumah ke... boleh pakai mende alah ni. Pam ni selit celah pintu tu, ko pam la... Macam pam untuk tekanan darah kan? haaa... pam macam tu la sampai kembung. Pernah la try kat rumah hari tu. Pintu tu dah jammed. Aku letak pam ni celah pintu. Boleh la... Tapi yang macam kampit beg tu tebal jugak. Payah gak nak jolok masuk kat celah - celah pintu tu. Gigih aku tolak - tolak sampai masuk betul2 celah pintu.

Barang lain? Ada lagi... Tengah tunggu ni. Bila la nak sampai ni. Biasanya aku pon kat office je tapi kali tersalah plak. Terhantar ke alamat rumah... huhuhu... Bukan tak boleh hantar kat rumah. Boleh tapi dah aku kerja kan? Sape pulak nak tunggu kat rumah? 

Korang? Dah shopping? Beli apa?