Orangnya comel je.. baru 10 tahun. Start berblogging pon bulan 4 tahun ni. Blog dia simple je...
Citernya fokus pada makan tengahari kat skolah. hampir semua entry dia tentang menu lunch kat skolah
Peh tu siap bertukar2 cerita lagi ngan student negara lain. Memang simple tapi pada aku menarik. Sebab setiap lunch yg dia ambil gambar tu, dia akan kelas kan dari tahap 1 hingga 10. Siap de kiraan utk berapa helai rambut yg tertinggalkan food yg pihak kantin served tu ( if ade la...he3 )
Memang unik! Lain daripada yg lain blog dia nih. Tapi disebabkan entry2 tu la dia hampir2 di 'banned' oleh pihak Council kat situ. Hampir2 di 'banned' dari berblogging gara2 paparan menu dan komen2 dia tentang menu2 di skolah tu.
Korang leh baca blog menarik ni kat sini : http://neverseconds.blogspot.com.es/
Korang leh baca blog menarik ni kat sini : http://neverseconds.blogspot.com.es/
Sebab de orang tak setuju dia di'banned'. Kata diorang " Tak patut! "
Tapi... de gak yg setuju dia di'banned' sebab katanya, " saya pernah kerja di situ, de byk lagi makan berkhasiat yg dia boleh makan tapi dia tak nak amik."
Yg. lain kata, " ramai dikalangan kamu mendapat makanan percuma dan seharusnya kamu bersyukur dgn apa yg kamu dapat. ada ramai lagi kanak2 di luar sana yg mati kerana kelaparan. saya rasa dia memang patut di'banned'... mungkin mereka patut hantar dia di sekolah yg tidak dibekalkan makanan tengahari utk memberikan dia pengajaran! "
Berita dia hampir di'banned' tu korang leh baca kat sini : Martha Payne school lunches nevers second blog BANNED ! termasuk komen2 pembaca..
Ape pendapat korang lak?
Kalau aku jadi dia pon, kalau la de hidangan meal yg nampak sedap ( tapi tak menyihatkan ) dah dihidangkan dgan meal sihat sebelah - menyebelah.. sah2 ler aku amik yg nampak sedap tu...
Macam letak KFC dengan nasi putih lauk sup ayam dan sayur sebelah - menyebelah... aku pilih KFC! he3... korang? ( Nasib baik la dulu aku tak kenal KFC tu ape?...ha3 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan