Isnin, 22 Ogos 2011

Psiko ke budak tu?

Tadi cif Azmi datang kat aku. Dia bagi amaran supaya hati - hati sikit kat kuartes tu.

Aihhh... Apa kena pulak cif ni? Hati aku dah mula rasa semacam. Aku tanya cif, kenapa dia cakap macam tu ?

Cif cakap, tadi dia balik kuartes sebab nak selesaikan masalah kat kuartes tu ( dia pegawai yang incharged untuk selenggara kuartes ). Then, dia balik rumah jap. ( Dia pon dok kuartes gak... )

Masa tu dia nampak de sorang budak lelaki, siap ngan uniform sekolah berlegar kat kawasan kuartes tu... Cif perhatikan dulu. Dia nampak budak tu berhenti betul - betul depan rumah aku and jengah - jengah ke laman rumah.

Ya Allah... Berderau darah aku dibuatnya. Bila dia nampak budak tu macam mencurigakan, dia pon sergah la budak tu.

" heh...kau buat apa ni?!"

Cepat - cepat budak tu tinggalkan tempat tu dan hilang di sebalik bangunan. Wahh... Ni yang aku tak gemar nak dengar nih. Bila aku tanya cif macam mana rupa budak tu, cif cakap... Tinggi, badan agak berisi sikit... Cif agak budak tu mungkin 'aim' motorsikal RXZ husband aku...

" ko kena hati - hati sikit. aku tengok budak tu kerap gak lalu lalang kat kuartes tu.."

Tetiba aku teringat yang dulu aku pernah nampak sorang budak lelaki amik 'something' dari rumah jiran depan rumah cif tu tapi aku tak tau barang apa.

Aku tau sebab, sebelum budak tu buat keje cilok tu.. Dia dok berlegar-legar depan rumah orang. Kebetulan pagi tu aku tengah sidai kain. Bila budak tu nampak aku, dia buat - buat lepak kat celah bangunan depan sikit dari rumah aku.

Then aku masuk dalam rumah jap, bila aku keluar semua. Budak tu dah gi rumah depan tu amik apa tah cepat - cepat dia sorokkan dalam baju. Barang yang dia amik tu, memang aku tak nampak. Tapi gerak geri dia sorokkan barang pastu lari terkepit - kepit tu aku nampak jelas sangat.

Bila cif gitau camne rupa paras budak tu tadi... Aku rasa budak yang sama. Sebab, sejak peristiwa dia cilok barang tu, tiap kali dia lalu depan rumah aku. Aku mesti nampak dia pandang je kat rumah aku. Budak - budak lain takde plak camtu. Budak ni sorang je yang pelik sikit. Semacam plak tu... hishh...

p/s : 
Beberapa hari sebelum budak tu kantoi ngan aku, ada member opis yang dok kuartes tu mengadu hilang bra. Bukan sekali dua je tapi banyak kali. Lagi pelik, bila bra tu dipulangkan pada pemilik tapi berselaput warna merah... euhh... menakutkan...

1 ulasan:

Liza Razak berkata...

ishh scary nye budak itu..kena repot polis ni