Khamis, 27 Oktober 2011

Tragedi telinga Payel berdarah!

Tak tau nak mula dari mana sebenarnye. Sejak kul 8 lebih tadi, Opal dengan Payel asyik main jer. Jap lari sana, jap lari sini. Jap baik, jap bergaduh.

Semua tu biasa pada aku. Jadi, aku tak berapa kisah sangat. Pada aku, asalkan diorang gembira… biarkan jer la.. Aku biarkan diorang bermain sama – sama. En. hasben leka ngan tv, aku pulak leka ngan komputer.

Tengah leka mengadap komputer, tiba – tiba aku terdengar Payel meraung. Lain macam bunyinye. Ada semacam sayu, lepas tu dia menangis tak berhenti. Hati aku rasa tak sedap. Cepat – cepat aku toleh.

Aku nampak Opal tengah duduk atas Payel yang masa tu dah tertiarap atas toto. Payel tengah meraung. Pantas aku tolak Opal ke tepi dan aku angkat Patel yang masa tu masih menangis.

“ akit ( sakit ) !…akit…!”

Raung Payel sambil tunjuk telinga kiri dia kat aku. Masa tu jugak aku cubit Opal. Tapi… Opal tak nangis. Tak kuat mana pun aku cubit.

Lepas marahkan Opal, aku pandang si kecik tu semula. Masa tu jugak aku tengok ade darah memancut keluar dari lubang telinga dia.

Ya Allah… dalam tak sedar aku tadah darah tu sambil meraung. Macam mana darah tu memancut, macam tu jugak la air mata yang keluar dari kelopak mata aku. Kami sama2 meraung. En. hasben naik berang. Teruk juga dia pukul Opal.

Kata Opal, dia nak korek telinga Payel…

Menggigil tubuh aku bila tengok darah merah yang keluar dari telinga Payel. Tak pernah aku tengok semacam tu. Aku jadi takut. En. hasben plak berulang kali cakap tentang gegendang Payel. Air mata aku dah berjurai tak berenti. Dia plak cakap camtu. Lagi la risau aku dibuatnya

Cepat2 kami bawa Payel ke klinik. Masa tu dah 11.30 malam. Nasib baik Poliklinik Ibnu Sina kat Dataran Senawang tu buka 22 jam.

Lepas diperiksa, doktor tunjuk gambarajah telinga yang ade kat situ. Katanya, telinga Payel cedera tapi mungkin tak kena pada gegendang. Yang berdarah tu bukan gegendang sebab gegendang telinga takde salur pembuluh darah.

Owh.. baru aku teringat, aku ade ternampak lidi pengorek telinga en. hasben berdekatan Payel masa kejadian tu tadi. Tapi yang aku perasan, lidi tu bersih. Takde pulak kesan darah yang melekat.

Aku cerita detail kat doktor tu. Lepas dia tengok lubang telinga Payel melalui teropong, dia kata, gegendang Payel ok. Kalau bocor, pastinya dia nampak hitam kat gegendang telinga. Tapi tadi, dia kata cuma nampak putih jer. Bermakna, mungkin kecederaan tu tak menjejaskan gegendang.

Tapi dalam masa yang sama, aku kena pantau keadaan dia dalam lingkungan 3 hari ni.

Pesan doktor : avoid telinga yg injured tu dari terkena air sebab air bukan elemen yang baik jika terkena pada luka yang terdedah. Kalau demam after 3 days dari kejadian ni, doktor mintak kami datang semula sebab takut kalau berlaku jangkitan yang lebih teruk.

Doktor juga ade cakap, if gegendang telinga Nufail berlubang kecil… ia masih boleh recover lagi.

Aduih… ada sikit kelegaan di situ bila doktor kata gegendang telinga dia ok. Tapi masih ade kerisauan lagi selagi Fasa 3 hari ni lum berakhir.

1

Dalam masa yang sama, aku rasa kesian pada Opal. Teruk dia kena marah kat en.hasben. Ye lah, aku tau…bukan salah Opal 100%. Kitorang yang leka. Patutnya kitorang tak biarkan diorang bermain tanpa pengawasan. Opal bukannye tau ape. Dia belum paham lagi. Katanya, dia nak korek telinga Payel. Dia tak tau pon perbuatan dia tu akan memudaratkan Payel.

Menyesal sungguh aku rasa masa ni. Sampai sekarang kekesalan tu masih ade. Aku cuai ! Kalau la aku tak biarkan diorang bermainn sendirian tadi, pastinya kejadian ni tak berlaku. Kalau lah gegendang Payel cedera tadi, pastinya aku akan menyesal sampai bila2.

Ya Allah… kau sembuhkan la luka Payel. Janganlah Engkau biarkan luka tu merebak jadi parah.. amiiinn……!



5 ulasan:

Fitri Senin berkata...

Ya allah syu...dahla jgn la salahkan diri sendiri..benda dh nak jadi..lepas ni beringatla..kita ni selalu rasa anak kita tu dah blh independent..padahal derang bukan reti apa pun..pape pun hopefully nufail cepat sembuh..dah..dah jangan risau sgt2 ok..mesti sume ok

syu berkata...

Thanks Fit...tu la..benda dah nak jadi, nak buat macam mane. Aku ok tapi risau gak la. Lepas ni memang aku kena lebih berhati2.Tengok dia leh main2 semula lepas jumpe doktor malam tadi, lega la sikit.

Mama Nuralyafiiya berkata...

Nangis baca entry ni sbb smlm pun tinge anak sy darah akibat kecuaian sy. Doktor kt ibnu sina tu ckp x kene gegendang tp mungkin boleh trkena jangkitan.

Mama Nuralyafiiya berkata...

Nangis baca entry ni sbb smlm sy penyebab tinge anak brdarah. X Pasan bile ke masanya dia amik cutton buds dlm bilik makcik die.

lady scooter berkata...

mama nuralyafiiya : sabar ye... mudah - mudahan anak cepat sembuh...