Khamis, 6 September 2012

Fa'el muntah2 lagi...

Semalam kan aku ke Putrajya. Letih wokkk!!! Menaip kat kerusi empuk tu kononnya best! tapi sebenornyer.... sakit2 badan... adeiihhh...

Tapi mengenangkan pagi ni planned nak turun ke pejabat PD, aku pi jugak keje. Pagi2 tadi Fa'el dah meragam.... aku sumbat susu, baru dia selesa tido.

Elok je tengah siap2kan Opal, Fa'el bangun... bueeekkkk....!!! ber-duyun2 susu coklat tu terjun keluar dari mulut dia. Aku igkan takat tu je. Aku hantar le dia ke rumah Kak Roha... pengasuh Fa'el cam biasa.

Kul 10 aku dapat sms... akak tu cakap Fa'el dah lembik sebab asyik muntah2. Nak makan, tapi asalkan makan je, muntah balik... de la dalam 2 - 3 kali camtu... aku dah cemas... akak tu pon sama.

Bawak ke klinik... pilihan aku... klinik Dr. Kassim kat taman apa tah tu... klinik gomen aku dah jenuh dulu. Ramai!!! kes Opal dulu yg dapat doktor lembab giler bab* tu.. uihh... serik!

Rupanya kat klinik Dr. Kassim pin ramai gak pesakit. Tengah dok tunggu tu... again... Fa'el muntah... owhh... takutnya! Berbuih2 muntah dia sebab takde apa dah dalam perut. Yg keluar semunya kahak... semata - mata! Aduiihhh... giliran kitorang lambat lagi plak tu!

Doktor kata hari ni ramai tul budak2 lebih kurang baya Fa'el ni yg kena muntah2 & cirit - birit! No wonder la tadi ramai mak bapak yg bawak anak2.

Kata doktor, semua ok kat Fa'el. Takde masalah lain katanya. Peparu ok... abdomen pon ok... leher dan anak tekak semua ok. demam pon takde! Doktor decided nak bagi ubat punggung utk tahan muntah. Kalau doktor tak bagi pon, aku akan mintak. Sebab ni kali ke2 Fa'el kena camni. Doktor yang mula2 dulu pon bagi ubat punggung untuk stopkan muntah.


OTW balik rumah, tgah drive.... Fa'el muntah lagi... Ya Allah... siksanya aku tengok Fa'el masa tu! mesti dia sakit! Teruk sangat gaya dia nak muntah tu.... aduhaiii.... berderai air mata nih tengok Fa'el macam tu! ( by that time, aku sensorang je... nyaris aku langgar divider masa Fa'el muntah dalam kereta tu. takutnya aku masa tu, Allah je yang tau! )

Now... dia tengah makan gula2... tadi dia try makan... still termuntah lagi... tapi milo O yg dia minum sebelum  makan nasi tu tak keluar.... ada perkembangan baik kat situ....

Takde ape yg lebih baik selain daripada kesihatan anak2 kan?!!

Tiada ulasan: