Jumaat, 28 September 2012

Bunyi pelik di bilik bos !

Ni kisah 2 hari lepas...ekekek... aku ni suka tul kan citer mende yg dah lepas...peh tu nak mention ' ini citer semalam', or ' ini kisah 2 hari lepas', or...bla...bla...blaa.... Tapi aku nak berkisah jugak kat sini...

Nak kata misteri pon ye gak... cuma aku takde la amik gambar segala tu.. memang tak la... kisahnya begini ye...

Hari selasa, this week gak lah... aku masuk bilik bos yg gred 48 tu. Sebab hari tu de lawatan 5S dari wakil Ibu Pejabat. And FYI, bilik bos ni kemain banyak ngan macam2 dokumen. Nak buang2 slamber radak tu memang tak beran la aku. So aku kemas jekk susun je elok2 biar nampak kemas... lupekan yg tu...

Aku kemas bukan sengsorang. Aku kemas ngan cik Raja. Aku kemas dokumen, dia kemas kerusi tamu yg bersepah tu. Masa tu lagi aku dh dengar bunyi pelik. Air-cond aku cuma buka 1 je. Betul2 kat belakang aku. Cik Raja tu dok kemas kat belakang aku gak.

Time tu la aku dengar bunyi macam bidai tingkap kat pintu masuk tu kena 'tampar'... aku fikir mungkin kena angin air-cond. Mata nak jugak tengok kat bidai tu. Tapi...

Bidai tu tak gerak weihh...

Tapi telinga aku memang dengar bunyi bidai tu kena 'tampar' kat pintu masuk tu.

Pelik kan??

Peh tu aku dengan bunyi...tapi ape tah..aku tak dapat detect bunyi ape... cuma kat hati ni terdetik, " macam2 bunyi plak kat bilik orang tua nih...!"...spontan tau!

Sekejap tu cik Raja kelaur jap. So tinggal aku sorang. And.... again... bunyi bidai tu 'ditampar'... haaiihh... lain macam tapi hati kering jekk... malas nak pikir bukan walau hati dah mula rasa semacam...

Memang bidai tu tak gerak! aku yakin sangat bidai tu tak bergerak...Tapi tak tau la kan kot itu cuma perasaan aku je...

Then

Tengahari hari Rabu, aku cam biasa.... stay kat tempat aku ni sengsorang. ingatkan de la pegawai lain kat bilik depan tu.. FYI, bilik bos kat depan meja aku je...

tengah menyusun nota utk exam semalam tu...tetibe dengar bunyi...

bidai tu 'ditampar' lagi....!!

aiisehh... mata aku time2 tu la tajam merenung kat bidai bilik bos.. dalam gelap tu, aku nampak bidai tu betul2 bergerak..!!!

kali ni bukan bunyi je dah.... siap bergerak lagi............. time tu plak bos memang takde... dia out-station... pintu bilik dia memang sentiasa berkunci... aku sorang je yg de simpan kunci spare bilik tu............ so??

ngko rasa????


masa tu baru 1.30ptg tau!

akak tak tunggu dik..........!!! cepat2 aku sambar bag, otw nak keluar tu baru aku perasan, aku sorang je yg de kat situ.............. yg lain semua dah keluar....... dan semua bilik gelap..!!!!! woooohaiii..............



Tiada ulasan: