Ahad, 24 Julai 2011

Ekspo MAHA 2011 di Seremban

Aku pernah pegi MAHA tahun lepas. Tapi masa tu dah hujung – hujung minggu MAHA ni berlangsung..

Tahun ni awal sket aku pi…1st day lagi aku dah ajak suami aku datang sini…

Bermula dari 23hd ( semalam ) dan akan tamat pada 30hb ni kalau tak silap aku…

DSC01027_thumb17_thumbDSC01029_thumb11_thumb

Mesti ade yang tanye..ape yang bestnye MAHA ni…?
Jawapan aku senang je… best jekk

Sebab diorang ade buat mini zoo ( lebih pada haiwan ternakan je ). plus F.O.C
Tahun sebelum ni kalau tak silap aku, takde flamingo nih..

DSC01031_thumb4_thumb

Bau kat sini.. huuuu mak aaiiiiii..... tengik! menyentap ke jiwa rasanya... 

DSC01032_thumb4_thumb

Dak kecik ni.. mula2 takut2...

DSC01033_thumb4_thumb

tapi sebab dah kena buli kat abah...

DSC01034_thumb5_thumb

Dushh…kena sebijik…sib baik kambing tu cool je….

DSC01035_thumb4_thumb

Cik kambing yg mewah ngan bulu... dan... bau 'dia' yg paling... !!

DSC01036_thumb9_thumb

kat kepala dak kecik ni de 2 pusar.. hari tu nenek Pilah de kata... kalau bela kambing... menjadi!

DSC01038_thumb6_thumb

Sementara si adik syok tenung kambing2 yang ade kat mini zoo ni, yang si abang…tuu diaa….
Berkepit bawah ketiak mak…he3..

Si abang ni memang penakut… Sepanjang jalan tu dia asyik berkepit ngan aku..muka cuak je dia…

DSC01039_thumb3_thumbDSC01040_thumb3_thumb

DSC01041_thumb3_thumb

Ni baka ape pun aku tak tau…Main amik je gambo ni

DSC01042_thumb4_thumb

Tengok kambing yang sekor tu..Siap panjat pagar lagi…Kambing tu tengah mengurat awek kambing yang kat sebelah sana tu.. Siap menyanyi lagi..

Masa dok leka amik gambo kambing gatal tu..rupe – rupenye ade sekor anak kambing tengah julurkan kepala tul2 kat kaki kitorang. Nasib baik aku tak tersepak…hish…

DSC01043_thumb4_thumb

Amboih…manjanye kambing tu ngan laki aku…ewah..ewah…
Si kecik tu tengok je…

Nampak tak kat belakang kepala si kecik tu ade 2 pusaran?

Ha… buleh jadi tokey kambing yang berjaya la maknanye tu…
Hmmm…

DSC01044_thumb5_thumb

Haha…sesi membuli lagi…anak kambing tu plak..relax je dia.

DSC01045_thumb4_thumb

Ha3…sekor lagi anak kambing kena tumbuk..
*sebenarnye si kecik tu geli nak usik kambing tu..habis dia genggam semua jari…

DSC01046_thumb4_thumbDSC01047_thumb5_thumb

Habis je sesi buli kambing…kitorang blah gi kandang lembu plak…

DSC01048_thumb4_thumb

Korang nampak tak bontot lembu putih tu…masa kitorang lalu depan kandang eh..aku tengok angin lombu ni tak berapa baik..

Merengus – rengus gak la macam nak sondol orang..

Eh..jangan risau…semua dalam keadaan terkawal…

DSC01049_thumb4_thumbDSC01050_thumb4_thumb

Kalau kambing tadi bleh la si kecik ni usik… tiba kat tempat lembu….
Tak dapek nak nolong eh…sobab eh…lembu tu sumo eh godang2…Tengok yo la gambar yang kat bawah ni…

DSC01051_thumb5_thumbDSC01052_thumb7_thumb

Satu – satu kandang yang ade letak tanda amaran…
“Awas…jangan dekati ternakan ini !”

Lu pikir la sendiri kenapa diorang letak tanda ni..

Tapi ade gak yang tak paham bahaso..
Elok yo diorang bertenggek kek pagar tu…

DSC01054_thumb5_thumb

Habis tengok lombu, kitorang pi jongah kandang kuda plak..
Tapi….

Uih…tak berani aku dok situ lama2… Ade aura yang mengatakan kuda tu tengah bad mood…chewah..haha.
Tapi memang pun… aku tengok kuda tu macam gelisah je..
Jap2 dia berbunyi.. pastu mata kuda tu jap2 terbeliak..jap2 terbeliak..
Seram aku tengok…
DSC01056_thumb4_thumbDSC01055_thumb4_thumb

Sekitar pameran bahan pertanian ;

DSC01057_thumb5_thumbDSC01059_thumb4_thumb

DSC01060_thumb5_thumbDSC01061_thumb4_thumb

DSC01062_thumb4_thumb

Pas dah penat berjalan, kitorang sempat la singgah kat gerai yang ade.
Haus plak tekak ni…terjumpa plak pop corn ni…

Fullamak..memang favourite aku..!
Aku sambar 2 peket..Rm2/peket je pun…

DSC01069_thumb5_thumb

Benda yang wajib aku beli…
SUSU SEGAR…

Dari zaman aku budak2 lagi..memang aku suka susu ni..
Tapi dah naik harga la plak..

Tahun lepas baru Rm1 = 1 botol
Tahun dah jadi Rm 1.30 per botol.

DSC01070_thumb4_thumb

Walaupun dah naik harga, aku beli gak..
5 botol perisa jagung, 5 botol lagi perisa strawberi.

Tu pun..separuh aku beli kat gerai lain, separuh lagi suami aku beli kat gerai lain…
Ngam2 10 botol…

DSC01071_thumb4_thumb

Pas beli susu ni, kitorang terus balik sebab suami aku nak tengok bola
Malaysia vs Singapore..
Tak dapat la aku tengok orkid2 yang cantik2 kat kemah tumbuhan tu..hu3..sabo je la.

Tiada ulasan: