Jumaat, 25 Januari 2013

Kad ATM terpaksa di-blocked!

Haii korang... jangan la jadi cam aku ni... sebab kecuaian sendiri, tak pasal2 je kena tukar kad baru.

bukan sebab kad hilang... TAK!

kad ATM acik sentiasa selamat di sisi aku... heee... sentiasa ada ngan aku.

bukan sebab patah! pun... TIDAK!

Tapi sebab aku dikejutkan dengan penolakan sejumlah amaun dari akaun auk hari rabu yg lepas... 23 jan 2013.

terperanjat aku bila tengok baki dalam akaun tak seperti yg aku sangka. bila tengok tarikh transaksi, aku lagi hairan! bile acik de buat transaksi? rasanya dari pagi lagi acik dok terperap kat pejabat ngan kad tu. 

tak puashati punya pasal, aku trus call Care - line... lepas mengadu kat Care - line tu, diorg terus nasihat aku block kad tu terus. kalau nak cek kemana transaksi tu pegi... aku kena gi kat cawangan terdekat. tu kata depa lah!

Kkad diorg dah block... terpaksa la aku tukar ngan kad yg baru.. ye dak?! aduiihh... ramai la plak yg tunggu nak buat kad... aku org yg ke 23!

tension!!!

tapi sementara tunggu tu, acik tanya cuba semak dulu kemana transaksi tu pegi... hampehh! org kaunter caw. tu cakap, sebenarnya Care - line boleh semakkan perkara tu. bukan cawangan! cawangan cuma bleh bagi tau, pukul berapa transaksi tu berlaku.. tu je.. sape yg buat? kena tanya Care - line!

hohooooo.. panas hati acik dibuatnya! pantang tau kat acik bile diorg main2 tolak2 keje kat org camni.. menyusahkan org yg dah sedia susah! tu semua tu nak kena hambur le tu! 

aku call Care - line semula...

" saya dah call sini memula tadi, tapi diorg kata kena semak kat caw. tapi caw. kata Care - line yg sebenarnya boleh cek semua tu... sekarang, saya nak u semakkan... saya tak peduli!"

haa... nampak dah berrrr - angin dah kan? sib baik peg. yg ni ok. katanya, kad aku seolah2 telah digunakan oleh pihak ketiga.

seblum tu, kerani kaunter kat caw. tu tanye, " puan de gunakan kad ni utk beli barang2 kat mana2 tak pagi tadi? dalam around kul 9.01 pagi..."

bila pulak aku gi shopping pepagi camtu? pasaraya mana pulak yg buka pepagi camtu? dah tentu la aku kat pejabat! kojo weeiihhh...!! kad ATM aku pon de berkepit ngan aku sepanjang masa...

kesudahannya, aku terpaksa buat kad ATM yg baru! kerana kesiankan aku, pegawai yg buatkkan kad aku tu kata

" takpelah, i tak charge you... memandangkan u dah hilang duit. i kesian, next time... jangan bagi sesiapa pun tengok kad ATM you ni... jangan dedahkan no. PIN and no. pada kad ATM ni walaupun de org call mintak u berbuat macam tu. kita takkan call you utk  minta semua tu.. buat apa? pihak bank memang dah de rekod you dah.. "

hu3... thank you! thank you Sandra Mary yg sgat sabar tengok muka tension acik nih! baru la acik teringat dulu acik de dapat call dari ejen insuran. masa tu acik terpengaruh and dgan mudahnya acik bagi no kad ATM kat diorg. sib baik acik cepat2 sedar dan bertindak.. lepas ni... NO MORE!

3 ulasan:

aizamia3 berkata...

moga lebih berhati-hati selepas ini.. :)
and ai like bila care line tu se das cenggitu.. ;)

skuterlady.blogspot.my berkata...

aizamia3 : hu3.. hati dah panas masa tu, kena plak dibuat cam bola gitu... haruslah mendapat...ekekeke..

Nur Nainis berkata...

Bahayakan..saya pun risau kad saya tak boleh guna..