Isnin, 7 Januari 2013

anak pokok n baja percuma - karnival sukan episod 1

Lebih kurang 2 minggu lepas, aku yang baru je sampai dari kampung terus serbu peti surat. Dah jadi tabiat. Padahal zaman menganggur aku dah lama jadi sejarah. Dulu masa ‘tanam anggur’, hari2 aku tenung peti surat ayah aku dari berandar rumah. Peti surat tu pun cam dah menyampah bila asyik kena tenung. Eleh… dia ingat dia tu hensem sgat?! Peti surat je pun!

Aku jadi macam tu sebab tunggu hasil keputusan temuduga kerja aku yg payah na nak lekat! Sampai waktu bila posman muncul depan rumah pon aku dah leh hafal. Lebih kurang dalam 10.30 pagi ke 11.00 pagi. Dasyat tak!? Sib baik masa tu aku tak reti bawak motor, kalau tak… mungkin aku apply jugak jadi posmen!

Balik pada topik, aku jumpe 1 surat jemputan karnival sukan. Anjuran taman aku tapi fasa 4 & 5. Aku dok fasa 3. Ada nombor cabutan bertuah dan 1 borang maklumat keluarga skali kat situ. Ada macam2 acara, tapi malas nak cerita lah.

Aku dengan hasben sama2 tertarik ngan 1 ayat ni,‘penyerahan anak pokok buah 500 unit’'. Kat hujung tu de perkataan à PERCUMA

Wahh.. jadi salah 1 tujuan utama kami, anak pokok percuma tu…he3

1 tujuan lagi… nak try nasib dalam cabutan bertuah. Ni pon entry lain la acik citer..;-)

1 lagi tujuan… suami acik nak join salah 1 acara yg ada. 

Jabatan pertanian open table pendaftaran, diorang la yang nak bagi anak pokok percuma tu. Aku memang suka tu! Hasben yang pi daftar. Dengar kata dorang nak bagi anak pokok kedondong dengan baja. Ho3… lagi la aku suka! Dah lama aku nak beli baja organik untuk pokok delima aku kat rumah ni tapi sampai hari ni tertangguh – tangguh. Hari ni matlamat aku tercapai! Hahaa….

Ada booth utk pemeriksaan kesihatan percuma. Aku ngan suami tengok yo lah! Ramai!

Lepas letih menunggu, Opal sampai kebosanan dok lama2 kat situ. Nak bagi main kat playground yang ada tu, hari panas terik pulak. Demam kang!

Lepas MB N9 rasmikan majlis barulah diorang agihkan anak2 pokok tu. Hasben yang amik. Aku tunggu kat khemah. Ada makcik kat sebelah aku ni dah pegi amik dulu sebelum giliran kitorang. Masa tu aku terdengar makcik ni merungut,

“ kata diorg nak bagi 5 pokok… takde pon! 2 pokok je ni… cakap 5 pokok!”

Nampak tak puashati kat nada suara makcik tu. Aku yang terdengar ni dah rasa macam…  ehhiye ke? Diorg nak bagi 5 pokok ke? Cepat2 aku buka kertas acara yang dah macam kertas balut tempe tu. Aku baca perenggan pasal anak pokok percuma tu 1 per 1. Tak jumpa pun!


Haa… ada korang jumpa mana2 ayat yang kata nak bagi 5 anak pokok? Benda lain adalah… he3….
Sahh… makcik tu mesti dah salah baca. Hehee…

Apa pun, aku puas hati. Hasben bawak 2 kampit anak pokok : jambu batu & kedondong plus 2 kampit baja organik. Mano nak dapek mana nak dapat )tu uikk!?? ..percumooo!!

anak pokok FREE..!!
baja free.... acik suko!! hik3
Selesai je hal ehwal pembelian rumah pertama kami tu nanti, aku ingat nak tanam laman rumah tu... jaga baik2 jgan bagi tinggi. Biar rendang je…he!

8 ulasan:

Solehah Shamsuddin berkata...

wah untungnya dpt sume ni free. tahniah ye...

Entri terbaru:

http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html

ayunidati berkata...

bagi baje pokok2 tu tu...

skuterlady.blogspot.my berkata...

solehah : tima kasih... slamat berjaya utk contest SEO tu ye

skuterlady.blogspot.my berkata...

ayu : rezeki dan jimat...he3

L berkata...

hehe. dah berbuah nt, boleh la l g mkn. hik2

WuMing berkata...

Kalau tak mau jaga... bagi saja kat orang lain...

Eintan Nurfuzie berkata...

ehek.. meh jabata n cik en dapat kucing free.. heheheheh

Bunda_nora berkata...

free?...ok la tu..