Sorry lah...
Patutnya aku cerita pasal kisah aku beraya haji sebab 1 hb Sept kan Raya Haji... Tapi kisah raya puasa lum tepek lagi kat sini. Kang takde plak kenangan kang. So aku dulukan cerita pasal raya puasa aku dulu lah ek.
Thanks pada yang masih sudi singgah baca ke blog ni...
Raya puasa tahun ni aku di rumah mentua. Seronok Opal n Fa'el. Dapat jumpa Adam dgn Aliff... suka sangat diorang.
Aku kan tahun ni memang cuti raya. Syiok maaa... Member lain kena mohon cuti. Ada yang dapat cuti, ada yang tak. Aku? Sah sah la tengah cuti... 😝... Yess... masa ni cuti bersalin aku masih de baki lagi...ngam seminggu raya. Minggu ke-2 raya baru aku start keje.
Enjoy raya? Tak lah... Mood raya aku tahap sederhana je. Stakat niat nak bawak anak2 berjalan je... Sambil2 jadi money collectorrrrr anak2... hehe... Gitu je lah!
Acu...
Adik ipar aku...
Selain kak Wani sekeluarga, Acu ni pon ada gak. Kak Rosnah ( biras aku jugak, tinggal dekat je ngan rumah mentua ) ngan anak2 dia de la jugak datang. Sambil tolong mana yang patut, diorang jengah kambing diorang kat belakang rumah mentua aku ni.
Dear anak2, kalau nak tau... Tu Acu tengah tolong nenek bakar kuih bahulu. Sambil bakar bahulu sambil buat live video kat fb dia.🙂
De yang terhangus.. tapi yang tu kitorang suka... haha... yang cun cun letak dalam bekas... untuk tetamu. Yang hangus sesikit tu kitorang bedal sendiri. Heee... Hangit hangit manis... Garing pulak tu... Sedap!
Aku tak dapat nak tolong sangat diorang memasak masa ni. Jannah asyik nak mengempeng je... dapat tolong pon sekejap - sekejap... lepas tu berkejar plak menyusukan Jannah. Si kecik ni tak leh la dengar bunyi sikit... kejap je tidonya... kat rumah macam tu la... Lelah rasanya bila terkejar - kejar buat keje. Tahan je la sabar kat hati ni...😔
Yang belakang tu, Aliff... pusar di kepala dia de 4!😲😲😲😲😲
Suka gambar ni... 😁
Pagi sabtu tu last puasa, dapat ler aku tolong sediakan bahan masakan. Racik bahan - bahan masakan. Dapat la buat sebab pepagi camtu Jannah lena lagi. Masuk tenghari sampai ke malam, memang tak dapat dah nak tolong sesangat. Tu masa Jannah meragam je tu. Nak ngempeng sokmo!
Masa ni langit cerah lagi. Sempat la siapkan masak bahulu tu. Ni episod hari mantai la ni. Tapi yang ada kat rumah semua orang perempuan. Keluh kesah mak abah bila nak memasak. Ada kerja yang perlukan anak lelaki uruskan tapi, masa ni memasing takde. Memasing de urusan. Husband aku keje lagi. Dia tak leh cuti awal. Penyelia dia rejek...
Alasannya... penyelia pon cuti time raya. Bukan sebelum raya, so anak2 buah pon kena ikut cam dia. Bengang tak dengar camtu?
Acu masih dengan live video dia. Haha...
Owhh... abah keluh kesah sebab takde pembantu nak jaga lemang dia... baru aku ingat! Biasanya orang lelaki yang tunggu... Tapi kali ni memang takde... Masing2 ada keje...
Pastu... baru je nak masak, hujan la pulak.
Lebat ngko!
Budak sorang ni asyik kena buli je ngan Fa'el. Asyik menangis je keje dia. Atok ngko sampai risau la dengor ngko asyik nangis je, Faiq!
Lemang tu akhirnya masak jugak. tu pon lepas ujan berhenti. Opal mintak kebenaran aku. Katanya nak tolong atuk masak lemang... Ofkos ler aku bagi... Sukanya dia dapat tolong atuk. Bukannya dia nak makan sangat pun. Saje...
So... adalah peneman atuk kat tempat bakar lemang tu. Once dah masak, atuk terus cari dia. Nak ajak makan lemang. Haha... Sebab dah hujung2 tu, Opal dah berlari ke dalam. Pi tengok Jannah.
Lemang masak ngam2 masa kitorang dah berbuka. Al-hamdulillah...
Tu rambut tak berapa nak curly... Disebabkan rambut panjang dia ni, ramai yang sangka Faiq ni gegurl... 😅
Banjir kilat!
Tepi kanan tu kandang lembu. Air melimpah sampai situ. Tapi sekejap je. Aku dengar kat Giant Pilah tu pon banjir kilat jugak masa ni.
Mood raya aku kali ni saaaaaaangat biasa - biasa je. Hati aku dalam proses recover untuk sembuh dari luka... Kalau ditanya tahap mana luka tu... Parah! Amat parah! Sedih sangat...
Teringat de ustaz cakap, Allah uji sebab sayang kita. Makin kita sedih dilanda musibah, makin tinggi pahala yang Allah akan bagi kat kita... Subhanallah...
Nampak tu... All purple!
Tu bukan se-mak... se-bapa tu... Tu sepupu sepapat anak2 aku tu... Dari 3 keluarga asalnya tu. Tapi bila dah memasing semuanya pakai purple... dah nampak cam 1 keluarga je dah... ofkos la... keluarga besar Saedin... Haji Saedin ( inshaallah... abah di Tanah Suci Mekah sekarang... )
Saat paling sendu... masa bermaafan!
Cam ada yang tak kena je... tah la... Semoga hatinya tu ikhlas minta maaf kat aku sebab hati aku tak rasa ke-ikhlasannya... Seakan ada rasa terpaksa di situ. Sad.. but true!
Well... raya mehh... Harus cerita. Cerita sedih? Letak tepi dulu...
Raya pertama, pagi tu ronda dulu kat area rumah mentua. Jalan kaki je noksss... Panas terik, tapi redah je la...
Tahun ni tetiba rajin nak baju raya sedondon. Bersungguh sikit la dari tahun2 sebelum ni. Saje, aku nak hiburkan hati. Sebelum2 ni aku jenis tak kisah. Kali ni macam demand... nak kaler tu jugak... Gasak lerr... Alhamdulillah... tercapai!
Ngan capal untuk budak2 ni... semua dapat la beli. Walaupun terpaksa alter baju2 melayu budak2 ni, tak kisah ler... asalkan all purple!
Untuk Jannah pun, aku mix and match kan gaun ngan seluar panjang dia. Baju gaun dia aku order via Lazada... Light purple!
Seluar panjang tu sebenarnya sepasang ngan baju tido. Tapi tak tebal pon. Sedang elok dipadankan dengan gaun tu. cuaca pagi tu sejuk oii... Kesian Jannah kesejukan, tu yang aku sarungkan seluar tu. Tak payah berstokin bagai... Seluar tu dah ngam tutup seluruh kaki. Just nice!
Ok... up sikit gambo kat sini. Asal ehh tak mo show off... hahaha
Tudung tu tah tahun bila punya tah... Pink belacan! Ada aku beli tudung purple tapi macam tak sesuai je nak dipadankan dengan baju tu. Nasib ler ada tudung ni. Tudung raya tuuu.. aku pakai time lain. Ngan baju lain.
Haaa... takat ni je la aku ingat... Yang lelain tu aktiviti biasa je... bawak anak2 jenjalan... melawat sedara mara... makan2... rendang... nasi impit... ketupat... ehhh... ada buat perjumpaan dengan waris keturunan sebelah ayah kat Sawah Ring nuu...
Gitu je lah... Sekian... bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan