Selasa, 19 Disember 2017

Mana entry baru?!

Mana entry baru kau ni makcik?! 😅

Assalamualaikum warahmatullah... Ya habibi ya maulana... Apa khabar enta enta semua... Ada sihat ka? ( terbayang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cakap slang arab! Al-Fatihah untuk allahyarham...)


Itu... Bukan majlis hari jadi anak aku... Majlis hari jadi anak orang. Takde kena mengena dengan aku... Tapi nenek pada birthday boy ni kenal mak ayah aku... Apak pada birthday boy ni sekampung ngan aku. Tapi... Aku tak kenal... No no no... bukan neneknya yang jemput aku datang makan ni... Apak pada birthday's boy tu yang ajak... Bukan kat aku tapi kat husband aku... Hmmm... confiused?

Apak birthday boy tu kawan husband aku...

Petang kelmarin husband cakap nak pi ronda2... Ending nya kat majlis ni... Ish ish ish... Jalan2 nak pi cari rumah birthday boy ni rupanya...

Ok... Selingan je tu...

Gian nak update blog tapi aku busy lah... Hari tu seminggu aku balun cuti rehat tahunan. Barang stor baru amik, belum sempat agih lagi tapi aku dah cuti. Nak amik stok awal2, kenderaan pulok tak dok... Nak dekat cuti baru dapat driver... Jadi, segalanya tak sempat.

Dah balik cuti seminggu, Faiq lak demam... 3 hari je aku keje, 2 hari lagi e.l... Pon sama gak... Tak sempat selesaikan agihan stok. Aku kena cuti... Hati tak tenang nak buat kerja bila anak tak sihat ni kan?  Faiq demam dekat seminggu. 3 hari tu aku kentalkan hati nak siapkan kerja... Dah cek darah hari ke 3 tu. Alhamdulillah... Bukan denggi. Elok je demam, husband trimmed rambut Faiq... Dah makin nampak cam gegirl... Masa amik darah kat klinik, nurse tu panggil dia kakak... Hehehe...

Ni Opal pulak yang demam. Jangan sebab jangkitan kuman udah ler! Mulut dia kan de pakai pendakap gigi... Cuti seminggu tu de tragedi terjadi kat gigi dia... Tu entry lain la story moly ehh...

k... bye!





2 ulasan:

Ann Ishak berkata...

banyak nak kena update ni :D

skuterlady.blogspot.my berkata...

Ann ishak : hehehe...