Rabu, 27 Disember 2017

Kadang - kadang kesepian itu ada baiknya...


Perghh.. Lama tau aku tak buat blog walking. Biasanya aku cuma sempat singgah menyinggah mana yang dapat je. Kadang - kadang bila aku nak cari info tertentu, aku jengah la blog yang ada info yang aku nak tu. Kalau tak, just baca latest update je.

Hari ni terserempak ngan blog Maria Elena dan aku terjumpa entry dia tentang 'Loneliness is good'. Cerita tentang rasa kesunyian tu menarik minat aku.

Sama la jugak macam aku. Walaupun anak - anak dah berderet. Yupp... 4 orang ( Faiq cakap orang tu as 'owang'! Semalam aku dengar dia mengomel kat abang dia dan dia sebut... owang! comelnyaaaa... 😍😘)... Ada masanya aku akan terasa jugak. Perasaan sunyi tu kadang akan datang  walaupun kau sedang dikelilingi oleh gelak tawa, jerit pekik anak - anak. Walaupun bergegar - gegar 1 rumah dengan suara anak - anak, bila sunyi tu nak datang... ia akan tetap datang!

Dari perasaan sunyi... hati jadi sebak! Kadang rasa macam kosong! Pulak dahh... 

Betul! Kadang terkena macam tu... Pastu mula lah rasa tak dipedulikan... Rasa tak dihiraukan... rasa TERPINGGIR!

Macam - macam lah... tu yang hati boleh jadi sebak... biasanya aku atasi dengan istighfar... Kepala ni dalam masa yang sama cuba ingat segala nikmat yang Allah dah bagi dekat aku. Banyak nikmat Allah untuk aku tapi kenapa hati rasa sunyi macam ni. Kadang tertanya - tanya... tak cukup bersyukur lagi ke aku? Kenapa?

Kenapa? kenapa? dan kenapa? diri sendiri pon kadang tak dapat nak jawab. Acaner tu?

Bila tak tertahan... kadang terlepas jugak marah ni kat anak2. Minta maaf ye anak2... Kadang - kadang mak kamu ni lolos dalam mengawal emosi. Nak elak macam tu, perkara yang terbaik lah aku boleh buat, baring diam diam. Cuba tenangkan hati. Kalau rasa sunyi tu datang time dah nak masuk waktu solat.. haaaa... bonus tu!

Lepas solat... nangis puas - puas kat sejadah tu. Nangis puas - puas... kadang mulut kelu nak memohon doa sebab hati rasa terlampau sunyi. Sebak akan datang sendiri.Maka tangisan jadi ganti. Nangis ler sampai hati lega sambil tangan tu menadah ke langit. Dah lega baru la berdoa. Masa tu hati dah rasa lapang. Lega...

Lepas tu, pi la bergumpal ngan anak - anak. Layan kerenah diorang. Chill!

Dan lepas ni boleh la kenang - kenangkan pesanan Maria Elena ni :


"If you're feeling lonely, left out and perhaps irrelevant, know that it's the only way we can learn to control ourselves.

If Allah doesn't present this "loneliness" to us, we probably gain more sins (nauzubillah min zalik), so maybe loneliness is not so bad!"

" Jika kita rasa kesepian, terpinggir dan rasa tidak releven, ketahuilah itu adalah satu - satunya cara kita boleh belajar untuk mengawal diri kita. Kalau Allah tidak persembahkan "kesepian" ini kepada kita, kita mungkin akan mendapat lebih banyak dosa ( nauzubillah min zalik ), jadi mungkin kesepian tidak tidak begitu buruk! "




Note : 

Bila hati itu rasa kesunyian, kesepian... berdoa lah, menangislah... Allah Maha Mendengar! Boleh jadi Allah rindu untuk mendengar tangisan dan rintihan kita, maka rasa itu dititipkan ke dalam hati kita supaya kita ingat pada-Nya! Wallahu'alam...



Tiada ulasan: