Pernah
dengar tak nama hotel ni? Tune Hotel Klia2… Pernah tak? Aku dengar hotel tu
dekat je dengan KLIA2. Sangat dekat...! Jalan kaki je dari Klia2 tu, tau – tau…
dah sampai hotel ( 8 minit sahaja berjalan kaki ). Laluan pejalan kaki antara
hotel ke Klia2 tu berbumbung okey! Tak payah risau kalau hari hujan ke, panas
ke… Sah – sah ler korang terlindung dek bumbung. Bestkan? Itu satu kelebihan
hotel ni lah! Save kat kos pengangkutan dah.
Ehh… ada
yang kata kalau flight delay ke… mana la tau kan… Lepas tu kena lak tunggu
sampai esok pagi. Ngko plak ada anak kecil, boleh je berehat di Tune Hotel ni
untuk kadar semalam. Hmmm… menarik tu! Sebab aku pon ada anak kecik… Sekarang
dah nak masuk 9 bulan dah. Lasak kemain oiii… ehemmm… hehe… Selingan kejap...
heh heh...
Nak tengok
jugak apa kemudahan yang ada kat Tune Hotel ni kan? Meh aku share sikit lah…
Antara
kemudahan yang tersedia jika kita menginap di Tune Hotel ni kan, pertama sekali
dah tentulah pilihan bilik. Selain daripada itu, katil
yang bertaraf 5 bintang disediakan untuk pengunjung sekelian. Ditambah lagi
dengan adanya televisyen untuk hiburan, khidmat wifi percuma, pancuran air panas
untuk menyegarkan badan. Bilik dah tentulah ada penghawa dingin. Mineral water
juga ada disediakan di dalam bilik hotel untuk menghilangkan dahaga.
Breakfast?
Haaa… yang ni bergantung pada pakej. Ada pakej bilik yang menyediakan sarapan
pagi. Ada pakej bilik yang tiada khidmat menyediakan sarapan. Tapi tak payah
ler risau sebab kalau perut terasa lapar… di lobby Tune Hotel ni ada restoran
yang menyediakan sajian enak untuk kita. Pilih saja mana yang berkenan dihati,
yang teringin di tekak.Tak kisah la kita ni suka sajian asia ke... atau western
ke... Pilih saja. Restoran ini dibuka selama 24 jam setiap hari. So kalau ada
yang transit di Klia2 tengah malam tu, ada la makanan untuk dijamah buat alas
perut.
Hmm… sedang
elok dah tu kan? Boleh la booking! Ni haa… korang kalau berminat nak booking,
boleh ler booking di Tune Hotel Klia2 on Traveloka.
Dengar kata Traveloka ada bagi diskaun kalau kita jadi ahli. Login je... dah
boleh dapat 25% OFF!
Hahh… Lupa
nak kenalkan tentang Traveloka. Traveloka ni adalah
salah satu syarikat yang menyediakan khidmat tempahan tiket kapal terbang dan
hotel di atas talian ( booking online service ) yang berpusat di Jakarta,
Indonesia. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh Traveloka, adalah
sangat mudah untuk kita mencari hotel dengan harga yang berbaloi. Antaranya
termasuklah tempahan untuk berehat di Tune Hotel Klia2 ni.
Mudah dan
menarik kan? Semua di hujung jari. Tak boleh booking gunakan laptop atau pc,
boleh je booking bilik di Tune Hotel Klia2 ni melalui aplikasi Traveloka di
telefon bimbit. Pssstt... nak rasa cuti setahun, boleh je... Hari ni booking,
check-in pada 31 Dis 2017... check-out pada 1 Jan 2018... haha...
Apa pun,
sebelum terlupa... Selamat Tinggal 2017... Selamat Datang Tahun 2018. Semoga
azam tahun 2017 korang tercapai. Tahun depan boleh mulakan dengan azam baru. Wish
untuk diri sendiri jugak sambil – sambil sekodeng Traveloka. Boleh buat hebahan
dekat kawan – kawan pasal Tune Hotel Klia2 ni. Diorang pon rajin travel melalui
Klia2 tu. Kadang – kadang lewat waktu ketibaan kan. Sesuai sangat aku
rekomenkan kat diorang.. haha
Hmm... Teringat
kat Cik Guyu. Dia pergi bercuti ke Jepun awal tahun hari tu. Masa ketibaan di
Malaysia dah lewat malam. Kalau takde sape dapat jemput dia di Klia2 masa tu,
aku suruh je dia bermalam kat Tune Hotel ni dulu. Tapi mujur lah Cik Jijah ada
masa tu. Aku memang tak dapat amik dia masa tu sebab aku tengah berpantang
selepas melahirkan my the only one princess.. hehe…
Ok bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan