Selasa, 1 November 2011

Kenapa hati mudah terluka?

Kenapa ye ? Mesti korang pun tertanya - tanya kan? Jawapan pun mestilah pelbagai jugak kan?

Sebab setiap orang ada pemikiran masing - masing... kecuali kan mereka yang malas nak berfikir !

Aku pon ada pandangan aku sendiri. Kekadang aku termenung jugak memikirkan jawapan pada persoalan tu. *perghh...ayat..tak bleh blah..!huhuuu...

Jawapan aku... pendek jer .... sebab... kita mengharap... kekadang kita tak sedar pon yang kita mengharap, sebab tu la bila apa yang kita harapkan tu tak jadi seperti sepatutnya... hati kita terluka.

Kalau boleh, setiap apa yang kita buat... kita nak ada balasan. Tak kira lah dalam bentuk apa sekali pun. Kadang - kadang kita rasa, kita tak mengharap apa - apa... tapi, bila dah terluka... baru lah kita sedar...

Kadang - kadang kita cakap...

" aku tak kisah pun kalau takde sape nak hargai aku..."

Tapi...terang - terang kat situ pun sebenarnya semacam 1 keluhan spontan, yang kita tak sedar sebenarnya menampakkan betapa kita sebenarnya mengharap untuk dihargai...

Kalau macam tu kenapa kita masih terus mengharap... kan dah kata, tak mahu terluka di hati?

Sebab..

Harapan tu la yang buat kita ingin terus hidup...ingin terus berusaha...ingin terus berjaya... tak kira dalam apa perkara sekali pun...

Tapi tu la... selagi kita terus mengharap dan berharap... selagi itu lah hati kita takkan kebal dari dilukai...




- Psstt... ayat di atas ayat dari aku yang tak leh blah...ha3...

Tiada ulasan: