Rabu, 30 November 2011

Kecoh di majlis bertunang...


He3... Ni gambo hiasan semata.. bukan majlis yang kat tajuk tu..


Nampak pengantin baju oren tu? Haa... tu member hasben dari kecik lagi... Tapi bukan majlis bertunang dia yang kecoh... hehee... Gi pun, ni kan majlis khawin... memang tak la kan...

Cuma, otw nak datang ke majlis diorang ni... aku tetiba teringat kisah masa aku dengan hasben nak bertunang dulu.

Adat melayuu... masa majlis bertunang, orang lelaki tak leh ada sekali dalam majlis tu. Hanya wakil pihak lelaki je yang datang. Ye lah... nak bincang pasal persiapan untuk hari perkhawinan nanti..

Kot2 la kalau bakal pengantin lelaki ada skali kang, mengamuk plak dia kat situ kalau2 apa yang kuarga pompuan mintak tak memuaskan hati dia.

Wakil pon biasanya dari kalangan orang tua. Diorang ni kan dah banyak 'makan garam' kan.. Sabar tu lebih la sikit dari orang muda nih... ngeh3


Nak di jadikan ceriter, hasben memang ikut masa majlis pertunangan kitorang tu. Tapi dia duduk kat kemah depan rumah aku.

Omak dia dah pun dah cakap awal2 pasal adat tu. Cuma dia terpaksa ikut sebab wakil2 pihak dia tak tau jalan nak ke rumah aku, tu yang dia ikut sekali..

Ada la kengkawan dia datang ikut gak. Siap masuk dalam rumah lagi nak dengar perbincangan antara 2 pihak... moral support katanya la...ha3

Sampai je dalam rumah, tetiba kecoh jap... Wakil dari pihak pompuan... ehem... that's mine... hehee... dengan tak disangka - sangka suruh salah sorang kawan hasben turun dari rumah.

" Eh.. ni orang lelaki tak boleh ada ni, kita nak berbincang dah ni... "

Terpinga - pinga kawan tu... he3... Tapi dia duduk lagi, tak berganjak sikit pon.. Terpaksa la wakil pihak aku tu ulang balik ayat tu... Bila dah ulang ayat kali kedua tu baru la mak mertua aku ( bakal la masa tu... ) bagi tau...

" Tu bukan tuan punya badan, tu kawan dia... Tuan punya badan tu kat bawah tu..."

Ha3... rupa - rupanya, wakil pihak aku dah salah sangka... Mati - mati dia ingat kawan hasben tu la bakal suami aku.... heheee... masa tu aku kat bilik... siap skodeng lagi... tapi tak dapat dengar sangat butir2 yang diorang cakap masa tu...

Dah lepas sarung cincin baru aku dapat tau cerita ni... Bila aku tengok kawan hasben yang disangka bakal suami aku tu, hurrmmm... lawa orangnyer... eh... silap... ha3... jambu !

Putih gebu jer orangnya... sian hasben... sampai hati diorang.. kih3... 

Masa gi kenduri pengantin baju oren tu, kitorang terjumpa balik kawan hasben tu... He3... tu yang tetiba teringat tu... ngeh3... siap tanya kat hasben

" eh... tu kan kawan awak yang orang kampung saya ingat dia calon suami saya dulu...?"

Dengan ala - ala muka tak leh blah, hasben cuma jawab..

" urmmm....!"

Kih3...
 

2 ulasan:

Cho Zila berkata...

ooo nostalgia menguisk kalbuler tu.. patutler der cerita sebalik cerita...

lady scooter berkata...

cho zila : he3...