Rabu, 23 Ogos 2017

Opal dah pakai pendakap gigi

Masih lagi tak habis cerita Opal dengan pakar gigi dia...


Masih lagi berulang - alik ke klinik pakar HTJ. Temujanji masih lagi berterusan. Dekat 2 tahun dah doktor - doktor tu follow up kes Opal. Terbaru untuk tahun ni, doktor tu cadangkan Opal pakai pendakap gigi.


Sebelum ni pun doktor tu dah cadangkan tapi sebab masa tu nak bagi gigi depan Opal tu sembuh sepenuhnya, cadangan tu bertangguh. Sampai la ke awal tahun ni, doktor tu bangkitkan semula cadangan tu. Kitorang ikutkan aje cadangan tu.


Sebenarnya, sebelum doktor tu beri cadangan tu... Aku sendiri pernah cakap in person ngan Opal... Bila ada duit nanti, aku bawak dia pi klinik pasang pendakap gigi. Sebab Opal pernah mengadu, kengkawan dia ejek dia... jongang!


Kesian anak mak! Memang de niat nak cantikkan gigi Opal tu dengan pendakap gigi. Dengan harapan, tahap keyakinan diri Opal bertambah. Tak la dia selalu monyok je bila diajak ber- wefie bagai...


Aku perasan banyak kali dah, tiap kali nak ber-wefie ngan dia, mesti air muka dia berubah. Mengelak - ngelak selagi boleh. Padahal masa kecik - kecik dulu, dia la yang paling suka bergambar. Memang aku terasa sangat bila Opal mengelak - ngelak camtu. Sedih mak!


Kos nak pasang pendakap gigi tu bukannya murah! Aku dah berkira - kira dah nak ngumpul duit untuk pendakap tu. Tetiba, Allah mudahkan pulak jalan dan niat aku tu.... Doktor pakar tu offer nak pasangkan pendakap gigi Opal. Ya Allah.... syukur sangat! Bila suami bagitau pasal cadangan doktor tu, aku senyum je... tapi kat hati ni ya Allah... happy sangat! Kalau nak tunggu aku ngumpul sampai cukup, lambat lagi la kot baru dapat pasang pendakap tu.


Patutnya awal tahun ni dah pasang dah pendakap gigi, tapi disebabkan gusi Opal bengkak.. bertangguh - tangguh la pulak. Doktor tak mo amik risiko sebab masa tu gusi Opal bengkak. Tiap kali jumpa pakar untuk rawatan, tiap kali tu la gusi dia bengkak. Haiiihhh... Opal ni memang liat sikit bila disuruh berus gigi selalu. Nak kena selalu pesan, nak kena selalu diingat - ingatkan.


Owhh... pemasang pendakap gigi tak boleh dibuat ye kalau gusi sedang bengkak. Gigih ler aku ingatkan Opal. Meleter - leter kadang... haha... Nasib la nak! Nak gigi cantik kan? kena la rajin - rajinkan diri jaga gigi tu. Yang lawa pon nanti, gigi ngko gak! kannn?!


Aku ingatkan pendakap gigi tu yang macam ni haaa... kan budak2 perempuan sekarang banyak pakai ni. Nak cantikkan gigi... Bila senyum nampak la macam2 rupa pendakap gigi. Hehehe... Mahal ni kalau nak buat kat swasta ni ooiii... aku dah survey dah. Rezeki ko la nak! Tapi kena gak bayar RM 15.00. Untuk apa tah... Lupa plak... Teeeheeee...



Tu haaa pendakap gigi Opal. Sebelum terbentuk macam tu, doktor kena letak apa tah kat mulut Opal. Tujuannya untuk dapatkan acuan bentuk lelangit Opal. Masa ni drama sangat! Opal nangis2 takmo buka mulut. Puas la doktor pujuk, nurse pujuk... Tak jalan... Terpaksa lah abah dia mainkan peranan... Kelepappppp!!... setepek abah dia bagi... huhuhu.... baru la Opal buka mulut. 😭


Tak sakit la nak oiii... Tapi sebab dia takut, tu yang jadi haru biru jap... padahal doktor nak dapatkan acuan je... tu yang dapat pengakap gigi macam tu... huhuhu.... Opal...! Opal...! Sabar je lah mak ngko ni dengar.  


Seminggu lepas tu datang balik ke pakar gigi HTJ tu untuk pasang pendakap gigi tu. Owhh... dia tak pakai yang jenis biasa kita tengok tu. Sebab yang tu agak menyakitkan. Lagipun mulut Opal senang sangat kena ulser... kalau pakai yang besi tu, lagi senang ler dia mendapat ulser!


So doktor bagi pendakap gigi mudah tanggal ni. Yang ni tak menyakitkan langsung tapi kurang selesa gak la. Nak bercakap payah! Kadang tak paham dia cakap apa.. hahaha... Tu memula je, lepas 2 - 3 hari tu dah ok dah sikit. Time makan pun alahaiii.... terkial - kial dia nak mengunyah, nak menelan. Tapi bila dah biasa tu, ok dah.


Yang ni pun doktor dah ajar dia cara nak bersihkan pendakap gigi tu. Ni tak leh cuci pakai ubat gigi!


Kena gunakan sabun mandian biasa tu je... berus pastu bilas ngan air biasa. lepas tu dah leh pasang balik kat gigi. Tu semua dia buat sendiri.


adoiiyaiii... gambar tak clear sangat... aku nak tunjuk pendakap gigi dia tu... huhuuuu... takpelah! asalkan ada je lah... hahaha... tak tau laberapa lama dia kena pakai pendakap ni. Yang ni takde kena cabut gigi ke hape... Tu nak tarik gigi taring Opal. Supaya de ruang untuk gigi depan Opal bergerak ke belakang sikit. Memang doktor tu syorkan buat gigi atas je dulu. Yang bawah tu doktor cakap takde masalah.


De sorang lagi doktor pakar yang cadangkan untuk putihkan gigi Opal tu. Tapi doktor senior yang pasangkan pendakap gigi ni suruh biarkan dulu. Yang penting kedudukan gigi Opal teratur dulu. Itu lebih penting untuk kesan jangka masa panjang. Yang memutihkan gigi tu boleh buat kemudian. Lepas kedudukan gigi Opal dah cantik nanti... Haiiihhh.... untung ler ko nak!


Jeles mak...! hahaha... dulu masa nak kawin, aku nak sangat putihkan gigi... nak cantik atas pelamin la konon... tapi sampai kesudah, takde buat pun.. heheee... Rezeki Opal la kalau doktor tu jadi buatkan gigi dia jadi putih... Tuah badan!


Dan... doktor pesan, gigi belakang dia dah de yang berlubang. Yang ni dorang tak cover. Doktor pakar tu suruh bawak pi klinik gigi biasa je. Hmmm... Tah bila la tu nak bawak... 1 lagi.... doktor pesan lagi nih... ada masa nanti, bawak Opal pi jumpa pakar mata, telinga dan hidung! Sebab mulut dia selalu berbau walaupun kerap berus gigi... Inshaallah... kena la bawa dia nanti....



Note : Nak tergelak gak tengok masa memula dia cabut pendakap gigi ni.... dah macam tapak gigi palsu plak rupa dia... hahaha

2 ulasan:

Farhana Jafri berkata...

tak pernah pulak tengok pendakap gigi jenis ni. Lepasni cantik la gigi Opal. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

skuterlady.blogspot.my berkata...

farhanna : samalah jugak, ni 1st time tengok...hehehe