Giler tak havoc! tapi nanti aku citer… jap je lagi…
Ye… cam aku dah cakap awal2 hari tu… kat entry yang mane tah. tak ingat la plak. tahun ni aku kawad balik.
Cergghh… aku tak ler suka sangat nak berkawad ni.. ape lah yang best sangat… terjemur kat panas, orang sedap2 tido kat rumah… aku dah terpacak kat padang tu pepagi… lepas kawad, muka plak ‘hangus’ cam udang kena bako… ape tak terbako… berdiri plak ngadap matahari terbit…
Ngko ingat best? haha… bunyi cam tak ikhlas nau aku kawad kan? kih3… cergghhh… tak baik tak baik… tak tak… aku ikhlas. lebih2 lagi nak dapat cuti tanpa rekod… laaaaagi ikhlas… hmmm… bila nak habiskan cuti tu ek?
Owh… hari tu de dapat surat LHDN… cehhh… baru nak berharta sikit, dema ni dah kejo!
tahun ni gambo hari merdeka tak banyak lah… amik wat cukup syarat je. ko tengok je lah gambo asap kekaler tu… 5 rukun negara, 5 kali gak ler diorang dok letupkan bom tu… tanjat woiiii….
lagi sebijik… ye.. gambo asap je sekali lagi…
pasukan kawad paling comel… yang paling ramai peminat…
masa hari raptai, tetibe de 1 slot tu… brader2 askar ni berlari serbu ke pentas utama… takde announcement ke hape, lepas je diorang kat belakang tu letup bom, tetiba weiihh… tetibe depa ni semua dok bantai jerit pehtu serbu pentas…
nasib ler kitorang pon tak ikut sama…ha3… kesian sungguh kat kitorang… tercengang – cengang tengok diorng tu lari. ingatkan kenapa, rupanya dah memang camtu persembahan diorang… cergghhhh….
tapi betul la… tengok diorng reramai tu ( 1000 anggota ) belari cam nak pi masuk medan tempur tu, de la yg rerasa cam nak ikut je… tapi tu lah… takut panjat bim tu tak lepas tang pungkok… kih3… maaaalu!
taaaapi… tu semua tak leh lawan havoc budak sorang ni…
dia tua 3 minggu je ngan Fa'el ( 6 tahun )… nama budak ni Iman… anak kak ipar aku.
nak tau ape dia buat?
ini atok kepada Iman, merangkap pak mentua aku… ngko nampak keta antik tu? tau ape dah jadi?
DAANNGGGGG!!!!!!!!
ye… itu ler yg terjadi… keta atok Saedin dah tersandar kek tebing bukit depan rumah tu… selepas dak Iman ‘me – merdeka - kan’ handbreak nya…
nasib baik takde yang tercedera… Iman sempat lompat keluar… dan kereta tu?
terpaksa ditarik guna hilux. untungnya, kereta tu cuma kemik2 sikit je…
begitulah caranya cucu bertuah tu sambut hari merdeka untuk tahun ini…. sekian… ha3
NOTE :
tahun ni hasben terpaksa angkut anak2 semua ke tempat keje sementara aku berbaris kat padang MPS tu.
1 ulasan:
subhanallah..alhamdulillah tak ada yang cedera..
Catat Ulasan