Khamis, 10 September 2015

10 jenis gabungan makanan yang dikatakan SYIOK GILER!

Ye… ye… akak tau, korang tak sabar nak tunggu akak update citer nan satu tu… sabar haaa… nanti ahkak story mory kat sini… but la ni, ahkak mau kongsi citer ni dulu.

Aku dulu pernah ler pegang title ‘budak hostel’. 2 minggu sekali baru dapat balik kampung. baru ler dapat makan sedap2. ikan tu rasa lah ikan.. ayam tu de la rasa ayam. sayur tu semenggah ler jugak. tak ler bercampur ngan ulat sayur cam kat hostel tu… lebih2 lagi sayur kacang.. perghh! ‘protein’ tambahan… bahahahahaaa…

Ikan pon kejung je… cubit2 dengan jari macam tak lepas je sebab kejung melampau…Crying face

Rasanya kalau aku baling ikan goreng tu ke tray, kompom de bunyi ‘ ktinggg..!’.. ngeee. tapi tak baik lah. aku tak ler sampai buat camtu… letak tepi elok2, sampai tepi tong sisa makanan tu, aku campak tepi. kot le de kucing yg sudi makan ikan goreng kejung tu kann…

Sambal dakwat sotong ke sambal sotong berdakwat? mana satu yang betul ek?

1st time aku makan masa dok hostel tu lah. isi sikit, kuah melambak. redha je lah makan. asalkan konyang! haa… 1 lagi, time tu diorang gemar tul supply buah pisang MONTEL. cerghh.. memang sesuai dengan nama. leh kata tiap2 hari buah tu je.

Makan plak mesti nak ngan member, kalau sengsorang, aku lebih rela naik dorm.. pehtu krohhh…krohhh..krohh…Smile with tongue out kadang member2 habis makan dulu, kadang aku yg abih cepat. depands pada lauk. kot lauk tu kena ngan tekak, lambat lah aku selesai makan. kalau lauk tu tak kena ngan tekak, jamah selagi mampu je. haaa tu yg cepat je selesai tu. hehe…

Masa dok tunggu member tu la, tercetusnya idea makan pisang cicah sambal sotong tu… haiisshh… tak sangka! boleh tahan jugak rasanya.

Tak caya, try ler rasa gabungan pisang ngan sambal sotong… atau sambal tumis ke… terbaekkk wokkk!

0bb3

Haaa… ni de lagi 10 jenis gabungan makanan yang dikatakan SYIOK GILER!!. korang boleh baca kat situ.

Aku dah baca dah. yang no. 6 tu biasa sangat dah aku makan. maklum ler.. kiterrr orang Johorrrr… stakat makan pisang goreng cicah sambal kicap tu… biasaaaa… Winking smile

Tu memang trend orang Johor dari dulu…

Pun best wokkkk…!!


Tiada ulasan: