Isnin, 30 April 2012

Faraid... baru aku faham!

Ni nak share sikit. Hari tu kan aku de mention yg aku pi dengar ceramah Ustaz Don...

Tarikh : 26 April 2012
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban N. Sembilan

Tapi bukan Ustaz Don jer.. Korang kenal Ustaz Ghazali bin Ibrahim? Tak...? Pernah tengok citer " Tanyalah Ustaz " kat TV9? tak jugak? Hmm... he3.. 

Korang kenal arwah Ustaz Asri bin Ibrahim? tak? Penyanyi utama Kumpulan Rabbani dulu tu...haa... dah kenal? Nak tau ape kaitannya Ustaz Ghazali ni dengan arwah tu? Haa.. ni nak citer nih...

Nampak gambar tu? haa... tau ape persamaan diorang berdua? Tau dah kan? Diorang tu adik beradik, yg arwah tu abang... anak no. 8 dan yg Ustaz Ghazali tu adik, anak no 7 dari 13orang beradik...haa... raamaiii kan?

Ustaz Ghazali tu de cakap.. nasib baik arwah Ustaz Asri tu lahir dulu, kalau dia yg lahir dulu.... kompom dia yg jadi penyanyi Rabbani..he3.. don't take serious ok... tu melawak jer... Tapi serius... cara dia sampaikan ceramah ( Ustaz Don sesi selepas beliau... ) memang terbaik! Jelas, terang dan yg paling penting... santai! Memang lawak tapi berisi... bukan lawak kosong ehh... nama pon Ustaz...! 

Antara yg aku paham & yang aku nak share:

1. Memang sepatutnya masa arwah meninggal ( cth : suami ), masa orang dok kata kubur masih merah tu la masa yg paling sesuai utk buat pembahagian harta pusaka... sebab... masa ni syaitan belum sempat nak menghasut waris2 arwah utk jadi tamak. Syaitan zaman sekarang bukan macam dulu... syaitan zaman sekarang, muka manusia..tapi hati..nauzubillah..

2. Bagi isteri yg kehilangan suami, perkara pertama yg perlu... rujuk pada pakar yg betul2 faham tentang pembahagian faraid. Dah tentu lah Ustaz2 yg bertauliah. Jgn rujuk sembarangan... bahaya...

3. Penama pada wasiat tu sebenarnya adalah orang yang di-AMANAHkan utk menguruskan harta pusaka dan wasiat dengan adil mengikut hukum Islam... bukan penerima harta arwah..tu kena paham!

4. Sebelum pembahagian mengikut faraid dilakukan, isteri boleh tuntut terlebih dahulu harta sepencarian setengah dari harta arwah ( suami ) & separuh lagi barulah dibahagi - bahagi mengikut Faraid : 1/6 - bapa arwah, 1/6 ibu arwah, 1/8 isteri ( bahagian isteri masih ada, tak boleh dinafikan ), 2 bahagian utk anak lelaki & 1 bahagian utk anak perempuan.

5. Sekiranya arwah(suami ) tiada anak lelaki, saudara ( adik beradik arwah ) layak dapat mengikut pembahagian faraid. Tapi jiika arwah mempunyai anak lelaki, automatik saudara ( adik beradik arwah ) tidak layak menuntut. Betapa pentingnya ada zuriat lelaki dalam keluarga kan?

6. Yg paling penting, sebelum buat pembahagian faraid, lunaskan dulu hutang2 lama arwah yg masih belum langsai. Kalau arwah masih ada kenderaan / rumah yg masih belum habis bayar, siapa yg pakai / yg duduk, dialah yang perlu bayar. ( bermakna : hutang semasa perlu dilunaskan oleh pengguna baru. )

7. Paling penting, pewaris mestilah : Berakal, Tahu & Faham berkenaan bahagian yg patut diterima supaya tiada pergaduhan/perselisihan faham.

8. Sangat2 penting : Penama mestilah AMANAH dalam menguruskan pembahagian harta pusaka arwah sebab........ orang yg TAK amanah... ALLAH telah menjanjikan hukuman yg berat utk mereka dunia & akhirat... Orang yg TAK AMANAH... kalau ambil bahagian yg bukan utknya... hasil yg dia makan tu... HARAM hukumnya..!!

Ha... tu la antara ilmu yg aku paham. Ade lagi kot yg mungkin aku terlepas tapi... rasanya cukup kot setakat ni dulu. Kalau ade yg tak paham...korang leh contact sendiri ngan Ustaz Ghazali. ALamatnya... errmm... he3...korang carilah sendiri kat facebook..

oppss...lupe pasal Ustaz Don.. takpelah... nanti - nantilah ye aku citer... Ilmu lagi penting kan? betul tak?hahaa...

Tersepit yang best.. muahaha..!!

Toink..toink..tionk...!!!

Aaaaaman sangat kat opis hari ni...! sebab ? ramai yg tak rela tersepit, maka yg tak rela tu dah awal2 lagi amik cuti tersepit..ha3... tak rela konon..! 

Mentang2 la esok cuti..he3... aku pon de niat camtu gak tapi mengenangkan Opal dah skolah... tak mau ler aku ajar dia ponteng2 skool nih... nanti esok2 dia tuntut lagi camtu...parah aku! Bayar yuran dah ler mahal...hehee

Opis aman, jalan raya pon lengang! memang best... lancar jer perjalanan ku...hi3....

Credit  picture to : google search

psssttt.... korang tengok citer tu tak? Alaa...memberku Hawa tu...

Wuhuu.... aku berjaya tengok each episod kat umah...without missed 1 pon..ha3...ko ingat senang aku nak dapat tengok camtu? banyak cabaran woooo...!


See... korang kenal awek baju merah tu? Sti la ramai yang kenal kan? Blogger famous tu.... Hanis Zalikha.. dia pon berlakon gak... bawak watak Tish... si model yg sombong... peh tu suka buat citer kat belakang orang... ha3... cerr la tengok... ok ke tak ok dia berlakon...ngeh3... Yg sorang lagi tu... Kay... member rapat Hawa... lead of this story..

Hero? Jeng3... ni la dia


Taa...daa... nak tau nape dia jadi macam tu? sampai gigit2 jari ngan muka macam sembelit tak lepas tu...hahaaa.. korang tengok la sendiri kat " Memberku Hawa "... 10.30 malam at tv3..ecehh.. promote plak..ha3...

UPDATE : lupe nak mention... "Memberku Hawa" tu setiap Ahad yekk.. don't forget..

Sabtu, 28 April 2012

Dia pon geram kat mamat tu!

Demam ' Cinta buat emelda"... sape yg dah terjangkit? angkat tangan...!

Me? muahahaa... awal2 lagi takde chance nak tengok, nak tonton kat tonton.com .. payah nau! Sempat tengok sekejap2 je..

Sape yg tegar menonton mesti tau dah betapa garangnya Aeril Fatah tu.. tu korang yang cuma menonton jer... haa... sebenarnya bukan korang jerr yg 'terjebak' rasa... penulis asal CBE tu juga sebenarnya sama2 'terjebak' rasa geram kat Aeril Fatah tu... tu pon lepas dia juga sama2 tonton CBE...

Tak caya? haa... tengok ni


Haa... nampak kan? Citer penuh? Korang bacalah sendiri kat sini : Nukilan Aleya Aneesa....