Selasa, 31 Mei 2011

Saat ajal datang menjemputnya..

Hari tu aku ade janji yang aku akan kongsi cerita tentang salah seorang anak angkat kepada Norlina Alawi yang baru meninggal dunia awal tahun ni.

Tujuan aku kongsi cerita ni pun bukan bertujuan untuk mengaibkan arwah atau ape2 pun.

Aku sekadar ingin berkongsi ape yang aku rasakan selepas aku dengar cerita Pn. Norlina dan juga selepas menonton tayang tentang arwah oleh Pn. Norlina Alawi masa Seminar Pemantapan Kesihatan Wanita hari tu.

Arwah ( sori..aku tak letakkan nama arwah.. mungkin ni lebih baik kot.. ) baru berumur 10 tahun semasa dia dijemput Illahi bulan 2 hari tu.

Anak ini meninggal dunia selepas lama menanggung kesakitan atas penyakit yang dia hadapi dari kecil. Semakin hari, dia semakin lemah apabila tubuh badannya tak mampu lagi melawan segala jangkitan. Mesti korang tertanyakan kenapa dia jadi macam tu?

Dia dijangkiti HIV. Ingat.. aku bukan nak mengaibkan arwah. Tapi hayati cerita ni sampai habis terlebih dahulu.

Arwah adalah anak yang bersih dari noda, bersih dari dosa. Anak yang telah dididik oleh Pn. Norlina Alawi untuk menjadi sebaik – baik manusia. Diajar segala ilmu tentang Islam, tentang kewajipan menunaikan tanggungjawab sebagsi hamba ALLAH.

Saat dia sedang dijemput Illahi, Pn. Norlina dan anak – anak yang lain ada di situ.

Saat nyawanya ditarik... kakinya menggeletar kuat, tangannya menggenggam kuat tangan si kakak. Terlalu kuat !

Saat nyawanya dicabut dadanya berombak mengikut rohnya yang sedang meninggalkan jasad. Saat rohnya ditarik melewati tekak, matanya terbeliak.. astaghfirullah ! betapa sakitnya saat rohnya hendak dipisahkan dari jasad..

Aku teringat keluhan Rasulullah semasa rohnya dicabut dari jasadnya dulu. Dicabut dengan cara yang paling perlahan, tetapi masih menyakitkan hingga membuatkan Rasulullah mengeluh.. betapa kematian itu amat menyakitkan…

Macam tu la agaknya arwah kecil tu alami agaknye.. aduhai !Tak terbayang dalam kepala aku ni keadaan macam tu…

Sekali lagi, aku tak berniat untuk mengaibkan sesape. tapi sekadar ingin berkongsi. Kerana keinsafan itu datang dengan pelbagai cara. Macam mana pula keadaannya tatkala kita dijemput Illahi nanti?




Sabtu, 28 Mei 2011

Seminar untuk wanita

23 Mei hari tu, jabatan hantar aku ke Seminar Pemantapan Kesihatan Wanita. Anjuran Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan D.K, Jabatan Perdana Menteri.

Seminar tu dirasmikan oleh ADUN Gemas. Wanita jugak. Baru la aku tau, rupanya dia tu la satu - satunya ADUN wanita kat N9 nih... 


Ade sikit keluhan dari ADUN tu. Katanya wanita ni kurang prihatin. Dari segi ape?

"puan – puan tau ke kat mana pusat aduan yang khas untuk wanita kat Negeri Sembilan ni?"

Hmm… masing – masing diam je. Termasuk aku.. oh my.... baru la aku tau pentingnya utk kita sebagai wanita ambil tau perkara ni.


Penceramah kedua pulak bagi ceramah tentang barah. 2 barah utama yang dia sebutkan. Barah Payudara dan Barah Pangkal Rahim. Ade sikit diselitkan tentang Fabroid dan CYSE.


Korang kenal tak nama ni : NORLINA bt. ALAWI..pengasas PERNIM.

Rancangan tentang dia pernah ditayangkan kat TV1 tentang anak – anak angkat dia yang terdiri dari kalangan kanak – kanak yatim piatu, terbiar dan ade antaranya menghidap penyakit HIV. Ramai gak la yang tersentuh hati dengar pengalaman dia sepanjang menguruskan anak2 yang kurang bernasib baik tu.

Yang paling aku tak lupa bila dia menceritakan detik2 seorang anak angkatnya ketika menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya. Nanti aku story kat next entry ok…


Tuu haaa... gooddies bag ! Isinya...


Ehh... yang de tanda harga tu bukan diorang bagi. Tu aku bawak dari opis. he3... Cerr korang tengok pen tu... Cam pelik je bentuknya !

Psstt... Aku rempit je pi kursus ni kat Dewan Theatrette ni dengan berbaju kurung. Rempit dengan skuter kesayangan tu la... Senang sikit nak parking...

Jumaat, 27 Mei 2011

Gatal gelenyar...

Haa...amik ko.. Apa maknanya tu ? Maknanya sama la dengan gatal geletis a.k.a gatal yang amat - amat.

Kalau garu dengan berus dawai pun lum tentu elok. Yang aku nak citer skarang ni bukan pasal penyakit gatal yang kat kulit tu..

Tapi gatal yang lagi 1 tu...'tang' perangai tu.. Perangai manusia yang sukakan hak milik orang..

Dah tau orang yang dia suka tu dah jadi hak orang lain..Masih nak menggatal tu kenapa?

Lelaki ke.. perempuan ke.. kalau ade sifat gatal gelenyar ni..hish..payah nak cakap..

Sama je... baik lelaki atau perempuan... baik yang bekerja atau yang masih hingusan..

Kisah wanita yang bekerja menggatal dengan laki orang, aku tak nak cerita. Kisah lelaki sengaja nak test power dengan bini orang pun aku tak nak cerita..

Yang aku nak cerita sekarang ni, kelompok hingusan. Yang pad a.k.a tuala wanitanye pun masih gunakan duit makbapak depa. Sluar dalam pun guna duit makbapak.. ape kess..?

Sekolah lum habis lagi. SPM pun tak tau lagi lepas ke tak nanti. Tapi dah de perasaan nak tackle hak orang...

Kalau hak orang tu pun sama melayan.. tu lain lah..

Ni tak... orang tu dah siap cakap dah NO HARD FEELING..AKU DAH KAWIN..!!

Tak paham bahasa jugak. Katanya cuma nak jadi kawan. Tapi kalau dah sampai bermesej - mesej suh jemput la, apa lah.. Kawan ke macam tu?

Siap hantar sms bertalu - talu. Bila sms tak berbalas, eh.. missed call pulak..!

Dengan harapan orang yang dia nak 'kawan' je tu akan reply. Bila tak dilayan, dia hantar pulak sms. macam ni bunyinye.."sms tak jawab, missed call tak jawab, tutt....."

Suddenly get tempered pulak..ape ke menda tu? kata nak kawan, tapi melebih - lebih pulak.

Eh..eh..eh... si dia tu dah berumahtangga.. JANGAN GANGGU..!!!

Tak paham bahasa lagi tu.

Haihh... perjalanan kamu masih panjang lagi... banyak lagi ujian dan dugaan yang perlu kamu hadap nanti. Buat ape la kejar hak orang.

Gi skolah, tumpu pada pelajaran.. untung2 SPM ko cemerlang.. dapat masuk universiti.. untung2 universiti luar negara.. masa tu nanti lagi banyak pilihan yang akan datang untuk kamu pertimbangkan sebagai pasangan sehati dan sejiwa kamu..

Jangan la ganggu hak orang lain.. kerana pasangannya pun kaum sejenis kamu.. hormatilah perasaannya....

Done...