Selasa, 31 Mei 2011

Saat ajal datang menjemputnya..

Hari tu aku ade janji yang aku akan kongsi cerita tentang salah seorang anak angkat kepada Norlina Alawi yang baru meninggal dunia awal tahun ni.

Tujuan aku kongsi cerita ni pun bukan bertujuan untuk mengaibkan arwah atau ape2 pun.

Aku sekadar ingin berkongsi ape yang aku rasakan selepas aku dengar cerita Pn. Norlina dan juga selepas menonton tayang tentang arwah oleh Pn. Norlina Alawi masa Seminar Pemantapan Kesihatan Wanita hari tu.

Arwah ( sori..aku tak letakkan nama arwah.. mungkin ni lebih baik kot.. ) baru berumur 10 tahun semasa dia dijemput Illahi bulan 2 hari tu.

Anak ini meninggal dunia selepas lama menanggung kesakitan atas penyakit yang dia hadapi dari kecil. Semakin hari, dia semakin lemah apabila tubuh badannya tak mampu lagi melawan segala jangkitan. Mesti korang tertanyakan kenapa dia jadi macam tu?

Dia dijangkiti HIV. Ingat.. aku bukan nak mengaibkan arwah. Tapi hayati cerita ni sampai habis terlebih dahulu.

Arwah adalah anak yang bersih dari noda, bersih dari dosa. Anak yang telah dididik oleh Pn. Norlina Alawi untuk menjadi sebaik – baik manusia. Diajar segala ilmu tentang Islam, tentang kewajipan menunaikan tanggungjawab sebagsi hamba ALLAH.

Saat dia sedang dijemput Illahi, Pn. Norlina dan anak – anak yang lain ada di situ.

Saat nyawanya ditarik... kakinya menggeletar kuat, tangannya menggenggam kuat tangan si kakak. Terlalu kuat !

Saat nyawanya dicabut dadanya berombak mengikut rohnya yang sedang meninggalkan jasad. Saat rohnya ditarik melewati tekak, matanya terbeliak.. astaghfirullah ! betapa sakitnya saat rohnya hendak dipisahkan dari jasad..

Aku teringat keluhan Rasulullah semasa rohnya dicabut dari jasadnya dulu. Dicabut dengan cara yang paling perlahan, tetapi masih menyakitkan hingga membuatkan Rasulullah mengeluh.. betapa kematian itu amat menyakitkan…

Macam tu la agaknya arwah kecil tu alami agaknye.. aduhai !Tak terbayang dalam kepala aku ni keadaan macam tu…

Sekali lagi, aku tak berniat untuk mengaibkan sesape. tapi sekadar ingin berkongsi. Kerana keinsafan itu datang dengan pelbagai cara. Macam mana pula keadaannya tatkala kita dijemput Illahi nanti?




Tiada ulasan: