Jumaat, 23 Oktober 2015

Google Ads Tak Approve lah

T_T

nak nangis dulu boleh tak? huhuhu...

2 hari lepas permohonan Google Ads untuk blog ni diluluskan...

tetibe hari ni dapat email dari Google Ads...

Katanya

'DISAPPROVE !'




Huwaaa...!!!!!

panjang pulak tu senarai punca blog ni kena reject...

Tu yg blank je ruang kat tepi blog tu...


Apa silap saya wahai pihak Google Ads??



Bila dikenang - kenangkan balik...

semalam masa tengah tengok blog kat handphone, aku ter-klik google ads tu...

iye... TERRRRRR-klik google ads di blog sendiri...

nak buat camner... appearance masa tu cenonet... aku nak klik mende lain sebenarnya tapi sebab paparan skrin tu kecik sangat... tu yang ter- accident TERRRR-klik kat situ...

tu antara kesalahan yang aku ingatlah... yang dalam email tu de la 4-5 perkara pihak google ads dah mention.


kena la apply balik... huhuhu....




Isnin, 19 Oktober 2015

Al-fatihah Buat Opah

Kelmarin, 16 Oktober 2015…Jumaat…

Hjh. Saemah… iaitu opah kami telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1 ( lebih ) petang, selepas azan Zohor. Al-fatihah.......

Petang tu pukul 2 setengah aku dah siap2 nak masuk kerja balik ( rehat hari jumaat utk staff gomen kan panjang ), lepas panggil anak2 dan suami makan sekali. masa tu lah aku terbaca sms ayah..

‘Opah dah tiada’

Pendek dan ringkas.

Aku call ayah semula.

Ayah kata baru sekejap, makcik Faezah maklumkan. cerita detail ayah belum tau sebab ayah pon baru nak gerak dari rumah.

Lepas maklum kat penyelia ( tq Mekna…), kami sekeluarga terus bergerak balik ke Batunam. ( dari Seremban, kami turun ke Tampin ikut jalan ke Rembau… tak tau kenapa…. rasa macam jauh betul perjalanan kami masa tu… –.-‘ )

Sampai rumah makcik Faezah, orang tengah solat jenazah. tak sempat pun tengok jenazah… semuanya pantas… kejap kejap je aku tengok arwah opah dah diusung dalam keranda. cuma sempat tengok hujung kain kapan je…

sedihnya…

kata acik Faezah, kesihatan arwah memang dah menyusut since raya hari tu. opah lebih banyak tido… tu la last yang kitorang tengok arwah.

as acik faezah told us b4, opah kena strok…

tahun ni dalam usia arwah hampir mencecah 80 tahun, Allah telah menjemput beliau kembali pada-Nya sebaik sahaja azan zohor selesai dilaungkan.

IMG-20150612-WA0004

ni gambar last atas permintaan arwah… nak bergambar dengan cicit bongsunya…

arwah pergi dengan tenang dan di wajahnya terukir senyuman gembira di hujung nafas yang terakhir…

subhanallah…

semoga arwah dicucuri rahmat… amiiinn…..



Note :
al-fatihah buat Opah….

dan juga arwah Pok Teh yang telah kembali ke rahmatullah sebelum ramadhan yang lepas
al-fatihah…..


Sabtu, 10 Oktober 2015

Cabaran nak update blog entry

Cabaran nak update blog entry ni macam2. Yang biaaaaasa aku kena... Takde idea! Ermm... Tapikan...

Bukan la takde idea langsung sebenarnye. Ada! Cuma...

Idea tu datang tak kena masa. Selalu camtu lah. Bila korang as blogger selalu dpt idea utk new entry? Aku? Hmmm...

Biaaaasa dtg idea mencurah - curah macam hujan lebat tu kan masa tengah memasak... Tak kira la.. Tengah buat sarapan ke... Lunch ke... Haaa... Biasa tu.

Paaaling mencurah lencun idea tu datang, masa atas skuter (scooter ) tu haaa... Ish...time tu memang lebat lah idea.

Leh kata giler2 punya ayat boleh muncul time tu.. Serius! Taaaaapi...

Peh je turun dari scooter tu... Tak kisah ler masa dah sampai umah or pejabat, pappp!!!

Sekelip mato yo hilang! Tah la... Tak tau idea tu tercicir kat mana... Haha... Nak nak plak  dedulu gaknye asyik teguk air sirap semut (aku ingat jibik selasih... Ngeee) ,  maka masalah memory short term lagi lah menambahkan cabaran meng-update blog entry. Huhuuuu.....

Nape nak catit  cepat - cepat? Aterrr... Bile kala aku nak catit? Takkan nak stop tepi jalan tu semata -mata nak catit idea2 tu plak... Ehh ehh...

Time masak tu? Ehh... Kang tak siap pulak lelauk buat santapan hero3 kat umah tu. Time lunch tu la aku struggle sepantas yg boleh siapkan lauk untuk diorang. Memang tak dapat de nak curi2 masa nak buat draft. Rushing oii... Nak msuk opis blik...

Time kat opis? Kooojo weih! Kot ado kesempatan pon, idea tu terbantut... Macam sembelit seminggu tu. Tepuuuu je kat dalam kepala... Kesudahnya... Tak dapt jugak publish new entry. Kaloo dapat pon entry tak bergambar... Haaa... Tu pun selepas kegigihan diperah habis... Taip lelaju yg mampu... hahaha...


hohohhh... ni pon cabaran gak nih.... ^_^

dah kena berebut laptop plak ngan dia sekarang... heheee