Rabu, 7 Mac 2018

Akibat selalu dicaci, dimaki dan dihina.

Assalamualaikum...

Sihat ke korang? Aku? Luaran sihat.. Alhamdulillah... Yang dalam... Wallahualam... 

K... ni aku nak share 1 kisah... Tradisi pelik tapi memang berlaku... 

Pernah dengar tak tentang kepulauan Solomon? yang terletak berhampiran perairan Australia... Ha... Kata sana kan, ada satu puak orang asli yang menjalankan upacara yang memang unik dan pelik sangat.

Upacara ni adalah upacaran untuk MEMATIKAN pokok yang besar yang sukar untuk ditebang. Adakah mereka menggunakan gergaji yang besar?
Adakah mereka menggunakan kapak yang tajam?
Atau mereka menggunakan senjata atau alat lain untuk menumbangkan pokok tersebut?

Semua soalan tu tak kena langsung! Mereka cuma menggunakan CACIan, CERCAan dan MAKIan... serta HINAan...


Upacara pelik ni akan dilakukan oleh golongan tertentu iaitu mereka akan mengelilingi pokok tersebut dan mula memaki hamun dan mengeluarkan perkataan yang teruk setiap pagi dan petang selama 30 hari berturut -turut. 

Penduduk di sana percaya dengan mencerca dan memaki hamun pokok itu, akan membunuh semangat pokok untuk terus hidup. Selepas 30 hari pokok yang besar dan kukuh itu akan mula layu dan akhirnya mati.

Selepas itu, maka dengan mudahnya penduduk di sana menumbangkan pokok yang dulunya kuat dan teguh.

Sekian...


K... itu cerita hari ni. Moralnya... sedangkan pokok yang dulunya kuat, teguh, hidup subur... bekalkan kita oksigen yang bersih pon boleh mati dengan makian, cercaan dan hinaan... Apatah lagi... manusia, yang hatinya sangat lembut... Kalau la selalu dimaki, dihina dan selalu dicerca... agak - agak... jadi apa?

Bye!


2 ulasan:

Hans Hanis berkata...

itu lah
ada lagi satu kisah juga
ada pokok tak berbuah berbelas tahun..lepas tu owner dia letak macam2 benda buruk dekat pokok tu sambil cakap ini balasan kau tak berbuah..jadi pokok tu malu sebab dekat batang pokok dan ranting dia penuh dengan tayar lama lah besi buruk apa lah...akhirnya dia berbuah lebat...heheh

Warisan Petani berkata...

Pokok pun ada perasaan macam hidupan lain.
Berkata yang baik2 untuk dapat hasil yang baik2.