Selasa, 25 Ogos 2015

Proses memasang tiles

Gigih tau aku nak cari idea untuk hupdet blog sendu nih… siap aku cek balik entry2 lama aku tu demi seciput idea. dapat jugak akhirnya. al-hamdulillah.

Hah.. 2 tahun lepas aku dok citer pasal proses cari rumah… proses cari tiles… proses pasang kabinet dapur. tapi tang proses cari tiles tu cam tergantung kan?

Meh arr… aku citer sket. saja nak rewind balik.. ecehh… ape ke hey nye nih? rajin pulak rewind2 episod nih? ate… aku punye blog… kome baca je lerr ye… kot la sudi… TQ arrr…

Masa kitorang beli rumah ni, tiles cuma ada kat dapur ngan toilet je. bilik ngan ruang tamu langsung tak dak tiles. simen kasar tu semata – mata.

DSC04711

So… memang kitorang dapat jimat kat situ. kot kalo de tiles, dah 1 keje pulak  nak upah orang pecah kan tiles tu… nampak tak tu? wayar kipas… masa memula kitorang tengok umah ni lagi memang camtu. owner memang tak usik langsung. kira basic habis lah rumah ni.

ehh… dinding tu asalnya putih cream… tu hasben cat kendian ngan kengkawan dia. tu pun yg bercat biru tu kita alter balik. tukar kaler lain sebab nampak tenggelam plak lepas dah pasang tiles.

Untuk proses pemasangan tiles ni, kita upah pak indon. untuk renovate dapur pon kita pakai pak indon ni jugak.

Pembelian tiles?

Kitorang settled sendiri. diorang tinggal amik upah pasang je. jimat kat situ! Kita hasben n wife sama – sama main peranan.

Bab kualiti tiles ngan kuantiti, itu hasben punya keje. Bab memilih pattern ngan warna tiles.. haaaa… itu hasben serah kat aku. bior mem beso ni buat pilihan.Open-mouthed smile

Itu yang rambang mata nak pilih. maka… keluarlah entry Tiles yang mana satu jadi pilihan hati ni. Laughing out loud
ok… aku share some info kat sini yek. ni ikut pengalaman me n hasben lah…



Gred tiles : serius… aku pon masa nak cari tiles tu lah baru tau, tiles ni ada gred rupanya. de Gred A, gred B, gred C. gred yang paling bagus… Gred A ( heavy duty )… payah nak calar!

Harga tiles : dah tentulah ikut gred. Makin bagus gred, makin up ler harga. dan ikut saiz tiles jugak yek…

Saiz tiles : ada macam2 saiz jugak. 1kaki x 1 kaki ( aku letak kat bilik tdur ), 2kaki x 1 kaki ( tiles dapur ngan porch ), 2 kaki x 2 kaki ( ruang tamu n sikit untuk table top ), 1 kaki x 1 1/2 kaki ( dinding dapur – pasang separuh jekk ).

upah pasang : arr… yang ni ikut kontraktor. de yg kira upah ikut keluasan ruang yg nk dipasang tiles. cam kitorang, harga pasang ikut bilangan tiles yg diorang pasang.

haa… camtulah.. ok… dak kecik dah bangun. sebelum dia lepuk lappy ni sesedap rasa dia kang, aku chaw dulu arrr…



1 ulasan:

Eintan Nurfuzie berkata...

mm.. jenuh gak kan.. pilih yg gelap.. klu cerah tkt cpt kotor