Isnin, 15 April 2013

Wetex... sekali je cukup!

Bila angah sebut Wetex, aku blur..!

Terkebil - kebil aku pandang muka dia. Cuba nak mengira jumlah jerawat yg de. Dlm. kepala memang blank habis! amende lah natang Wetex tu?

Dak angah plak ulang2 cakap... " Wetex... Wetex.... "

oiihh.. tak tau de amende Wetex tu? last2 baru dia cakap... Mall!

Haa... katalah Mall... aku ingat amende lah tadi... mane lah aku tau de Mall yg namanya Wetex!

First time ni bermalam kat Muar... tu pun sebab kenduri kat umah makcik, Mak Ujie nama dia.

Sori lah ngah ekk... Memang tak penah dengar pun nama Mall tu.. Wetex tu... 

Tapi sekali ni je ngah.. laen kali jgn ajak aku datang situ.. tak mau... sakit hati aku ni ngah! mulut2 sales girl yg kurus keding melidi cam cicak kobing tu kelmarin memang betul2 bikin hati gua ni panasss... mujur la aku tak bako ( bakar ) baju tu, ngah!

Kisahnye, aku tertinggal baju kemeja yg malam sebelum tu dah beria2 bergosok sakan.. igtkan sebelum gi nak le amik bawak masuk dlm keta.. tapi dah sampai Muar... baru ingat. hu3..

aduhh... tertinggal!

aku cadang nak pakai masa balik ke Seremban semula keesokkan harinya... baju yg de cuma t-shirt basahan je.. alalah... tu yg beria2 nak gi shopping tu...

rata2 kedai yg de kat Wetex tu... takde yg sesuai ngan kaum muslimah.. 1 je kot! tapi kain mahal lah.. yg batik tu... yg lain semua fesyen k-pop... yg saiz bajunya semua S je... M ke atas..? harammm!

de la 1 kedai ni, aku try 1 kemeja. memang cantik. bile test.. kat bahu memang dah terletak.. ok dah...

tapi kat pinggul... problem..

yg tambah tak syiokk nye.. lepas aku tunjuk kat hasben, ( sales2 girl yg bertiga tu pun tengok gak masa tu )

aku masuk balik fitting room nak tanggalkan kemeja tu, tetiba terdengar amoi2 keding tu cakap sesama diorg,

" $%^&(#$% gemok... "

next salesgirl pun sama..." @#%^^&$% gemok! "

the other girl, " how's your weight? gemok?"

 huiiihhh.... achik langsung sangkut tepi je kemeja tu dann... blah terus!

" jom..! "

hasben tanye, tak nak try yg lain?

" nope!.... baju2 tu tak cantik!!! "

muka2 amoi tu... cuak!!! yes... very the.... next time.. kalau nak ngumpat, sila guna bahasa ibunda korg sepenuhnya... bukan half2 camtu... sekurang2nya aku tak pham korang kutuk aku! biadap!

Nasib baik ler engko bawak aku ke Baitulmal, ngah! terubat sikit hati aku.. sikit je lah.. tapi ok lagi...

-------------------------------------------------------ll--------------------------------------------

korg tau... tak salah kalau badan kita bukan saiz S, as long as kita happy ngan life kita... persetankan lah ape orang nak kata... yg penting kita sihat... 

kurus tak semestinya SIHAT.. badan berisi tak semestinya SAKIT, tak bermakna kita takkan bahagia dlm hidup...

2 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum syu...mmg bengang kalau ada yg mcm ni kan...:)

aizamia3 berkata...

betul tu..
tak semestinya orang yang kurus lawa tu sihat.. begitu jugak sebaliknya.. ;)