Rabu, 6 Februari 2013

Bile Fa'el tak lena tidur kerana sakit telinga

Baru je balik dari klinik.. bawak Fa'el.

Semuanya lepas dia mengadu sakit telinga lepas bangun tidur pagi tadi. Tu sebelum tu... dia merengek dulu. Dari malam tadi ko tau!

Tak leh tido aku jadinya.  Mana taknya.. kejap2 dia merengek... kuat plak tu! Nak kata sebab perut masuk angin, dia tak kata plak sakit kat perut. Lagi pun malam tadi sebelum tido, elok je dia berak.. ok je!

Sebabkan malam kelmarin pun dia sama tak lena tidur, bersekali ngan aku sekali.. malam tadi aku surrender.. cuma mampu sama2 'berjaga' ngan si kecik tu sampai 4 pagi je. lepas dari tu, hasben take over.. siap tidur sekatil lagikk.. padan lerr aku bangun tidur, dia takde kat sebelah.. (",)

Mujur dapat doktor yg active-fast.... very the fast... pendek2 je dia tanya, " hah... anak?"... "dah timbang anak?".... "berapa berat?"...." umur berapa?"...." sakit ape?"he3.. super - fast.. 

"puan masuk bilik 20".. aku silap dengar, " ape? klinik 20?" dalam kepala dah mula fikir, camne aku nak cari klinik no 20? nak kira dari mana?..." bukan..! bilik 20 puaaannn...!!"..hamboooii.... garangnya! cehh...apa lah..

" TQ doctor... tu je?" kaki dah setengah keluar dari bilik dah... " ye... sama2" hu3... sentap jap bila doktor jawab balik dalam bahasa melayu... adehh..

Bilik 20... tu bilik ambil darah lerr! Bilik 19 baru betul! bilik dressing....! 

Dia  nmpak je picagari... uwaaaa... meraung dahh... muncung picagari tu panjang plak tu! " mak, bi tak nak kena cucuk!"...ha3... alahai... bukan cucuk. M.A tu nak 'tembak' ngan air sejuk tahap ais tu jekk... jenuh ler jugak pegang kepala dia tak mau bagi mende dalam telinga makin ke dalam. Doktor kata mungkin kertas or putik kapas.

Tapi bila dah 5 - 6 kali tembak... hahh... yg keluar bukan mcm doktor tu cakap... amende tah... korang tengok lah.. amende tu? 


korang boleh teka tak ape tu? aku pon tak tau... 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa ke bender tu!

skuterlady.blogspot.my berkata...

kesuma angsana : tak tau lah.. lupe pulak nak usik ngan jari... tapi macam keras je.

najihahfara berkata...

mcm biji limau.