Ahad, 11 Mac 2012

Bukan berkurangan, tapi makin teruk!

Tu la yang aku dengar pasal ustaz Zul tu semalam.  Bukan makin kurang, tapi makin teruk. Makin tak boleh tido dibuatnya sakit tu.

Betul ke ustaz Zul kena sihir kalau macam tu?Hmmm… orang yg cuba tolong ustaz semalam cakap, kalau kena sihir… makin hari makin teruk sakit tu? betul ke?

Bukan la sebab ‘terkena usikan’ jin kalau camtu? Angah cakap sejak kebelakangan ni kerap je de gangguan pelik. Kalau nak diikutkan, memang rumah yg diorang tinggal ni dari awal lagi macam de ‘sesuatu’. Tapi masing2 tak amik peduli.. ye la.. prinsip “ aku tak ganggu kau, kau pon jangan ganggu aku” kan!?

Tapi semenjak 2 menjak ni, angah cakap badan ank2 pompuan termasuk dia jugak kerap de bekas gigitan bila bangun dari tido. Aku tengok gak..hmm… merah2! Angah kata kesan merah2 tu merata – rata. jap kat badan la, jap kat kaki. Pastu kekadang kat tangan.

Anak lelaki angah, Amir pernah tinggal sorang2 dalam rumah. Time tu la dia kata macam de orang lain skali dalam rumah tu.. ish… katanya ‘orang’ tu jap masuk bilik, jap kang ke tandas… Kelibat hitam katanya…

Tapi bila tengok betul2 takde pon!  Sib baik la Amir tu bukan jenis lemah semangat orangnya. Bukan dia je. Anak yg lain pon pernah nampak lintasan hitam dalam rumah tu tapi masing2 wat tak tau jer… Kat toilet tu selalu jer…he3

Pagi tadi hasben lak cakap, dia terdengar bisikan masa tido malam tadi. Haa?! Bisikan? Katanya macam de orang berbisik panggil2 nama dia. hmm… pelik tu! Aku tido ok jer. Takde lak nak bisik2 panggil dia tengah2 malam…he3

Tu la… tido lagi sorang2 kat situ. Kan dah kena usik…he3… padan lagi pagi tadi aku tengok dia tido elok je sebelah aku. Selalunya kalau dia dah berjaga malam ber-internet, kat mana dia duduk, kat situ la dia tido… hu3…

Patutla masa dia bangun tido tadi dia tengok muka aku macam pelik jer.. Mungkin dia dok pikir, aku ke yg bisik kat dia malam tadi?

Haiihh… pesen aku kalau kejut dia takde nak bisik2 derr… tapi tak ler sampai menjerit kan… wajib dapat penampau jepun lak kang…

Berbalik pada citer angah dan ustaz Zul, dengar kata diorang nak berubat dengan imam mane tah. Harap2 berkesanlah.. insya-Allah…
m
Note : gambar tu hiasan semata..he3.. tapi antara 2 tu, Opal selalu sangat kena ‘kacau’ masa baby dulu. Tengah2 malam lak tu… time hasben takde lak tu… adoiyai…



5 ulasan:

Sam Banjamin berkata...

bawak2 berubat la... tak mustahil gangguan makhluk halus...

p/s: agak seriau jugak bila terbace story2 mcm ni time maghrib2 nih.. huhu..

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

jemput singgah...

lady scooter berkata...

insya-allah... diorang memang tengah usaha nak berubat.

Gen2Merah berkata...

insya Allah, harap segala2nya d permudahkan..

Fat ana h gila2 dewi remaja..Vroom berkata...

Baru tau kenapa...klu tau dr awal dah ku bomm org2 tuh...aishh - Fat

Fat ana h gila2 dewi remaja..Vroom berkata...

Agak2 kan...aish...klu tahu dr awal dah lm aku booommm kan dah....mg2