Isnin, 20 April 2015

gaji dah besar, tak boleh naik gred?

baru-baru ni aku sembang dengan office-mate pasal interview ngan imigresen yang kitorang pi tahun lepas.

ye.. kebetulan kitorang interview waktu dan hari yang sama. plus de lagi 3-4 orang rakan se-jabatan dan sama gred masa tu yang datang atas tujuan yang sama. tapi lepas interview tu aku terus balik. tak kuasalah nak tunggu...!

lebih2 lagi pas ngadap peg. interview yg emo tu... oohh.. mak buyong ni pada ketika itu tak hingin ler nak hadap tempat tu lelama... tak kuasa aku!


office-mate ni lepas stage 1... interview fizikal... passed!

next... stage 2... interview lisan....



semua ok, kau tau tak! sampai la tiba tang gaji aku!


diorang cakap gaji aku dah besar, nape nak minta interview ni jugak?


iye? habis tu ngko jawab apa?

aku cakap la, nak naik kan gred. dari 17 ke gred 27.... semua orang pun macam tu... tapi diorang cakap kalau dapat keje tu nanti, gaji starting rendah sikit dari gaji aku skarang... blurr jap aku!

so...? dapat tak job tu?

tak lepas! member2 yg gaji sama rank cam aku pun sama tak lepas. tapi budak2 freshies yang pi temuduga tu semua dapat jawatan tu...


ada plak camtu... aku ingatkan kat mak buyong je diorang wujudkan diskriminasi masa interview hari tu. gaji pun jadi bahan yek?

tak salah pon kitorang minta naik gred. dah de sijil,  tak salah pun kitorang apply. apa nak kisah gaji dah besar ke hape... tak perlu la nak pertikaikan macam tu.


tapi.... takpelah.. tu namanya takde rezeki.




Note :

member ni pon 'terkena' gak ngan peg. interview yang sound aku hari tu... padahal aku tak de cakap apa pun masa tu weih... tapi dia sound aku nape cakap hahh hahh ngan dia....

hahaha.............. nasib kau lah labu!!



Moh sejuk kan tekak ngan koktail nenas...^_^













2 ulasan:

Norhazrina Abdul Hamid berkata...

ishh xpahamm laa. sebab tu dah mls nak apply keje gomen. mata rabun pun xlepas. haiyoooo.

Pha Is berkata...

xde rezeki.. sabor je la.. :)