Sabtu, 4 April 2015

whatsapp group

Salam semua.... Jalan2 ke mana hujung minggu ni? sihat ke? hikss... Macam buat surat le pulok! cerghhh...


Hari ni aku tak pi memana. Dok umah diam - diam. Rehat ngan anak2 yang rajin buat riuh.... Yang rajin buat havoc! ^_^

Anak nak makan maggi tapi tak dapat tu der... Mak dah nak siap masak kuew teow goreng, baru nak cakap.... Biasa sangat! haaaippp....


Oohh... masa tengah masak tadi aku dapat mesej dr wassap group. Tapi aku tak tengok lagi. so masa nak sarapan tadi, aku buka la... Nak tengok kot ler de pesanan dari admin group tu... Perihal anak2 ler... kot la...


Tupp tupp... keluar gambar budak perempuan yang jatuh eskalator tu! Alahaii..... siap dengan video plak tu, takde caption apa2... Betul2 gambar dengan video. Terfikir, apa lah motif gambar dgan video tu disebarkan?


Then de yg menegur pengirim... ohh... aku setuju! Tak perlulah sebarkan gambar dgan video tu! Macam tu la jugak kata blogger erazz dan blogger azizah kat entry diorang. Setuju ngan pendapat diorang.


Aku tegur jugaklah.... Cara berhemah, walaupun masa tu kat hati ni... Masyaallah !

Takut pengirim tu kecil hati, aku minta maaf siap2.


Maka panjang berjela lah wassap den pagi tadi! Sambil2 tu, aku sabar2 kan hati.... Rasanya pengirim tu pun panas hati gak tapi nak buat camne!

Gini lah yek... Kadang niat kita memang baik nak beri peringatan kat ibubapa lain.... Supaya kejadian sama tak berulang. Tapi kadang cara tak kena. Macam tu lah.. hantar gambar je dengan video... No caption! Hantar plak kat orang pepagi camtu...


Memang jadi isu lah... Tapi kalau bukan awal pagi skali pun, aku tetap tak setuju gambar2 seumpama disebar - sebarkan. Betul kata orang pertama yg menegur tu. Cukup mintak disedekah al-fatihah... Cukup!


Kalau tak reti nak blurkan gambar tu, tak payah sebar. Ada lebih baik macam tu. Orang pun tak ler rasa terkejut ke hape...





9 ulasan:

Unknown berkata...

tu la kan..xpayah la nk sebar sgt kalau xde caption atau nk maki2 apa..sian kot..paham perasan org lain..

Ann Ishak berkata...

selalu dah aktiviti forward2 macam ni berlaku, kadang2 tu sampai rasa malas nak upload, delete je terus :p

norh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Rina Hamid berkata...

org melayu ni ade sesetengah mmg xde sensitiviti lasung. haihh. asek main forward je. sy kalau ade org forward bnd2 merepek2 mmg left group je. ahaha

skuterlady.blogspot.my berkata...

azizah green line :

betul tu. time tak kena kat kita takpelah... kalau yg kena tu de kena mengena dgan kita... mesti kita pun melenting sama

skuterlady.blogspot.my berkata...

ann ishak : samalah... kadang tengok macam tu je pehtu delete. tapi kali ni terpaksa gak cakap sesuatu... ^_^

skuterlady.blogspot.my berkata...

norh : sy tak tengok pun video tu. nampak gambar je dah tau video tu nak tunjuk apa. tak sanggup nak tengok

skuterlady.blogspot.my berkata...

norhazrina : de group yg sy left gak tapi yg ni tak dapat nak buat camtu. kang tak tau plak hal2 sekolah anak... ^_^'

Unknown berkata...

lebih bgs sampaikan isi pengajaran dri kisah budak jatuh escalator tu drpd siarkan video/gambar budak jatuh tu

bila benda jd viral, kebanyakan org berlumba2 nak share.