Selasa, 3 Mei 2011

Makan–makan time.. restoran Mat Zain, Bahau!

Sebenarnye dah lama aku pasang niat nak ajak my family makan – makan sesama secara gotong - royong nih.

Kebetulan lak hujung minggu ni kan cuti Hari Buruh. Adik – beradik aku pun semua ada kat kampung. walaupun tak merancang pun nak wat makan – makan, kitorang redah je la. Plan last minit! hehee..

Sebab biasanye bile nak plan awal-awal, ade je la yang tak dapat join. ade je la halnye. Kali ni ‘gamble’ je. Awal – awal kitorang dah pi serbu restoran tom yam kat Bahau tu. Restoran Mat Zain namo ehh ! 

Memang popular restoran ni. Masa kitorang tengah makan, orang yang datang tak putus – putus. Yang best pasal restoran ni kan, Walaupun ramai orang yang datang sampai hampir penuh table kat situ, serving food and drink sangat la aku puji. Kita tak payah nak tunggu lama – lama. Tekak tak sempat nak kering menunggu, diorang dah anta air. Selang beberapa minit, makanan pun sampai.

Memang aku sangat puas ati. Harga pun berpatutan..

bahau makan restoran mat zin

Sementara menunggu, sempat gak la cik jijah ‘snap’ gambo kitorang pakai kamera baru dia. ( Katanyer, hobi baru.. he3 )

bahau makan restoran mat zin

Dear my cik jijah, thanks for this beautiful photo. Aku sangat suka. Walaupon cik jijah bukannye ‘pro’ sangat, masih try and error menggodek kamera baru tu lagi.. he3.. tapi.. I sangat suka.. By the way, this cik jijah is actually my sister..

bahau makan restoran mat zin

Si abang ni memang suka sangat bergambo. macam – macam pose dia leh bagi. he3
Abih je ‘snap-snap’ gambo nih, minuman pun sampai. Followed by the food yang kitorang pesan tadi.

Sebenarnye time ni perut aku memang sangat tak selesa sejak kena cirit – birit  sehari sebelumnye. Memang tak dapat enjoy sangat la nak makan.

bahau makan restoran mat zin

Walaupun sakit perut, nak jugak aku minum air fresh oren ni. Memang cari penyakit. ( Kesannye, pukul 12 tengah malam sampai kul 1 lebih  aku asyik ‘memerut’ kat toilet.. huhh.. sabau je ler. )


bahau makan restoran mat zin

bahau makan restoran mat zin

Payel ni masa kitorang sampai restoran tu lagi dia dah tido lena . My hubby yang dok pegang sambil makan. Time kitorang dah selesai makan baru la dia bangun. Tengok la muka dia. muka mamai lagi. Aku suap, dia makan gak la. Masa ni de lagi lauk yang kitorang tak dapat nak abihkan sebab masing – masing dah kenyang. Mujur la si kecik ni bangun. Dia lah penyambungnye..he3

Masa ni memang dia mengantuk lagi. Siap merengek.Tapi.. Makan tetap makan… he3..cian anak mak.. muaahh!!




Tiada ulasan: