Ahad, 7 Januari 2018

Durian oh durian

Durian oh durian... 

Ni kan musim durian. Tapi tak macam dulu. Kali ni hal durian jadi isu wooo... Bukan la disebabkan betapa sedap dan lazatnya durian tu... Bukan la disebabkan betapa nikmatnya rasa durian tu... Tapi disebabkan oleh harganya yang melampau... Pergh... Dulu dulu idak ler mahal bebeno harga derian ni (masa dengar menteri bersidang, ada menteri sebut derian... Makan masa aku nak fahamkan apa yg menteri tu cakap.. Haha... Derian! Derian! Durian laaa...) Sampai masuk la dalam sidang parlimen pasal durian ni... Punyalah kecoh! 

Pasal apa? Pasal harga lah... Mahal sangat! Ko bayangkan la... Ayah aku, Acik Lah... aka Atok Lah... Beli sebiji durian tu dengan harga RM 35 sebijik! Mahal tuuu... Sebijik tau... Ayah beli 2 je, kira la sendiri dah jadi bape. Mujurlah banyak ulas dalam sebiji tu. Jadi ler.. Buat rasa rasa... Alhamdulillah... Thank uuu ayah! Masa tu rasa macam... Owh... Ni last la kot aku merasa durian untuk tahun ni (2017)... Owhh... Masa tu aku lumsum cuti sampai seminggu... 

Pokok durian kat umah ayah tu pernah berbuah sekali je seumur idup dia. Tak tau la knape jadi macam tu. Owhh... Kat office tu ada gak pokok durian. Tapi duluuuu je la dapat merasa hasilnya. Tu pon brader2 kat opis ni pi gegar. Kalau tak, asyik dengar jaga tu cerita je. Katanya, 'malam tadi dengar buah durian gugur!'... Hmmm... Stakat tu je la. Duriannya? Diorang dah bedal dulu! Pastu agih kat kengkawan diorang tanpa rasa bersalah kat orang yang dengar cerita ni... Cerghh...

Lepas kena gegar... Pokok tu merajuk jap. Nyaris mati la... Apa taknye... Kena peluk, kena gegar... Tanjat dia! Ko bayang, pokok tu leh nampak dari tempat aku buat keje. Masa tengah pandang ke tingkap... Aku nampak driver kitorang tengah peluk pokok tu. Jap gi aku nampak dia goyang2kan pokok durian tu... 😂 

Tu duluuuu la... Tahun berikutnya, pokok durian tu mungkin dah pulih semula semangatnya... Maka berbuah la balik elok elok. Tapi cam biasa lah... Mampu  dengar cerita dari Jaga je. Bayang durian? Harammmmm..! 
Lagi sekali, senior kat office ni buat hal lagi... Kali ni xtau la dia gegar ke apa... Katanya, kalau xbuat camtu... Alamatnya, sampai licin buah kat pokok tu kitorang tak merasa... Haha... Tapi masa tu aku e.l... Maka dorang je la makan berjemaah. Aku mampu tengok gambar je la kat status whatsapp shida... Huhuhu... Takpe la... Takde rezeki kan... Hari tu dah jamah kat umah ayah dah. Idak ler kempunan sangat...

Sekali tu, 1 pagi tu... Otw pi kerja, shida whatsapp aku... Katanya, 'pas ko thumbprint kang, kau datang stor aku'. Nak watpe? Haha... Jeng jeng jeng!
Haaa... Kalau dah rezeki kan... Kuning ngko!!! Masuk je stor shida, dia punya bau!!!! Mak oii... Tu pon de brader ni nama dia, pejai... Ada hati nak pau durian tu... Ehh ehh... Syiohhh... Tak leh! Durian tu khas untuk kami berdua je bang oiii... Sila minggir... Hihihi

Maka pagi tu, aku ngan shida sama2 sarapan durian. Durian peram pon peram lah! Tapi dalam 1 biji tu, 5 - 6 ulas je yang betul2 sedap dan lembut isinya. Yang lain tu... Kuning je lebih tapi tak masak... Keras dan tawar. Jadi lahh... De gak office mate yang ingat kat kitorang. Thank you cif yahya! Buah je yang ado... last untuk kitorang, yang lain... Dia dah bedal dulu ngan brader brader kat office tu. 

Dan ni... Dapat lagi merasa durian. Laki sey plak beli otw balik dari kluang. Tak ingat la, RM 10 sekilo ke sebiji... Skang jual semuanya nak pakai kilo... Payah dah nak dengar dorang jual pakai longgok. Dulu senang je nak cari durian jual ikut harga selonggok... Tu zaman aku bebudak dulu la... Awal awal tahun 90an... Ayah aku rajin je beli. Masa tu memang puas la makan. Kau sendawa tu, boleh keluar la bau durian. ( teringat kat shida.. Tahun bila tah, makan durian sorok2... Pastu naik kereta nak kemana tah. Dia sendawa... Berbau durian... Hahaha... Ada orang tegur masa tu.' pergh... Sendawa bau duyan!' ) 

Owh... Aku dengar de orang jual durian kat Yong Peng dengan harga RM 5.00 sebiji....



Update:

Meh nak kabo, dah sedap balun duyan sampai sendawa tu kan... Jangan lupa sejukkan badan. Petua paling mudah, amik kulit durian tu... Tuang air masak di pangsa kulit durian tu. Selawat 3 kali. Minum! Inshaallah... 

Sabtu, 30 Disember 2017

Istirehat di Tune Hotel Klia2



Pernah dengar tak nama hotel ni? Tune Hotel Klia2… Pernah tak? Aku dengar hotel tu dekat je dengan KLIA2. Sangat dekat...! Jalan kaki je dari Klia2 tu, tau – tau… dah sampai hotel ( 8 minit sahaja berjalan kaki ). Laluan pejalan kaki antara hotel ke Klia2 tu berbumbung okey! Tak payah risau kalau hari hujan ke, panas ke… Sah – sah ler korang terlindung dek bumbung. Bestkan? Itu satu kelebihan hotel ni lah! Save kat kos pengangkutan dah.

Ehh… ada yang kata kalau flight delay ke… mana la tau kan… Lepas tu kena lak tunggu sampai esok pagi. Ngko plak ada anak kecil, boleh je berehat di Tune Hotel ni untuk kadar semalam. Hmmm… menarik tu! Sebab aku pon ada anak kecik… Sekarang dah nak masuk 9 bulan dah. Lasak kemain oiii… ehemmm… hehe… Selingan kejap... heh heh...

Nak tengok jugak apa kemudahan yang ada kat Tune Hotel ni kan? Meh aku share sikit lah…

Antara kemudahan yang tersedia jika kita menginap di Tune Hotel ni kan, pertama sekali dah tentulah pilihan bilik. Selain daripada itu, katil yang bertaraf 5 bintang disediakan untuk pengunjung sekelian. Ditambah lagi dengan adanya televisyen untuk hiburan, khidmat wifi percuma, pancuran air panas untuk menyegarkan badan. Bilik dah tentulah ada penghawa dingin. Mineral water juga ada disediakan di dalam bilik hotel untuk menghilangkan dahaga.

Breakfast? Haaa… yang ni bergantung pada pakej. Ada pakej bilik yang menyediakan sarapan pagi. Ada pakej bilik yang tiada khidmat menyediakan sarapan. Tapi tak payah ler risau sebab kalau perut terasa lapar… di lobby Tune Hotel ni ada restoran yang menyediakan sajian enak untuk kita. Pilih saja mana yang berkenan dihati, yang teringin di tekak.Tak kisah la kita ni suka sajian asia ke... atau western ke... Pilih saja. Restoran ini dibuka selama 24 jam setiap hari. So kalau ada yang transit di Klia2 tengah malam tu, ada la makanan untuk dijamah buat alas perut.

Hmm… sedang elok dah tu kan? Boleh la booking! Ni haa… korang kalau berminat nak booking, boleh ler booking di Tune Hotel Klia2 on Traveloka. Dengar kata Traveloka ada bagi diskaun kalau kita jadi ahli. Login je... dah boleh dapat 25% OFF!

Hahh… Lupa nak kenalkan tentang Traveloka. Traveloka ni adalah salah satu syarikat yang menyediakan khidmat tempahan tiket kapal terbang dan hotel di atas talian ( booking online service ) yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh Traveloka, adalah sangat mudah untuk kita mencari hotel dengan harga yang berbaloi. Antaranya termasuklah tempahan untuk berehat di Tune Hotel Klia2 ni.

Mudah dan menarik kan? Semua di hujung jari. Tak boleh booking gunakan laptop atau pc, boleh je booking bilik di Tune Hotel Klia2 ni melalui aplikasi Traveloka di telefon bimbit. Pssstt... nak rasa cuti setahun, boleh je... Hari ni booking, check-in pada 31 Dis 2017... check-out pada 1 Jan 2018... haha...

Apa pun, sebelum terlupa... Selamat Tinggal 2017... Selamat Datang Tahun 2018. Semoga azam tahun 2017 korang tercapai. Tahun depan boleh mulakan dengan azam baru. Wish untuk diri sendiri jugak sambil – sambil sekodeng Traveloka. Boleh buat hebahan dekat kawan – kawan pasal Tune Hotel Klia2 ni. Diorang pon rajin travel melalui Klia2 tu. Kadang – kadang lewat waktu ketibaan kan. Sesuai sangat aku rekomenkan kat diorang.. haha

Hmm... Teringat kat Cik Guyu. Dia pergi bercuti ke Jepun awal tahun hari tu. Masa ketibaan di Malaysia dah lewat malam. Kalau takde sape dapat jemput dia di Klia2 masa tu, aku suruh je dia bermalam kat Tune Hotel ni dulu. Tapi mujur lah Cik Jijah ada masa tu. Aku memang tak dapat amik dia masa tu sebab aku tengah berpantang selepas melahirkan my the only one princess.. hehe…

Ok bye!

Rabu, 27 Disember 2017

Kadang - kadang kesepian itu ada baiknya...


Perghh.. Lama tau aku tak buat blog walking. Biasanya aku cuma sempat singgah menyinggah mana yang dapat je. Kadang - kadang bila aku nak cari info tertentu, aku jengah la blog yang ada info yang aku nak tu. Kalau tak, just baca latest update je.

Hari ni terserempak ngan blog Maria Elena dan aku terjumpa entry dia tentang 'Loneliness is good'. Cerita tentang rasa kesunyian tu menarik minat aku.

Sama la jugak macam aku. Walaupun anak - anak dah berderet. Yupp... 4 orang ( najmi cakap orang tu as 'owang'! Semalam aku dengar dia mengomel kat abang dia dan dia sebut... owang! comelnyaaaa... 😍😘)... Ada masanya aku akan terasa jugak. Perasaan sunyi tu kadang akan datang  walaupun kau sedang dikelilingi oleh gelak tawa, jerit pekik anak - anak. Walaupun bergegar - gegar 1 rumah dengan suara anak - anak, bila sunyi tu nak datang... ia akan tetap datang!

Dari perasaan sunyi... hati jadi sebak! Kadang rasa macam kosong! Pulak dahh... 

Betul! Kadang terkena macam tu... Pastu mula lah rasa tak dipedulikan... Rasa tak dihiraukan... rasa TERPINGGIR!

Macam - macam lah... tu yang hati boleh jadi sebak... biasanya aku atasi dengan istighfar... Kepala ni dalam masa yang sama cuba ingat segala nikmat yang Allah dah bagi dekat aku. Banyak nikmat Allah untuk aku tapi kenapa hati rasa sunyi macam ni. Kadang tertanya - tanya... tak cukup bersyukur lagi ke aku? Kenapa?

Kenapa? kenapa? dan kenapa? diri sendiri pon kadang tak dapat nak jawab. Acaner tu?

Bila tak tertahan... kadang terlepas jugak marah ni kat anak2. Minta maaf ye anak2... Kadang - kadang mak kamu ni lolos dalam mengawal emosi. Nak elak macam tu, perkara yang terbaik lah aku boleh buat, baring diam diam. Cuba tenangkan hati. Kalau rasa sunyi tu datang time dah nak masuk waktu solat.. haaaa... bonus tu!

Lepas solat... nangis puas - puas kat sejadah tu. Nangis puas - puas... kadang mulut kelu nak memohon doa sebab hati rasa terlampau sunyi. Sebak akan datang sendiri.Maka tangisan jadi ganti. Nangis ler sampai hati lega sambil tangan tu menadah ke langit. Dah lega baru la berdoa. Masa tu hati dah rasa lapang. Lega...

Lepas tu, pi la bergumpal ngan anak - anak. Layan kerenah diorang. Chill!

Dan lepas ni boleh la kenang - kenangkan pesanan Maria Elena ni :


"If you're feeling lonely, left out and perhaps irrelevant, know that it's the only way we can learn to control ourselves.
If Allah doesn't present this "loneliness" to us, we probably gain more sins (nauzubillah min zalik), so maybe loneliness is not so bad!"

" Jika kita rasa kesepian, terpinggir dan rasa tidak releven, ketahuilah itu adalah satu - satunya cara kita boleh belajar untuk mengawal diri kita. Kalau Allah tidak persembahkan "kesepian" ini kepada kita, kita mungkin akan mendapat lebih banyak dosa ( nauzubillah min zalik ), jadi mungkin kesepian tidak tidak begitu buruk! "



Note : 

Bila hati itu rasa kesunyian, kesepian... berdoa lah, menangislah... Allah Maha Mendengar! Boleh jadi Allah rindu untuk mendengar tangisan dan rintihan kita, maka rasa itu dititipkan ke dalam hati kita supaya kita ingat pada-Nya! Wallahu'alam...