Jumaat, 4 Januari 2013

kambing yg keliru

Ni la yg jadi bile kambing pun keliru...

dia ingat dia tu ayam! ..... >_< ..... hi3


sumber video : msn http://video.malaysia.msn.com/

Rabu, 2 Januari 2013

Bile org mempertikaikan kita...

Hangin tak jiwa raga korang bile menghadap keadaan macam tu?

Aku sememangnya berrr-hangin! Tapi hari ni dah cool sikit lepas cuti panjang hari tu... ^_^

Tapi masa kejadian tu memang aku agak menyirap kat hati... kisah pegawai atasan yg sorang ni memang dah beberapa kali aku dgar... tapi sebab tak kena kat diri sendiri, aku tak amik kisah sgat... masa tu lah!

Tapi last week... hahh... kena gak kat aku rupanya...

Gred peg. ni besar... 44... compare ngan aku... 17... kecik kan? macam langit dgan bumi! 

Aku rasa aku dah cakap elok2 dah dgan peg. ni  a day before... tapi tu la... nampaknya peg. ni masih tak faham2....

esok paginya, peg. ni datang lagi pepagi buta! ( around 8.30 pagi... tak buta kot ehh? )

aku rasa dia nak pi somewhere tapi dah kebetulan lalu kat tempat aku... dia singgah... pon aku dah cakap dan terangkan bla.. bla.. bla...

tau ape dia cakap....???

" wah... kau plak nak mengarah2kan aku. kau plak nak gunakan kuasa kau kat aku! besar sangat ke kuasa kau?!"

waaaahhh.... time2 tu la ber-desing telinga aku!! menyirap darah aku jadinye.... 

" ini kerja saya...!!! ape2 jadi, saya yg kena men-jawab!!"

see... kan achik ni dah melenting...!! haa... time tu memang achik ni mengganas di-jiwa! lepas achik ( bleh tak aku bahasakan diri aku ni as 'achik'...means... makcik tapi ala2 gitu...he3 ) melontarkan beberapa butir yang yg dah macam peluru pepandu.... peg. 44 tu terus blah!

bukan nak kata achik ni berr-kurang ajar dgan pegawai atasan tapi bila dah sampai mempertikaikan achik sampai macam tu... takkan la achik nak diam je kan?! 

kadang2 kita kena jadi tegas bile jumpa org macam ni... achik dapat tau, lepas insiden tu... depa dok kata, pegawai tu memang macam tu. dgan peg. bawahan macam kami, memang dia layan macam haprak... tapi bile dgan peg yg setaraf @ atas dari dia, dia macam harimau hilang taring! 

jgan lupa... kami walaaupon orang bawahan, tapi kami ni la jentera penggerak negara! hah... 

apepon... selamat tahun baru kat semua... azam tahun ni ape?he3

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE : sejak kejadian di atas itu, peg. tersebut telah 'memetik' nama ku supaya ditugaskan di tempat beliau bertugas.... agagagagaaaaaaa... tak dapek tu dooo




Selasa, 1 Januari 2013

slamat tahun baru 2013...creepieee

ehh.. dah tahun baru ekk? slamat tinggal 2012.. slamat dtg 2013... ehh...

aku tak sambut.. azam baru? pon takde... tapi... harap2 tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas dari segala hal... gitu lahh...

haa... kelmarin, aku dah jamah ape tu.. ermm.. creepie durian.. camtu ke ejanya? aku tak sempat nak check spelling kat google... 

sejak semenjak ni kan org dok heboh citer pasal kesedapan creepie ni.. diorg kata sedap!

sampai de yg dah macam ketagih... dah makan sekali, nak lagi!

sedap sangat ehh??

kelmarin, mak beli dari kawan dia yg juga penjual creepie durian. aku kerat separuh... takut tak leh nak habis... tapi bile dah jamah... hmm... maaf... tak menepati selera aku la pulak! hee... lain nau tekak aku ni kan?

tapi sungguh la... memang tak kena ngan tekak... tapi.. kulit creepie tu aku suka... makan kulit je, intinya aku buang...boleh gitu? he3.. taklah, aku tak buat camtu pon. 

kebetulan de crieepiee inti blueberry.. haa... yg tu ok sikit la.. mampu gak la aku telan seketul... tapi.. seketul je..he3.. lepas2 tu, aku serbu durian mak aku yg terbungkus dlm plastik kat dapur tu!

giiitulah.. selamat tahun baru! ^_^