Rabu, 2 Mac 2016

Fesyen Hijab Terkini

Ehh... ehh... ehh.. hijab?? Oooo... hijab tu tudung lah... dannn...

Tudung ni adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Sebab... menutup aurat adalah waaaaajib bagi Muslimah dan

Memakai tudung juga memberikan ruang bagi mereka sebagai Muslimah untuk mempraktikkan serta menerapkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.


Namun...

bagi wanita di Malaysia hari ini, pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai secara tidak langsung ianya dapat menambahkan seri kepada si pemakai.

Contohnya macam wanita di dalam gambar kat bawah ni. Manis kan?


Bagi wanita Muslim di Malaysia, pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama.

Pendek kata,

Sambil mengamalkan ajaran agama, mereka tetap dapat menjalani kehidupan seperti biasa...

Tudung atau scarf ini dipakai untuk menutup rambut, telinga dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai.

Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar 'plain'.

Namun kini terdapat variasi rekaan fesyen hijab terkini yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam - macam lagi.


Selain itu, tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila - bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malahan untuk dipakai ke pejabat pun sesuai sangat... ^_^

Pada masa yang sama, tudung yang ada hari ini sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai.

Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik.

Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt lauh agar nampak lebih santai namun elegan.

Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi hijab terkini online yang pastinya disukai hijabista.

Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden, cuba tips ini - cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda.




Tiada ulasan: