Salam semua,
Semoga diberkati Allah selalu dan semoga sentiasa berbahagia dengan kehidupan masing2 selalu...
Aku sentiasa berharap doa2 aku kebelakangan ni termakbul... dah 1 bulan lebih dah aku diuji... 1 bulan lebih aku kemurungan... mood swing tak tentu masa... aku berperang dengan kesedihan aku sendiri... 1 perasaan yang tak boleh nak diucap... nak diluah... nak diperkatakan... cerghh... ayat! tapi memang macam tu la aku rasa...
tak tau la sampai bila... aku masih cuba kuatkan diri.. mohon Allah tabahkan hati...mohon Allah rawat hati yang luka bagai disiat - siat ni... Saaaakit sangat!
K... dah la tu... tadi google, aku jumpa pasal doa - doa yang makbul ni... rasa nak simpan kat blog ni...
Cara - cara Berdoa :
- Bersunguh2 semasa berdoa. Sabda Rasulullah s.a.w
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh - sunggh semasa ia berdoa"
- menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh khusyuk kerana Allah TIDAK menerima doa dari hati yang lalai dan tidak ikhlas.
- Hendaklah makan, minum, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
- Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
- Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna. Dimulai dengan bertaubat, istighfar serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
- Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu ( al - fatihah dan sebagainya )
Tanda - tanda Doa Yang Makbul
- Terasa sesuatu yang menggerunkan setiap kali menyebut nama Allah
- Terasa melakukan banyak kezaliman terhadap diri sendiri kerana mengingkari perintahNya.
- Menangis tatkala berdoa
- Benar - benar khusyuk sewaktu meminta pertolongan Allah sehingga terasa tiada pengantaraan antara diri dengan Allah. Kita minta terus dengan yakin kepadaNya.
5 ulasan:
Sesungguhnya kalau kakak nak ikut semua tu memang tak mampu dik
Memang kadang hati dan mulut tak seimbang. Minda terawang sana-sini, mulut terkumat-kamit mohon doa..
Allahurobbi...
Setiap doa yang kita minta Allah pasti makbulkan..cuma bila ianya terlaksana itu yang menjadi rahsia :)
kak zakie : sama lah... doa pon kadang2 de yang berubah butiran yang kita mintak...^_^'
perdu cinta : tu kadang... berdebar tunggu doa tu makbul ke tak... huhuhu...
tq 4 sharing.. nti nk copy link blog akk letak kt wall FB... he..
Catat Ulasan