Jumaat, 26 April 2013

Murtabak Singapore Muar

Pernah makan tak?

kalau dak angah tak beria nak makan murtabak Singapore ni... maknanya seumur hidup lerr aku tak rasa.

Lepas insiden kat Wetex yg menyakitkan hati yg hamat tu... kitorang ke sini dulu. Pekena murtabak yg first time ever dapat makan. Sebab lepas tu kitorang nak serbu Bazar Baitulmal pulak.

Meh order murtabak dulu...

3 menu utama :


sumber gambar : http://zouldahanblog.blogspot.com

That day, kitorang ikut pilihan dak angah... dia kata nak yg special 1. hmm.. , " 1 je...? "

"Besar... makan sorang tak abih.."... uihh... leh makan 5 org katanya... kita ni manelah penah makan murtabak tu kan? mane le tau rupa parasnye camne... igtkan macam saiz murtabak biasa tu.

Sebab masa tu yg de, me.. my husben, my kids ( 2 org hero tu... ), angah and my mum... plus semuanya... 6org.. kitorang minta lagi 1, tapi saiz yg paling kecik tu..


Tadaaa.... yumm.. yumm... tengok sepinggan cam ni.. perghh... hilang jap rasa marah. Tak sabar nak terkam... hehee


ok... hahh... dah selesai..! sos merah tu dia punye pencicah.

kata dak angah... murtabak singapore ni antara food yg popular kat Muar, selain dari Mee Bandung Muar...

Kalau korang nak tau... yg special tu... diorg tabur daging extra kat atas. Rasanya agak dry sikit... tapi still nice... so kalau terliur dah kat tekak tu.. leh datang ke restoran ni...



Location:
No. 1-4 Batu 1,
Tanjung Agas,
84000 Muar
Johor


Read more: http://traveldine.blogspot.com/2011/01/dining-murtabak-jd-muar-johor_29.html#ixzz2RXYa4c5d

Al-fatihah...

Sebelum memulakan entry, mari kita sama2 sedekahkan bacaan al-fatihah kepada salah seorang anggota kami yg telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.

Untuk berita lanjut... boleh klik di link ini : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130426

Walaupun aku tak pernah berkerja di bawah pimpinan allahyarham, tetapi menurut cerita dari teman2 sekerja... beliau adalah merupakan seorang ketua yang baik tetapi tegas dalam tugas.

----------------------------------------------------II-----------------------------------------------

** terdiam sejenak dan terfikir... betapa kematian itu datang pada saat yg tidak terduga. Tidak kira masa... dan boleh terjadi di mana - mana... tidak kira atas alasan apa sekalipun... sesungguhnya MATI itu PASTI...

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat... amiiin...

Selasa, 23 April 2013

Usus saya tak bersih kot!

Salam semua... lama dah tak bersiaran langsung kat sini... nape tah... tahap kemalasan tu melampaui garisan maksima... tak dapat nak dikawal2 langsung... perghh.... nak buka blog pon macam 'berat' jekk... busy katanyerr.... hikk..

Hari ni jekk baru rasa rajin nak hup-det... tapi ni aku pinjam entry dari blog mama Maszull...


Tanda usus kita tidak bersih:
1.       Sembelit
2.       Selalu kentut
3.       Sering sakit kepala
4.       Susah nak hadam
5.       Selalu rasa lesu & tidak bertenaga
6.       Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7.       Nafas dan najis berbau
8.       Perut buncit
9.       Selalu lapar
10.   Wajah kusam
11.   Gastrik
12.   Radang hati (pedih ulu hati)
13.   Ulser peptic
14.   Cirit-birit
15.   Kanser usus/kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1.       Jantung stres atau lemah
2.       Sakit sendi dan arthiritis
3.       Menjejaskan fungsi otak & boleh mengakibatkan nyanyuk
4.       Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5.       Badan lesu & otot lemah
6.       Berat badan bertambah
7.       Cepat nampak tua
8.       Kanser

Cara Untuk kita membersihkan usus kita yang kotor itu :
1.       Minum suplemen herbal terdapat banyak di pasaran 
2.       Menggunakan enema (air) untuk membersihkan usus
3.       Meningkatkan memakan serat,buah dan sayuran
4.       Selalu diet buah,diet sayur & diet jus
5.       Selalu dan keraplah minum air putih