Jumaat, 23 Februari 2018

Kenapa rumah saya tak diziarahi adik beradik pun

Ada orang pernah mengeluh dengan aku. Tiap kali habis raya ( hari tak raya pun ), mesti dia mengeluh. Katanya, kenapa adik - beradik, mak ayah saya susah sangat nak menyinggah ke rumah saya?

Tak dapat aku nak jawab kenapa, tapi aku jumpa petikan ni kat fb... Mai aku share sikit..

---oo---

" Kenapa rumah saya adik - beradik tak datang pun?"
" Aku je ziarah diorang...
   Diorang? Lalu je tapi tak singgah... "

Mari saya bagitau

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim. Kalau kita buat, kita dapat pahala. Diorang tak dapat...

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala, kebencian, dendam atau cemburu...

Jadi biarkan orang yang tak nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia. ( sunnah ada banyak jenis. bukan setakat tambah 'cawangan' je.  )


Seperkara lagi :

Saya sendiri tidak kesal atau kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka sibuk. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita tak perlu kecil hati. Inshaallah, orang lain jadi tetamu kita, membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahami 7 perkara dalam hidup kamu :

1. Apabila ayah meninggal dunia, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
2. Apabila ibu meninggal, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya
3. Apabila abang kamu meninggal dunia, maka longlailah cita - cita yang dikongsi bersama
4. Apabila kakak kamu meninggal dunia, maka hilanglah senyum kasihnya
5. Apabila adik - adik kamu meninggal dunia, maka hilanglah tempat menumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya
6. Apabila pasangan kamu meninggal dunia, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya
7. Apabila sahabat kamu meninggal dunia, maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus bersih hatinya

Ketahuilah, hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

---ooo---

Untuk aku lak, aku pikir sama macam penulis ni fikir. Tak perlu nak kecik hati. Mungkin diorang ada sebab tak dapat nak singgah ke rumah kita. Takkan kita nak paksa - paksa pulak orang datang. Kalau kita dah undang, dah jemput tapi orang tak dapat nak datang... Takpelah... Kita toksah ler mengeluh... Kalau Allah izinkan diorang singgah, adalah... Kalau tak, takde lah...


Note :

Tak pasti petikan asal ni dari link mana. Kalau ada tuan punya yang baca boleh inform kat saya.. TQ

2 ulasan:

Gja berkata...

Think positive

Nurjuwaini berkata...

Sentiasa bersangka baik