Jumaat, 6 Januari 2017

Roti Sosej Gulung Simple


Salam 2017 semua...

Nak seminggu dah masuk tahun baru ni ek? nak seminggu gak aku terkial - kial nak update blog...

Thanks pada yang masih sudi baca blog ni... thanks pada yang bagi sokongan masa aku dalam kesedihan kebelakangan ni...

Alhamdulillah... hari ni ada sikit perubahan... dah 2 bulan sejak aku diuji... dan hari ni, hati agak tenang... takde lagi rasa down melampau... alhamdulillah... takde rasa tertekan dah... perasaan tu macam ringan dari bebanan... alhamdulillah...

now aku cuma tunggu jawapan dari Allah... mudah mudahan tak ler lama sangat nak tunggu petunjuk tu... hmmm... sabarrrrrr...


fine, meh kongsi resepi...

aku ni tak ler pandai sangat memasak... tapi rajin lah juga skodeng resepi kat blog2 yang ada tu... lagi simple resepi tu... lagi mudah bahan dan cara masakannya, lagi aku suka!

ni aku buat lama dah...



Bahan - bahan :

Roti 

Sosej ( ikut bilangan roti yang nak dimasak )

Telur ( dipukul bersama garam dan *serbuk perisa )

Minyak / mentega ( untuk digoreng )


*optional, kalau tak letak pun boleh


Cara - cara :

Panaskan kuali dengan mentega / minyak. Untuk kali ni aku pakai mentega, tu pun tak banyak. setakat untuk basahkan kuali. Dan aku gunakan kuali leper tu...

Goreng sosej hingga separa masak.

Leperkan roti dengan penggelek. kalau takde penggiling, gunakan je gelas tak bertangkai tu...

( tujuan leperkan roti tu supaya roti tak menyerap minyak masa menggoreng. )

Gulung sosej separa masak tadi dengan roti yang dah dileperkan tu dan gamkan dengan menggunakan telur yang telah dipukul.

Celupkan gulungan roti sosej tu ke dalam telur yang telah dipukul.

Panaskan mentega. Ini pun aku gunakan mentega sikit je. setakat basahkan kuali. sebab aku tak nak roti sosej aku tu terlampau berminyak...

Goreng gulungan roti tadi sehingga kekuningan dan angkat. Siap untuk dimakan dengan sos dan mayonis.



Stok mayonis aku dah lama habis. Anak2 makan dengan sos cili je... Anak2 request nak lagi lain kali... Sedap katanya... alhamdulillah...




Note :


Jangan bergantung harap pada sesama manusia, sebaliknya bergantung haraplah pada Allah... Kerana bergantung harap pada manusia selalu akan mengecewakan...





1 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bercerita tentang keresahan, terlalu ngilu hati ini. Hendak cerita pada manusia walaupun kepada teman sebantal, tiada penyelesaian didapati. Akhirnya mengadu pada Ilahi yang memberikan sedikit sinar dan kelegaan di hati...