Isnin, 30 Januari 2017

Petua Halau Semut Dalam Gula

Sejak semenjak ni kat dapur tu banyak semut... Banyak yang halus halus tu... Yang tak best tu habis stok gula aku kat kabinet tu dihurung semut... 

Baru - baru ni aku balik kerja, tengok gula takde kat tempat biasa aku letak... Mana pulak gula tu 'merayap'? Rupanya, suami dah lambak kat atas meja tepi tu haaa...

Gini jadinya...


Siap dipotong2 lada kering tu gaul skali dengan gula... Banyak semut! katanya... Phiieeww... ingatkan dia buang je gula tu...

Rajin pulak dia potong2 cili kering tu... 

Tak tau la berapa lama dia dah gaul gula tu dengan lada kering tu... Tapi memang masa aku nak simpan balik dalam balang, gula tu dah tak bersemut dah... Ada la sekor dua yang degil tu... tapi senang je nak halau... Letak je sudu kat semut tu, nanti semut tu lari ke sudu tu... Bila dah takde semut, lagi senang nak kaut dan simpan semula dalam bekas.

Tu salah satu tips / petua yang korang boleh buat kalau nak halau semut tu dari gula... 

So tips / petua pertama aku untuk tahun ni.... kaedah lain :


Cara - cara nak halau semut dari gula :

1. Cili Kering :

Potong kasar lepas tu gaul je dengan gula... takde kesan pada air minuman kita... takkan rasa kepedasan cili tu... jangan risau ye! sebab aku dah praktik kan...

2. Kayu Manis dan cengkih :

Pernah cuba, letak dalam bekas gula tu je... lepas tu tutup... hasilnya, semua semut2 tu mati dalam tu juga... haha... susah nak kutip sekor sekor lepas tu... adeiihh... 

Boleh juga gunakan serbuk kayu manis untuk halau semut tapi bukan tabur dalam gula... sebaliknya ditabur pada laluan semut... yang ni aku tak buat... sebab kat rumah tak serbuk tu...

3. Minyak Masak :

Celup kain bersih ke dalam minyak masa dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya...

4. Bawang merah : 

Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas... letak je!

5. Kulit telur :

Bakar kulit telur hingga jadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun...

6. Asam keping ( gelugur ) / bunga cengkih* :

Masukkan beberapa keping asam keping ( gelugur ) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

* pernah try letak bunga cengkih... sekali je menjadi, lepas tu seut tak heran dah.... depa masuk jugak dalam bekas gula tu... cerghh..

7. Daun sirih :

Siat - siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pasa kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun... 



Sumber rujukan :


2 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Dulu-dulu kat kampung memang mak akan lilit perca kain atau tali guni yang dicelup dalam minyak masak di keliling balang gula...

Banyak juga petua yang boleh dicuba, kan? :)

skuterlady.blogspot.my berkata...

kakcik Nur : a'ah... banyak rupanya... hari ni semut masuk lagi dalam balang gula sebab tak tutup dengan betul...huhuhu