Printscreen yang aku sempat snapout dari bilik rawatan tu... [ sebenarnya dilarang keras ye untuk ambil gambar di dalam bilik rawatan tu. tapi aku lambat perasan nota amaran tu... maaf ye doktor ]
Dr. Hidayah and her team bak kata aku hari tu memang terbaekk... sehabis boleh diorang berusaha supaya Opal rasa selesa... supaya dia tak rasa takut... dan supaya dia dengan mudahnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang prosedur dilakukan.
Hasilnya... walaupun terpaksa dibius gusinya sampai 8 kali cucuk, Opal tak meraung kuat kuat.... oh my! aku dulu baru sekali cucuk ubat bius dah macam nak histeria...
Opal just mengerang kuat... tapi tu pun kejap je... takde la nak meronta ke hape! lega mak ngko... huhu... nurse siap pakaikan spek mata hitam lagi... 3 kali dia tertidur sepanjang prosedur dijalankan. amboiii...
actually... lepas doktor ada cakap, kemungkinan Opal kena pakai pendakap gigi sebab keadaan gigi dia yang goyah masa tu... bergantung kepada keputusan x-ray!
masa ni aku pandang hasben... pendakap gigi? seawal 9 tahun? alamakkk....!!!!
FYI... gigi yang patah dah terbelah tu adalah gigi kekal... yang mana kalau tak rosak, maka tiada ganti lagi! dan untuk kanak2 semuda Opal ni, gigi depan tu amat amat penting... memandangkan kanak2 masih dalam proses membesar, gigi depan itu amat penting dalam menyokong pembentukan wajah kanak2 tersebut....
itu yg doktor pakar tu bagitau lah... selain tu... gigi depan yang cantik membantu kanak2 dalam membina tahap keyakinan diri yang tinggi... dan gigi depan yang sempurna amat penting dalam membantu pertuturan kanak2...
so... doctor, please lah do something! kembalikan semula senyuman manis lemak berkrim anak saya ni semula....
workstation yang menarik perhatian aku! di sudut yang 3 kaki je lebarnya ni, masih mampu diwujudkan ruang kerja yang kemas dan ringkas macam ni!
lepas tengok keputusan x-ray, alhamdulillah... Opal tak perlu pakai pendakap gigi, taaapi... untuk selamatkan giginya yang dah goyah tu, doktor perlu buat prosedur untuk rawatan saraf.
prosedurnya...
gigi pesakit dibersihkan terlebih dahulu... then, gusinya perlu dibius... gigi yang goyah dicabut dan lubang sarafnya dibersihkan [ mujur lah gigi Opal patah sendeng... bukan menegak! ]... proses ni memang lamaaaaaa.... sempat Opal tertidur tidur... hehe
leeeepas tu, doktor gam semula gigi yang dicabut tadi ke lubang saraf yang telah dibersihkan tadi.
oiiihhh.... ngam 4.45 petang, gigi Opal berjaya 'dibaiki'...
doktor dah bagi tau awal2 akan ada rawatan susulan selepas ni... aku redha je doktor! janji gigi Opal selamat! huhu...
petang tu doktor cuma sempat 'baiki' gigi yang terbelah tu je... gigi 1 lagi yang patah separuh tu, doktor buat kemudian.
esoknya doktor tetapkan temujanji untuk buang kapas yang ada kat gigi Opal dan repair pulak gigi yang patah tu...
dan doktor pesan, ' jangan gunakan gigi baru repair ni untuk gigit makanan yang keras! selagi saya tak benarkan, jangan pakai gigi tu...'
baik doktor! dengor tu Opal?!
perut lapar balik lepas sekian lama bertapa kat klinik pakar tu... otw balik dari klinik pakar tu, hasben bawak makan kat sini dulu.
pekena mee goreng mamak yang top kat Rasah ni... aku bedal rojak je... opal terkial - kial makan kuey teow goreng.... takut gigi 'baru'nya tu tercabut plak...
nanti aku tunjuk gambar terkini Opal selepas berjaya dibaiki tu ya! tungguuuuuu.....
2 ulasan:
Syukur Opal memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses rawatan tersebut.
aizamia3 : alhamdulillah... tapi mak dia ni yang ngilu ngilu tengok doktor repair gigi dia..hehe
Catat Ulasan