Ahad, 10 Januari 2016

Tayar bocor lah!

Ini kejadian hujung tahun 2015 punya cerita. Ada lagi 2 - 3 story penghujung tahun tu yang terperam kat kepala ni. 

Ni otw nak balik. Nak hantar anak2 ke rumah pengasuh. Disebabkan dah terlambat, aku terus pi pejabat dulu pagi tu. So... anak2 semua aku angkut la sekali. Takkan nak tinggal rumah pulak kan. Hasben dah lama dah pegi kerja. 

Lepas thumbprint, aku terus hantar budak2. Masa tu la tah camne, aku dengar bunyi benda meletup. Aku pandang anak2... Masing masing pun sama cuak... " kitorang takde buat apa apa pun mak..."

Ehh.. bunyi apa tu ye?

Takkan la bumper belakang jatuh?? Takde pulak bunyi menyeret tapi musykil lahh... Driver kereta belakang tu dah terjengah - jengah bontot kereta aku. Ishh... ish... ish... hati tak sedap. Since bunyi mende meletup tu aku dah slowkan kereta dah sebenornye walaupun aku tau belakang tu kereta punya lah berderet... sori haaa...



Tengok - tengok...

Haaa... tu dia... Tayar dah kempis habis. Acaner nih? Patut jalan ke tak? Sebab tempat aku berhenti tu sangat tak selamat... Dok tepi jalan yang tengah sibuk ngan kereta lalu nak pi kerja... Dengan lori kontena yang bagak bagak lagi... Semua ehh laju! 

Pagi isnin kan? Orang bz ler nak pi kerja. Aku pon, tapi dah stuck kejap kat situ. Asal lori lalu je, kereta tu pon sama goyang... Ehh takutnya!

So lepas ai wassap hasben... Aku drive jugak slow mo [ motion ]... Mengesot jugak le bawak kereta tu. Tu pon lepas jalan tu dah tak sibuk. Nasib ler kereta yang mengekor kat belakang time tu ehh...

Hantar anak2, balik rumah terus aku bawak scooter pi kerja. Sambil tu kat kepala ni dok memikir... Macam mana la boleh kempis tayar tu? Bunyi meletup tadi tu? Patut kalau meletup, tayar tu pecah lerr kan...?



So masa hasben berhenti jap lepas pusingkan jack tu [ dalam bulatan ]... Kononnya aku nak nolong ler jugak... APA??? Langsung tak bergerak jack tu! ekekekekeee.... Punya lah tak larat nak pusingkan jack tu...

Ish... ish... ish... acaner tu? Nak pusingkan jack pon tak larat! Aduhhh... ke sebab jack tu dah berkarat? huhuhu...

Last last, aku tengok je lah hasben buat. GIGIH!


Nah... Beso nut tu. Yang bulatan kat nut tu beso nya... Harapan nak tampal je tayar tu tinggal harapan je. Pasal benang tayar dah menjulur keluar dari lubang tu... Maka, memang tak boleh pakai dah. Suka tak suka, kena tukar tayar baru jugak akhirnya... 

Ish.. ish.. ish... sayang betul! Tayar tu baaaaru je tukar sebelum raya hari tu... Dahhh kena tukar balik... sobb.. sob... sobb

Tapi syukur la jugak sebab masa kejadian, tayar tu tak berkecai terus. Just berlobang je. Tokey kedai tu cakap bocor tu sebab aku langgar besi. Padahal jalan tu aku tengok bersih je.. Takde benda asing apa pon.

Syukur sangat cuma berlobang macam tu je dan masa kejadian, kereta tak hilang kawalan... Aku mampu drive dengan selamat sampai ke rumah pengasuh dengan anak2... Syukur alhamdulillah!



2 ulasan:

ayunidati berkata...

Alhamdulillah. .. tak ade ape jadi... bahaya tau kalo tayar meletop... hehehe... happy sunday

skuterlady.blogspot.my berkata...

Ayu : itu lah..syukur sgt takde kejadian tak diingin yg jadi sebab ank2 pon ada dalam kereta tu jugak... Happy sunday to u jugak.