Khamis, 9 Januari 2014

Mak.... atuk...!

Atuk datang tu... mak!

Tengah masak telur dadar kat dapur, tetibe je si bongsu tu menjerit sambil terlompat - lompat. ingatkan dia buat main2...

Mak....!! Atuk da....tang...!!

Berderau darah jap! budak kecik ni betul2... ke? atuk mane la yg datang time2 maghrib ni kan??

Telur dadar tengah tenggek atas dapur... macam nak hangus je tu... aku tutup api dulu jap.... sian telur tu.. hangus kang!

Kat luar tu dah dengar bunyi pintu pagar berlaga dah... sah lerr..! memang atuk datang... atuk Pilahnye ngan nenek Pilah!

Dengar je anaknye kabor yg menantunya ni eksiden lagi... deras je diorg muncul depan umah. ngan mak mentua yang tengah tak sihat tu... lama dah batuk... dari bulan 10 tahun lepas. makan macam2 ubat.. tapi macam tu gak. gigih gak dia datang jengah muka. ^_^

Mak cakap anak Kak Wani kena tahan wad... Jap masuk oksigen... jap kang masuk gas... harap2 sembuh cepat le si kecik tu kan?!

-----------------------------------------------II-------------------------------------------

trick quiz :

2 = 5

3 = 10

4 = 17

5 = ??

cerrr.......jawab! hikk

2 ulasan:

nurbijen berkata...

5=2.... hihihi, ye tak?

skuterlady.blogspot.my berkata...

nurbijen : pandai lah... he3... hadiahnya... lawatan ke blog cik puan sekerap yg boleh...he3