Khamis, 19 Julai 2012

HARAM melintasi orang yg sedang SOLAT..!!

Aku selalu la terperasan mende camni terjadi kat tempat solat... dan

aku sendiri pon pernah mengalami keadaan macam ni... tengah solat dibarisan paling belakang masa tu...

tetibe ade orang melintas betul2 kat tempat yg aku nak sujud tu tanpa apa2 penghadang atau pengantara. 

Main lalu ikut suka je. Tak tengok kiri kanan pon. Redah je... Serius...memang tumpuan aku time tu sangat terganggu. Teringat pesan sape tah dulu, andai kata ade orang lalu depan kita masa solat... kita boleh je libas orang tu dgan pedang! Sampai camtu tau...wallahualam... 

Sini aku sharekan hadis ni ngan korang semua..

Daripada Abu Juhaim, Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 

" Sekiranya seseorang sedang melintasi  di hadapan orang yang sedang SOLAT mengetahui DOSA yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama 'empat puluh' adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu." ( riwayat Bukhari & Muslim )

Keterangan :

- Abi Nadhr, salah seorang perawi hadis ini berkata : " Aku tidak mengetahui sama ada Nabi S.A.W mengatakan empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. "

- HARAM melintas di hadapan orang yg sedang solat TANPA penghadang.

Sumber : Utusan Malaysia - Khamis 3 Mei 2012 

Andai kata kita perlu juga melintas di hadapan orang yg sedang solat, cuba letakkan sesuatu seperti kain di hadapan orang yg sedang solat tu terlebih dahulu. Kemudian barulah melintas. Kain itu akan berfungis sebagai penghadang antara orang yg sedang solat dan orang yg ingin melintas.

Tetapi....sebaik - baiknya adalah... jangan melintasi orang yg sedang solat.


credit to google search
** dalam dok 'ushar' gambar ni... teman terjumpe plak blog nih... kenal tak?


** Hoo.... baru teman tau... IM kita ni pon ade blog... nak pi jengah? ehh... boleh... tak salah pon... silakan... ini tempatnya ... http://imamudasyraf.com/v2/

2 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum syu...betul tu itu la yg sebaik2nya...:)

lady scooter berkata...

maszull : tqvm kerana setia tinggalkan komen di blog saya ya kak! ;-)