Sabtu, 31 Disember 2016

Hari akhir 2016

Last day 2016 ek hari ni? Apa aktiviti korang hari ni? Aku? Cadangan asalnya aku nak ot hari ni. Last ler konon untuk tahun ni, 2016. 

Tapi last minit, cancelled! 

Ada kenduri kat rumah saudara mentua hari ni. Ot tu takpelah,  tahun depan boleh je buat ot lagi. Kan?  

Rasanya dah lama takde sesape buat kenduri kat rumah mentua ni. Last masa abang ipar aku nikah dulu. Ni dah 2 orang dah anak dia, baru la ada kenduri semula. 

Hmm... Memori untuk tahun 2016?  

Awal tahun ni merasa juga la aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk kerja2 aku tahun lepas. Alhamdulillah... 

Cukuplah... Lepas2 tu kerja macam biasa, nawaitunya tetap sama. Meringankan beban suami. Untuk diri sendiri kadang tak berapa sempat nak kisah. Kalau ada betul2 lebih, baru la aku beli. Tu pun yang betul2 penting. Kalau tak, ada baiknya rezeki tu aku share ngan anak2.

Dah penutup tahun ni, ada rezeki yang Allah bagi dalam aku dilanda ujian yang menyakitkan. Yupp...  Penghujung tahun 2016 ni paling menyedihkan untuk aku. 

Sampai aku takut nak tempuh tahun baru,  

Betul... Takde semangat dah... Tapi bila mengenangkan dalam badan ni ada nyawa baru sedang membesar, hari2 aku minta dikuatkan semangat. 

Tak mudah nak bangkit dari kesedihan sebenarnya. Orang boleh bagi semangat, tapi ikut kita lah kuat dengan tak. Pilih yang mana? Mahu terus bersedih dan menyesali diri atau bangkit untuk jadi yang lebih baik. Itu pun bangkit bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri.  

Macam aku, alhamdulillah... Ada anak2 untuk jadikan aku kuat. Padahal aku tak la kuat mana. Nak harap orang faham kita? Tak payah la... Ye ada orang kata faham, tapi kalau masih berterusan buat perkara yang menyakitkan hati kita... Masih boleh kata kau faham ke macam tu? 

Fikir sendiri lah... Manusia ni bila menyakitkan hati orang, dia memang tak rasa apa. Sedih? Tahap manalah sedih engkau tu kalau nak dibandingkan dengan orang yang kau sakiti hatinya? 

Minta maaf sebab engkau manusia biasa yang tak mampu elak dari buat kesalahan? Heh... Aku jugak manusia biasa, mana mampu memaafkan kau yang dah melukakan. Tunggu la sampai aku mampu memaafkan... 

Azam 2017?

Hmmm... Belum ada lagi. Owh... Kali mungkin lebih serius nak kecutkan badan kot.. Haha... 

Tahun dulu azam yang sama tapi hangat hangat najis lembu je.. Bila dah beria - ia, pegnan pulak... Syukur alhamdulillah kuat si kecik ni dok dalam rahim ni... 

2017? Semoga aku kuat dan lebih tabah dari tahun ni... Semoga aku lebih cekal... Semoga pintu rezekiku lebih lumayan dari sebelum ni... Inshaallah... 



Note:

Bahagia? 

Bahagia tu dari hati kita sendiri, bukan dari orang lain. Terpulang pada cara kita untuk cari bahagia. Ikhlas, tak mengungkit, dan melakukan tanpa harap balasan.... Dan JANGAN usik kehidupan orang lain,  inshaallah...  Akan ada bahagia di situ... 


1 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik juga takut hendak menempuh 2017. Hanya doa dipanjatkan kepada Yang Esa agar segalanya berlalu dengan baik2 sahaja...