Rabu, 16 Disember 2015

Daftar Pra - sekolah Anak



Hmmm… cantik kelas ni… penuh warna…

Betul kata orang, nak dapat pra – sekolah ni bukan senang. Nak2 lagi kat perumahan aku ni.

Banyakkkk saingan…

2 tahun mohon baru dapat…

1st time mohon masa tu untuk 5 tahun. taaapi… rejected!

Kelas penuh… since keutamaan pra tu adalah untuk yang 6 tahun dan ramai pulak yang mohon, maka… rejected!

Huhu… gigih ler anto pa’el ke PASTI… menahan rasa ler jugak masa membayo yuran pendaftarannya masa tu… puasla cut cut mane yang patut. Yuran ehh dah mahal... tak macam 3 tahun lepas.

Dulu ada la dalam RM 300 - RM 400 lebih... last year dah naik RM 600 lebih. tu yuran pendaftaran baru... belum bulanan punya tu ( dalam yuran tu diorang da masukkan sekali yuran bulanan untuk Jan dan Nov sebeno nya.. )

Dulu bulanan baru RM 120.00... sekolah pagi, transit dan kelas petang ( mengaji )... last year dah jadi RM 200 lebih...

Masa zaman opal, kita tak alert sangat pasal pra sekolah ni. Ngeee… masa tu pon, rasa mampu lagi ler nak membayo yuran dftar ehh… masa tu rendah lagi.. de la dalm RM 300++. [ masa tu harga barang2 pon boleh ler tahan lagi… tak macam sekarang! ]

Anak yang teruja... sampai tak mau balik... ish... ish... ish...

Sekarang? since tanggungan dah bertambah ni.. alahai… semput2 lerrr rasanya nak ngumpul RM sebanyak tu…

Sebab tu gigih, penuh harapan sangat pa’el dapat masuk pra.

Tahun ni aku mohon lagi… owhh… tahun lepas tu kan, aku rasa muak kot kerani sekolah tu layan call aku.. meeheheee…

Jap jap call… jap jap call… tapi idakk ler tiap2 hari… selang 2 – 3 hari gak ler aku call… last2 tak dapat…

Tahun ni? Tak tak… aku tak buat dah… aku just mohon and submit... lepas tu tunggu dengan penuh harapan… takde call call… doa je banyak2… mudah – mudahan de rezeki anak.

Sehari lepas hantar tu aku dapat wasap… dari cikgu pra tu kot. Wasap alert suruh hantar permohonan segera. Since aku dah pon submit awal, aku just ignore je wasap tu…

Deretan drum yang menarik perhatian mak pada anak yang teruja itu..hehe
Tuppp.. tupp… baru ni aku tau [ tu pon lepas sesi pendaftaran ]… yang wasap tu sebenornya cikgu pra tu sendiri yg bagi… bakal cikgu kelas pa’el tahun dopan..

Ohh ye, kali ni pendaftaran pra, drjah 1 and tingkatan 1 diorang buat awal2… takde dah nak tunggu hujung2 cuti baru nak daftar.

Alasannya supaya mak ayah boleh prepare awal2 perbelanjaan untuk buku2 and so on… boleh bajet2 duit… nanti masuk tahun baru, terus bayo je… and anak2 boleh terus start kelas… hmm… bagus2….

Tang ni aku setuju…

Cuma tak bestnya bila opal bawak balik checklist buku2 utk next year tu kan, bila pi ke ko – op… diorang cakap, checklist tu tak leh pakai. Diorang bagi checklist yang harganyaaaa ++ dari list yang diberikan kat anak2 tu…

hasilnya, ada mak2 yg hadir sekelian balik dengan tangan kosong…  

"eh.. makk.. Ada komputer lah!"

Maka… pra sekolah punya bahagian dah selesai… buku2.. baju uniform semua dah settled…
Takde apa nak fikir dah… just tunggu the day je lah…
 
*gigih menaip dalam golap nih… huhu




Note :

Apa kenalah dengan Window Live Writer aku? huhu... time nak publish entry, time tu la kuar error.. "password ngan ID tak sama".... aduhaiii...

Tiada ulasan: