Isnin, 19 Oktober 2015

Al-fatihah Buat Opah

Kelmarin, 16 Oktober 2015…Jumaat…

Hjh. Saemah… iaitu opah kami telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1 ( lebih ) petang, selepas azan Zohor. Al-fatihah.......

Petang tu pukul 2 setengah aku dah siap2 nak masuk kerja balik ( rehat hari jumaat utk staff gomen kan panjang ), lepas panggil anak2 dan suami makan sekali. masa tu lah aku terbaca sms ayah..

‘Opah dah tiada’

Pendek dan ringkas.

Aku call ayah semula.

Ayah kata baru sekejap, makcik Faezah maklumkan. cerita detail ayah belum tau sebab ayah pon baru nak gerak dari rumah.

Lepas maklum kat penyelia ( tq Mekna…), kami sekeluarga terus bergerak balik ke Batunam. ( dari Seremban, kami turun ke Tampin ikut jalan ke Rembau… tak tau kenapa…. rasa macam jauh betul perjalanan kami masa tu… –.-‘ )

Sampai rumah makcik Faezah, orang tengah solat jenazah. tak sempat pun tengok jenazah… semuanya pantas… kejap kejap je aku tengok arwah opah dah diusung dalam keranda. cuma sempat tengok hujung kain kapan je…

sedihnya…

kata acik Faezah, kesihatan arwah memang dah menyusut since raya hari tu. opah lebih banyak tido… tu la last yang kitorang tengok arwah.

as acik faezah told us b4, opah kena strok…

tahun ni dalam usia arwah hampir mencecah 80 tahun, Allah telah menjemput beliau kembali pada-Nya sebaik sahaja azan zohor selesai dilaungkan.

IMG-20150612-WA0004

ni gambar last atas permintaan arwah… nak bergambar dengan cicit bongsunya…

arwah pergi dengan tenang dan di wajahnya terukir senyuman gembira di hujung nafas yang terakhir…

subhanallah…

semoga arwah dicucuri rahmat… amiiinn…..



Note :
al-fatihah buat Opah….

dan juga arwah Pok Teh yang telah kembali ke rahmatullah sebelum ramadhan yang lepas
al-fatihah…..


Tiada ulasan: