Selasa, 29 Mac 2011

Nyaris-nyaris jadi mangsa samun..

Kisah ni kalau pengasuh anak tak tanya tadi, memang sampai kesudah aku tak tau.... kisahnya :

Kuarters yang aku duduk skang ni seciput je bilangannya.... so kalo ape-ape jadi kat salah 1 umah tu, sure berita cepat tersebar kat kalangan penghuni kuarters...

Dalam 3 - 4 hari yang lepas salah 1 umah ni nyaris-nyaris jadi mangsa samun.. kebetulan husband dia keje malam.. akak ni tinggal la berdua je ngan anak lelaki bujang dia.. dalam around 9 pm to 10 pm, anak akak ni keluar minum kat kedai dekat dengan rumah tu.. Tinggal la akak tu sorang - sorang kat umah.

Tetibe ade orang ketuk pintu umah, cakap "kak, anak akak suh amik ubat.."

Akak ni tak jawab sebab husband dia dah pesan, 'kalo ade orang yang tak dikenali datang jangan layan, jangan bagi masuk.'

Lagipun anak dia baru je keluar, sihat je, akak ni rasa pelik la. Nape plak anak dia tak balik amik sendiri ubat tu. Kedai depan tu pun bukan jauh sangat.. Tak sampai 5 minit pun kalau naik motor or kereta..

Dia tak menyahut pun masa orang tu panggil.. mujur la pintu dengan grill rumah berkunci. Makin lama makin kuat orang tu ketuk.. Dalam takut -takut tu , sempat jugak la dia mengintai kat tingkap bilik..

Rupenyer de lagi sorang kawan orang tu tengah tunggu dalam kereta. ( tak sure kereta jenis ape )..

Most scary.. kawan yang tunggu dalam kereta tu tengah stand by pegang parang..hu3...

Tapi tak tau macam mana diorang tu blah.. then aku dapat tau, lepas diorang blah dari umah akak tu, diorang pi samun kat kawasan perumahan yang berdekatan.. 3 rumah diorang samun..

Cume tak tau ape citer pasal mangsa-mangsa yang kena samun tu...

Yang aku tau, penyamun tu dah pun kena tangkap malam tu jugak..

Alhamdulillah..semoga benar la berita penangkapan itu...

( actually, jiran akak yang nyaris2 jadi mangsa tu cakap, yang dia ade nampak 1 kereta jenis proton kerap ulang alik kat kawasan kuarters ni sebelum kejadian tu... memang mencurigakan sebab setahu jiran tu, takde orang yang tinggal kat kuarters nih pakai kereta jenis tu... )

Scary huhh..Ya ALLAH..lindungilah kami daripada menjadi mangsa orang yang berniat jahat seperti itu...




Tiada ulasan: