Rabu, 19 Julai 2017

Discaj dari wad bersalin HTJ

Meh sambung sikit dari part 2 : pengalaman bersalinkan my gegirl hari tu.


Lamaaaa aku menunggu nurse tu tolak aku ngan baby ke wad. Sebelum tu husband dah iqamat kan dah si kecik tu. Lepastu nurse suruh husband tunggu kat luar. Doktor nak check aku sekali lagi. Nak pastikan darah semua dah abis keluar.

Kul 3 pagi dah tercongok kat wad. Impian nak rehat ngan selesa tak kesampaian. Haha... Husband dah gitau awal2, katil wad dah penuh. Aku dapat katil extra, kat tengah lorong antara katil2 yang hado tu... 


Nampak tak? Katil wad penuh dah tu... Yang berbidai tu la katil yang sedia ada. Ni aku landing kat katil extra, ngam depan toilet. Nak buat camne, ramai pesakit masa ni. Nurse tu cakap memang kali ni ramaiii

Agak tak selesa bila nak menyusukan baby. Asalkan nurse lalu ke, pesakit lalu ke... mesti nak toleh kat aku... huhu... Lebih tak selesa bila tiba waktu melawat. Ye la... bidai takdo! Tak selesa langsung nak bagi baby nenen! Sabar je lah. 

Doktor dah bagi beri kebenaran untuk discaj pukul 1 hari yang sama sebab baby dah berak, dah kencing. ( anak dah berak lam perut, kira dah berak gak la tu kat doktor... ) Ngan aku pon takde masalah. Lagi pun siang tu bertambah lagi katil extra... haha... ni semua sama kes ngan aku gaknya, masuk spital terus bersalin.. 

Tapi idak ler kul 1 tu aku terus balik. Aku kena sabar menunggu sebab suami kena uruskan anak2 dulu. Opal ngan Fa'el kan sekolah, nak urus makan diorang tu dulu. Pastu tengah panas terik tu gak ler husband gali tanah nak tanam uri. Dah settled urus apa yang patut, baaaaru la dia datang jemput aku ngan baby. Tu pun masa tu aku kat tandas. Nak pergi  tandas pon takut takut je nak tinggalkan baby kat situ.. huhu... Dalam kul 3 lebih camtu la dia muncul.

Nak keluar tu, bukan leh terus keluar je. Nak kena sain dokumen bagai, lepas tu nanti de lagi nak kena sain kat luar wad tu. Dah sampai lobi, sebelum leh keluar, kena sain lagi. Tag kat tangan kita ngan baby tu selagi tak sampai rumah, jangan buka!


Kat jaga tu bape kali dorang cek... jangan memain! straight ye! tapi bagus camtu. Demi keselamatan kan... 


Kali ni aku berpantang sendiri. Memang dari bersalinkan Faiq lagi aku dah niat gitu. Nekad nak berpantang sendiri. Dah anak 4 kan?? 

Husband memang dah pernah mandikan baby, so takde masalah. Lauk berpantang? Aku kena guide dia. Nak masak camne? lepas ni nak masuk apa? nak letak apa? Sesekali aku duduk gak temankan suami kat dapur bila dia memasak... ngeee

Hari pertama balik rumah tu takde buat apa2 sangat. Lauk berpantang, biras aku dah siapkan. Tapi lepas tu semua ( mak mentua, biras dgn anak2 . adir ipar aku ) balik kampung. Anyway, tq kak wanie. Masa pantang anak no3 dulu, dia la yang tolong masakkan lauk pantang untuk aku. Ni pun sempat dia tolong masakkan jap sebelum balik kampung.

Hari kedua, disebabkan husband aku kena uruskan hal abang ipar dia... nyaris2 aku nak keluar drive sendiri pi jemput anak balik dari sekolah kafa. Haha... Aku lupa masa tu baru 2 hari pantang. Perasan badan ni dah kuat ler kononnya... 

Pantang sendiri kan... baaaaaaanyak cabarannya!

Nanti aku up kat entry lain... ni teaser je! hehe... masak, mandikan baby tu semua husband buat sepenuhnya sampai 14 hari. Aku mengurut hari ke-5. Hal mengurut ni pun ada dugaannya... bab makan pun sama. Dooooogaan sunggoh la....!😅Macam - macam dugaan weih...

Reaksi abang2? excited terlebih! Aku letak je baby kat tilam, semua kerumun! Kepoh mulut memasing nak mengagah si kecik tu... Opal, Fa'el and Faiq ( O.P.A ).... ngadap macam tak puas... hehe...

Sampaikan aku lak yang rimas bila dorang asyik ngadap baby je... hehe... Balik je dari sekolah, terus ngadap. Tak mandi dulu, tak makan dulu ke hape... ngadap je. Kalau tak pon, tengok tv sambil dok keliling gegirl.... 😂

Tu hari pertama dan kedua... lum hari ketiga... ke-4... ke-5 dan seterusnya.... next!


Jumaat, 14 Julai 2017

pengalaman bersalin anak ke-4 : part 2

Haha... panjang cerita aku pasal bersalin ni. Siap de part 1 & part 2.

Harap2 part 2 ni abih la kisahnya yerr... 😁. Part 1 takde gambar, entry panjang berjela. Part 2 ni, inshaallah ada... hehe

Lepas duduk je atas kerusi roda tu... sila baca episod 1 dulu ye, baru paham nape ayat aku dimulakan dengan duduk atas kerusi roda tu.


Hahh... lepas ditolak  masuk ke dalam, masa ni takde pikir suami ke mana, anak kemana dah. Dok menahan sakit je dah. Yang aku ingat masa ni, jaga tu tolak sampai kaunter dalam. Kaunter tu sebelah kiri. De la 2-3 orang doktor duduk kat situ. Sebelah kanan aku de katil2, ngan nurse. 3 - 4 orang de kot nurse kat situ. Dah la situ gelap. Nampak samar2 je la katil2 yang ada. 

Nurse bagi baju pink, suruh tuka. Ya Allah... tengah sakit contraction dah makin kerap, gigih la aku berdiri sendiri. Gigil gigil kaki aku. Suami masa ni pi parking kereta kot. Ntah... Tak memikir nak tunggu dia dah.

Yg kat sini aku tak ingat sangat. Tapi rasanya doktor de cek jalan. katanya baru buka 4! Tapi dia punya contraction... ya rabbiiiiii....... aktif! Masa nak cek bp tu, aku mintak nak duduk je kat kerusi roda tu. Contraction masa ni kuat sangat dan berterusan. Sebab tu aku tak nak baring. Nasib baik nurse tu ok. 

owhh... masa ni baju semua dorang dah bagi kat suami ( berpalit darah pakaian aku masa ni.). Suami aku lak jengah jap je. Lepas amik pakaian aku semua, dia hilang tah ke mana masa tu ( actually masa ni dia berkejar pi daftar wad.. ).



Masa nak tolak aku ke labour room pon jadi drama kat situ. Nurse dah nak tolak aku ke bilik bersalin dah tapiiiii... doktor yang sorang lagi tu suruh patah balik. Terpaksa la berpatah balik nurse tu tolak aku ngan kerusi roda tu. Masa tu dia nak suruh apa tah. Haduiihhh... contraction aku masa tu bertalu - talu. Weiii.... aku dah sakit dah ni!!!... Haha... jerit lam hati je, nak kuar ikut mulut dah tak daya. Sakkkit weiihh...

De sorang nurse tu tanya, " puan, sijil nikah de bawak tak?"

Punya la tengah menahan sakit, aku jeling je kat nurse tu. Hahaha... sorry la nurse! masa tu memang tengah menahan sakit... muka rupa tu je mampu aku tunjuk. Nurse tu, " ok ok takpe, saya paham..." Haaa... nasib baik la dia paham.

Nurse yang tolak kerusi roda aku tu tolak balik aku nak ke bilik bersalin, ehh... doktor tu suh patah baaaalikkkkk! Nak scan dulu katanya.... woiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!! ( jerit kat hati je ni... tak mampu nak bersuara dah actually sebab terlampau menahan sakit nak meneran! )


Kali ni nurse tu yang bising kat doktor. Bagi pihak aku ler tu... kih3... " Doktor! dia dah sakit sangat dah ni. Tengok muka dia tu dah teruk sangat sakit dah ni... tak payah la scan... "

Pot pet pot pet... nurse tu ngan doktor... Haduiiihhh laaa... Drama nau kat situ. Last2 doktor mengalah, laju je nurse tu tolak aku masuk ke bilik bersalin tu. Dorang nak buat CTG dulu. kononnya nak cek jantung baby. Gasak engkorang la... aku tau masa tu dah sakit sangat dah, nak bangun ke katil pun tak mampu. Nurse tu jugak yang tolong. Siap buat kiraan lagi. Once dah hilang sakit, 1 2 3 terus naik atas katil. Nurse tu tolong ler tu... huhuhu... Sebelum tu dia ngan doktor yang memula cek jalan tu dah pesan, kalau rasa nak berak... cakap! Fine....


Masa dah baring atas katil tu, nurse baaaaru nak pasang CTG ( untuk imbas degup jantung baby )... Baaaru ye! Lum sempat nak lilit, aku dah tak tahan nak meneran! Doktor pesan, kalau nak teran... teran je la puan...


So... pasal dah rasa nak yakkkkkk sangaaaaatttt.... aku cakap nak teran... push pertama... doktor hairan, nak bersalin sangat ke aku ni kan? sekali cek jalan, aiiyyyoooo... kepala dah enggage kat pintu... Teran je la puan... Push kedua... terussss.... lega!!! Apa pon tak sempat masa tu... Baby dah keluar... Ya Allah... sakit rasa cam cirit birit tu hiiiiilangggg!!!.... Tapi lenguh tak hilang la sebab lama kot aku tahan sakit.... hoiiihhhh... dia punya lega tu cam korang selesai berak sembelit tu la... 

Kali ni aku ingatkan diorang akan baringkan baby sebaik sahaja dilahirkan ke dada aku. Masa Faiq dengan Fa'el dulu camtu la. Opal je tak, sebab diorang terus bawak dia pi bilas dulu 1 badan. Kali ni sama cam kes Opal jugak. Rupanya, doktor cakap baby dah terberak dalam perut. Badan dia semua dah hijau!

So doktor terus amik baby, bilas dia dulu semua. Tapi alhamdulillah, lepas lahir tu, baby nangis. Doktor kata tu maksudnya baby ok. Tapi mak kena pantau. Takut baby tertelan berak sendiri. tu bahaya untuk baby tau... Doktor pesan, kalau baby muntah hijau, pernafasan dia tetiba jadi cepat... kena cepat2 maklum kat doktor. Korang google la sendiri kesan bila baby tertelan berak sendiri masa dalam perut ibu. Nanti korang tau la nape doktor pesan camtu kat aku. 


Owhh... aku bersalin normal. Alhamdulillah... kali ni doktor tak sempat gunting kat tempat baby keluar tu... hu3... kali ni memang doktor tak sempat nak buat pape. Baby laju je meluncur keluar lepas push kali ke-2. Legaa yang amat bila doktor kata tak perlukan apa2 jahitan... weeeheeee... alhamdulillah.... syukur sangat. Lagi buat aku tambah bersyukur... Yeaaa... akhirnya, Allah beri aku rezeki... anak perempuan!

Ya Allah... bukan aku je teruja... nurse2 dengan para doktor muda yang de tu pon semua teruja bila tau aku akhirnya dapat anak perempuan. ☺


Memang... memang... rasa bersyukur sangat! Aku memang tak berharap sangat, kot anak lelaki gak yang keluar kali aku terima je. Tapi bila Allah dah beri tu, kira 1 rahmat la untuk aku. Merasa gak de baby girl... hehe...


Tapi kesian gegirl... Pasal cepat sangat dia nak keluar... tak sompek nak amik baju dari suami aku. Kesudahnya, doktor balut ngan kain spital yang hijau tu je... Huhuhu... sian ngko dik!

Suami lagi la terkejut. Katanya dia pi daftar wad, bila turun balik ke kaunter dewan bersalin ni... masa dia nak hulurkan sijil nikah ngan dokumen duduk wad semua.... nurse tu cakap kat dia, "tak payah la encik, orang rumah dah selesai bersalin dah pun. Pi la tengok..." Haha... tercengang - cengang suami aku kat situ. Sempat la dia dengar nurse2 lain yang kat tepi tu gossip pasal aku... buka gossip apa sangat pun. Sokseksoksek pasal anak2 aku yang lelain semua lelaki, ni 1st time dapat baby girl... giiiiiitu!


Sengeh je la kan bila tau2 je baby dah keluar. Ngan baju pon tak sempat hantar kat aku bagai... Kul 12 lebih masuk, kul 1.07 pagi aku dah bersalin... Lagi cepat dari masa abang2 dia dulu. Heee... Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar dan selamat... syukur!

K... lum abih citer.... sambung lagi nanti. bye!




Hoho... gambar teaser je... jangan mare eh... 




Khamis, 13 Julai 2017

Pengalaman bersalin anak ke-4 : part 1

Aku ni kan... dari anak pertama sampai la anak ke-4 ni, tiap kali kenangkan sakit nak bersalin tu kan... aduuiiiyaaiii... takut oiii! Cam trauma pun ada gak. Nyampah je baca kan? Acah - acah trauma tapi anak dah 4... apa cerrr..???! Hehehe


Ye lah... ngko ingat bersalin tu tak sakit ke? Sakit oiii... Bila dah dekat2 nak bersalin tu kan, dia punya debar tu.... ya Allah! macam2 sebab... Debar sebab takut nak ngadap sakit saat bersalin tu pun ada... Debar sebab teruja nak tengok baby yang dikandung 9 bulan lebih tu pun ye jugak! Haaa... masalah tu... 😟


Satu lagi masalah... masa nak bersalin nanti, anak2 yang 3 orang tu camne? Sape plak nak jaga diorang sepanjang aku ngan suami kat spital nanti? 😟. Buatnya tetiba aku nak terberanak, kat sape pulak aku nak minta tolong jaga bebudak tu kang.


Tapi kan... Alhamdulillah... semua tu dah dipermudahkan Allah untuk aku. Terubat sikit rasa sedih kat hati masa tu. Sedih sebab apa? Takpelah, malas la aku nak cerita kat sini. Tapi memang amik masa aku nak hilangkan rasa sedih tu. Sampai senior kat pejabat ni pesan, jangan terlampau bersedih... jangan terlampau layan rasa kat hati tu, takut nanti ngko meroyan masa pantang... Hoooiiiihhh.... seram! Meroyan ni bukan boleh dibuat memain. Dah la nanti aku pantang kat rumah sendiri... Jadi, aku memang beringat sangat pasal ni.


K... ada dah aku cerita episod serah diri yang gagal tu kat blog ni. Serah diri tu pasal dah lama sangat menahan sengal dan lenguh, dengan tanda darah asyik turun. Tapi yang pelik tu, tiap kali bangun tido je de tanda darah tu. Masa lain takde. Elok je kering. 


Lepas dah balik rumah tu kan, abang ipar aku plak masuk spital sebab kemalangan... Pastukan mak mentua ( mother in law a.k.a MIL ), biras dengan anak2 dia sekali ngan adik ipar aku bermalam kat rumah aku. Hah... perancangan Allah... Dalam pada memudahkan urusan diorang, Allah permudah urusan aku dalam hal anak2. Alhamdulillah...


Abang ipar aku kemalangan @ 1 April, aku pulak bersalin @ 5 April... Sepanjang tempoh 1 hingga 4 April tu, suami kerap ulang alik ke hospital sebab nak uruskan hal abang ipar aku tu. Dalam pada dok uruskan abang dia, kerap gak dia tanya keadaan aku. Sakit tak? ok tak? de darah keluar lagi tak?


Aku ni, bila sakit tu datang masa suami ada urusan... Aku selagi boleh tahan. Takde nya nak citer kat suami sebab aku takut, kang dengar aku dah sakit... dia kelam kabut nak balik. Padahal sakit tu boleh tahan lagi... Hati pon confident je rasa belum masa nak bersalin lagi... 


Harapan nak bersalin 1 April dah tak jadi, lagi sekali... 4 April! Aku haaaaarap sangat dapat bersalin tarikh tu... Tapi tak dapat jugak. Sebab tak sakit. Petang tu lepas ikut suami pi melawat abang dia kat spital, suami de cakap, "bila lah budak kecik ni nak keluar?"


Sebab dia risau... sakit dah berhari - hari tapi lum nak bersalin lagi. spontan aku cakap, "apelagi? pujuk la baby ni... suh dia keluar cepat... tak payah tunggu due..." Hehehe... Betul2 suami aku pujuk. " Dik, bila nak keluar ni? Keluar la dik cepat cepat..."

Haaa... ngko! Memang dah sampai masa gaknya, kebetulan malam 4 April tu aku rasa cam nak cirit! Memulas2 sangat perut ni macam orang sakit cerry berry tu.... Bukan sakit bersalin, tapi sakit nak cirit... Tak senang duduk dibuatnya... Suami pi ngeteh jap dekat2 dengan rumah tu. Katanya malam tu nak standby kat spital, jagakan abang dia. Dia tu tangan ehh semua dah patah. Kalau takde orang tolong, camne plak dia nak cebok berak, makan, minum semua... Kenalah de orang teman. 


Aku ni plak, malam tu dah mula tak senang duduk... Jap ngiring ke kanan, jap kang baring ngiring ke kiri. Puas la memikir, apehal la perut ni sakit nak cirit tu lain macam. Padahal sebelum baring tu, aku dah membuang 2 kali... lepas kali kedua tu, nak membuang tapi takde apa yang nak keluar. Gelisahnya aku masa tu, ya Allah...  Masa tu dah kul 11 lebih dah. Sakit cerry berry aku ni dah makin kerap lak memulas. Kat hati ni dah rasa nak jerit je nih... oiii kalau nak berak lagi, keluar je lah!!!

Bayangkan la bila korang nak buang tapi terpaksa tahan dulu sebab takde toilet... pastu bayangkan korang dah takde apa nak buang tapi perut tu masih de rasa nak membuang... pastu bayangkan korang rasa cam nak kentut, tapi TAKkkkk BOLEH!

Haaaa.... gitu la yang aku rasa. Subhanallah... sakit uiikkk... Faiq plak meragam masa nak menyusu... Alolohh... banyak plak cengkadak dak kecik tu... Dah kena marah ngan aku malam tu.

Masa suami masuk bilik nak solat, aku ikut dia ngan Faiq. Oooiiihhh... sakit rasa cam nak menonggeng je tapi dalam kepala ni sikit pun tak terfikir tu sakit nak bersalin. Aku baring atas katil tu sampai bercakap lerrr sengsorang... Ya Allah, nape la susah sangat nak kentut ni... nak kentut je pun... 😅


Suami lepas solat tu gaknya kesian tengok aku, gigih la dia sapukan minyak. Aku dah tak larat nak sapu sendiri dah masa tu...


Makin dia sapu, makin sakit... 🤣... haduiihh... dah kenapa kan? last2 suami cakap, " ini bukan sakit cirit ni.. tah2 awak nak bersalin tak? jom la pi spita..." Haaa... ngko! masa tu baru terpikir... gigih ler nak bangun... ingatkan nak berjalan, tapi makkkk oiiiii... 1st time aku rasa tak daya nak berjalan. Menggigil - gigil kaki aku. Kuat giler aku peluk tepi almari tu. Suami blur jap. Bila aku cakap tak larat nak jalan... baru dia kelam kabut tolong papah. Masa tu, aku dah menggigil 1 badan. Kejung kaki nak jalan pi kat kereta. 


Masa duduk dalam kereta tu, aku rasa tak boleh duduk. Rasa cam tersengkak je kat bawah tu... hu3. Terpaksa la duduk senget... Terasa darah cam meluncur - luncur keluar dah. Makin kelam kabut la suami aku masa tu. Haha... dah macam drama pon ye gak. " awak, cepat la... sakit sangat dah ni...!"


Masa tu dah kul 12 lebih... kurang 15 minit dah sampai kawasan spital HTJ Seremban tu. Otw nak ke spital tu, suami aku pujuk lagi baby, " dik, sabar dik... jangan keluar dulu....!" 🤣 Memang rasa nak gelak je bila ingat balik. Huru hara weiiyy...! Selaju yang boleh la dia pecut kereta... siap on lampu kecemasan tu... Lampu merah semua langgar je! Kecemasan sangat dah... Aku dah tolak2 pintu dah menahan sakit. Sebelah tangan tolak pintu, sebelah tangan suami yang pegang. Macam2 dia suh zikir... aku mampu ngikut je la masa tu... Bontot memang senget je duduk. Kaki dah macam orang parkinson... Gigil tak sudah.. Terlampau menahan sakit. Mulut pon sama... gigil jugak!


Sampai spital, salah masuk jalan plak. Patutnya terus drive ke depan pintu masuk dewan bersalin kat HTJ tu, tapi suami aku leh pi masuk ke simpang nak parking tu. Ya Ampun... jauuuuhhhh nak jalan! Aku tak daya nak jalan dah weiiihhh... " Awak, bukan kat sini... Terus pi kat depan pintu dewan bersalin tu je..."

" Hah, ada ke? kat mana? " 
"Adaaaa.... hari tu saya tengok ada.... "

Hahaha... kelam kabut gilaaaa... Dah nak sampai depan pintu dewan bersalin tu, de pulak Alparhd tu terhegeh - hegeh nak keluar.... Woiiii, aku nak bersalin sangat dah ni... ngko plak terhegeh2 nak keluar... cepat laaaa.............. langsung kena HON! 

Sampai depan pintu, de jaga 2 orang. Muka cuak je tengok suami aku parking ngam depan tu. Ehh... nasib baik, parking depan tu je tau.. Kalau ikut aku, nak sampai dalam tu ha... jumpa katil terus landing! Push terus!... hahahaaaa....

" Boleh jalan ka adik? "

"Eh... dia tak boleh jalan dah... tu.... kerusi tolak bagi dia... "

Tu dialog suami ngan jaga. Jaga tu plak kelam kabut tu cari kerusi roda. Aku perasan memang dah de kerusi roda tu standby kat tepi pintu masuk tu...

Lepas tuuuu.................................

Hehe... Nanti sambung... bye!