Jumaat, 4 September 2015

Kekalkan Gaya Anggun Dengan ALEENA Tudung

Perghh… lain macam betul tajuk entry kali ni… Formal habis… Ha3… okey… okey… meh nak cerita sikit nih.

image

Kalau disebut sahaja nama jenama tudung Aleena pasti semua orang tahu. Apatah lagi jika ianya ditanya kepada para pencinta fesyen Muslimah tempatan. Aleena merupakan salah satu jenama fesyen Muslimah yang semakin dikenali ramai dewasa ini. Jenama ini telah melangkah dengan lebih pantas jauh meninggalkan para pesaing mereka dihadapan. Jelas membuktikan bahawa Aleena begitu komited dan bersungguh – sungguh dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jenama mereka dalam pasaran fesyen Muslimah tempatan.

Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat perubahan dan perkembangan yang begitu mendadak namun penuh bermakna dalam industri fesyen tempatan. Fesyen Muslimah terkini telah muncul sebagai antara stail fesyen yang paling trending dalam kalangan pencinta fesyen.

Kemunculan hijabista, iaitu golongan fashionista yang lebih gemar akan gaya fesyen Muslimah telah membantu menaikkan imej fesyen Muslimah tidak kira sama ada di peringkat tempatan mahupun di pentas antarabangsa. ini sekaligus telah menaikkan nilai pakaian Muslimah dalam pasaran.

Antara langkah awal Aleena yang tepat ialah mereka menyedari akan hakikat bahawa fesyen Muslimah akan menguasai pasaran Malaysia. Dengan itu telah banyak promosi dan kempen tudung wanita terkini yang diusahakan sebelum ini.
image
Koleksi Aleena Tudung Terkini sangat versatile dan boleh dipadankan dengan apa sahaja persalinan kegemaran anda. Bagi yang lebih suka imej sopan dan feminine, cuba anda padankannya dengan pakaian tradisional terkini seperti baju kurung moden.

image

Mudah je kan?

Padankan sahaja Aleena tudung terbaru dengan apa jua persalinan kegemaran anda yang selesa untuk dipakai.

Pastinya penampilan anda tampak lebih menarik dan meyakinkan. Pastinya teman – teman disekeliling anda tertanya – tanya tatkala melihat penampilan anda.

Amacam ? Menarik? Tertarik?Open-mouthed smile

Jangan risau… tudung Aleena ni boleh je pakai dengan baju kurung… baju kurung peplum… baju kurung moden… kaftan pun sesuai… jubah moden… jubah dress dan termasuk ler blouse Muslimah…

Anda suka? Apa lagi nak tunggu… jom terjah reramai ke Zalora.com. Cari je mana2 tudung yang berkenan dihati…

Klik lelaju…Open-mouthed smileWinking smile


Rabu, 2 September 2015

Cara Sambut Merdeka Paling Havoc

Giler tak havoc! tapi nanti aku citer… jap je lagi…

Ye… cam aku dah cakap awal2 hari tu… kat entry yang mane tah. tak ingat la plak. tahun ni aku kawad balik.

Cergghh… aku tak ler suka sangat nak berkawad ni.. ape lah yang best sangat… terjemur kat panas, orang sedap2 tido kat rumah… aku dah terpacak kat padang tu pepagi… lepas kawad, muka plak ‘hangus’ cam udang kena bako… ape tak terbako… berdiri plak ngadap matahari terbit…

Ngko ingat best? haha… bunyi cam tak ikhlas nau aku kawad kan? kih3… cergghhh… tak baik tak baik… tak tak… aku ikhlas. lebih2 lagi nak dapat cuti tanpa rekod… laaaaagi ikhlas… hmmm… bila nak habiskan cuti tu ek?

Owh… hari tu de dapat surat LHDN… cehhh… baru nak berharta sikit, dema ni dah kejo!

DSC_0543[1]

tahun ni gambo hari merdeka tak banyak lah… amik wat cukup syarat je. ko tengok je lah gambo asap kekaler tu… 5 rukun negara, 5 kali gak ler diorang dok letupkan bom tu… tanjat woiiii….

DSC_0547[1]

lagi sebijik… ye.. gambo asap je sekali lagi…Laughing out loud

DSC_9547[1]

pasukan kawad paling comel… yang paling ramai peminat… Open-mouthed smile

DSC_0550[1]

masa hari raptai, tetibe de 1 slot tu… brader2 askar ni berlari serbu ke pentas utama… takde announcement ke hape, lepas je diorang kat belakang tu letup bom, tetiba weiihh… tetibe depa ni semua dok bantai jerit pehtu serbu pentas…

nasib ler kitorang pon tak ikut sama…ha3… kesian sungguh kat kitorang… tercengang – cengang tengok diorng tu lari. ingatkan kenapa, rupanya dah memang camtu persembahan diorang… cergghhhh….

tapi betul la… tengok diorng reramai tu ( 1000 anggota ) belari cam nak pi masuk medan tempur tu, de la yg rerasa cam nak ikut je… tapi tu lah… takut panjat bim tu tak lepas tang pungkok… kih3… maaaalu!

taaaapi… tu semua tak leh lawan havoc budak sorang ni…

IMG-20150831-WA0007[1]

dia tua 3 minggu je ngan Fa'el ( 6 tahun )… nama budak ni Iman… anak kak ipar aku.
nak tau ape dia buat?

IMG-20150831-WA0006[1]

ini atok kepada Iman, merangkap pak mentua aku… ngko nampak keta antik tu? tau ape dah jadi?

IMG-20150831-WA0005a

DAANNGGGGG!!!!!!!!

ye… itu ler yg terjadi… keta atok Saedin dah tersandar kek tebing bukit depan rumah tu… selepas dak Iman ‘me – merdeka - kan’ handbreak nya… Disappointed smile

nasib baik takde yang tercedera… Iman sempat lompat keluar… dan kereta tu?
terpaksa ditarik guna hilux. untungnya, kereta tu cuma kemik2 sikit je…Winking smile

begitulah caranya cucu bertuah tu sambut hari merdeka untuk tahun ini…. sekian… ha3


NOTE :
tahun ni hasben terpaksa angkut anak2 semua ke tempat keje sementara aku berbaris kat padang MPS tu.Crying faceWinking smile

Selasa, 25 Ogos 2015

Proses memasang tiles

Gigih tau aku nak cari idea untuk hupdet blog sendu nih… siap aku cek balik entry2 lama aku tu demi seciput idea. dapat jugak akhirnya. al-hamdulillah.

Hah.. 2 tahun lepas aku dok citer pasal proses cari rumah… proses cari tiles… proses pasang kabinet dapur. tapi tang proses cari tiles tu cam tergantung kan?

Meh arr… aku citer sket. saja nak rewind balik.. ecehh… ape ke hey nye nih? rajin pulak rewind2 episod nih? ate… aku punye blog… kome baca je lerr ye… kot la sudi… TQ arrr…

Masa kitorang beli rumah ni, tiles cuma ada kat dapur ngan toilet je. bilik ngan ruang tamu langsung tak dak tiles. simen kasar tu semata – mata.

DSC04711

So… memang kitorang dapat jimat kat situ. kot kalo de tiles, dah 1 keje pulak  nak upah orang pecah kan tiles tu… nampak tak tu? wayar kipas… masa memula kitorang tengok umah ni lagi memang camtu. owner memang tak usik langsung. kira basic habis lah rumah ni.

ehh… dinding tu asalnya putih cream… tu hasben cat kendian ngan kengkawan dia. tu pun yg bercat biru tu kita alter balik. tukar kaler lain sebab nampak tenggelam plak lepas dah pasang tiles.

Untuk proses pemasangan tiles ni, kita upah pak indon. untuk renovate dapur pon kita pakai pak indon ni jugak.

Pembelian tiles?

Kitorang settled sendiri. diorang tinggal amik upah pasang je. jimat kat situ! Kita hasben n wife sama – sama main peranan.

Bab kualiti tiles ngan kuantiti, itu hasben punya keje. Bab memilih pattern ngan warna tiles.. haaaa… itu hasben serah kat aku. bior mem beso ni buat pilihan.Open-mouthed smile

Itu yang rambang mata nak pilih. maka… keluarlah entry Tiles yang mana satu jadi pilihan hati ni. Laughing out loud
ok… aku share some info kat sini yek. ni ikut pengalaman me n hasben lah…



Gred tiles : serius… aku pon masa nak cari tiles tu lah baru tau, tiles ni ada gred rupanya. de Gred A, gred B, gred C. gred yang paling bagus… Gred A ( heavy duty )… payah nak calar!

Harga tiles : dah tentulah ikut gred. Makin bagus gred, makin up ler harga. dan ikut saiz tiles jugak yek…

Saiz tiles : ada macam2 saiz jugak. 1kaki x 1 kaki ( aku letak kat bilik tdur ), 2kaki x 1 kaki ( tiles dapur ngan porch ), 2 kaki x 2 kaki ( ruang tamu n sikit untuk table top ), 1 kaki x 1 1/2 kaki ( dinding dapur – pasang separuh jekk ).

upah pasang : arr… yang ni ikut kontraktor. de yg kira upah ikut keluasan ruang yg nk dipasang tiles. cam kitorang, harga pasang ikut bilangan tiles yg diorang pasang.

haa… camtulah.. ok… dak kecik dah bangun. sebelum dia lepuk lappy ni sesedap rasa dia kang, aku chaw dulu arrr…