Jumaat, 15 September 2017

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk Jannah

Meh flashback balik ke bulan 7 ritu...


Tuan Puteri sedang beradu! shh...

Time dia tido camni la baru aku dapat buat kerja lain. Kalau tak, berkepit je la dengan dia. Nak mintak tolong kat abang2 dia? hmmm... Toksah ler! Bila dah balik kampung, memasing semua pandai pulak bawak haluan sendiri. Yang Opal tah kemana, yang Fa'el tah kemana... Yang Faiq pun sama tah kemana... Dengar suara diorang je dok jerit2 kat keliling rumah atok...

Ehh... ni bukan ler kenduri khas untuk Jannah, tapi kita join ngan mentua aku punya kenduri doa selamat. Kita tumpang sekaki je... Kenduri doa selamat ni niat mentua jugak sempena diorang nak berangkat ke Mekah tahun ni. Alhamdulillah... dua2 dapat pergi. 


Asalnya nak buat ngam Jannah umur 4 bulan ritu 5 Ogos. Tapi sebab flight mak abah terpaksa diawalkan, so... kenduri on pada 28 Jul. Kebetulan, sehari selepas birthday Opal... hew hew...

Otw blik rumah mentua tu, sempat la beli kek untuk Opal.


Tu dia punya kek. Happy birthday yang ke - 10 patutnya. Tah nape la leh jadi ke-6 tahun plak tu... 😅


Orang suruh dia potong kek, tapi dia buat muka bonyok plak... adeiihh... merajuk ke hape tah masa ni. Diusik - usik kat akak sepupu dia, langsung bonyok! haha... Tu suh amik gambo ngan kek pun... pannnjang muncung! 😂

Selamat hari lahir ke- 10 tahun Opal... semoga terus menjadi anak yang baik, yang soleh... inshaallah...

Lilin tu sekadar untuk bergambo je. De yg tegur, katanya tak elok tiup2 lilin ni. OK... kita buka kipas la... biar lilin tu padam sendiri... hehe... takdelah, tiup gak la sebab nak bagi lilin tu padam lepas sesi bergambo... takde la nak ngikut omputih siap ber- wish segala bagai tu...


Sepotong untuk aku... cukup ler... blueberry cream nya tu manis sangat. Tapi kek dia sedap... Lembut! Dapat pekena ngan kopi O ni memang ngam... 


Tambah sedap makan reramai, depa sesama sepupu sepapat ngadap. Selingan sebelum Majlis Doa Selamat untuk sok paginya... Baru la diorng dok diam, kalau takkkk... riuhhhhh! Mentua aku ramai dah cucu... ni yang balik baru sebahagian. Tu pun dah riuh rendah...


Ni aktiviti petangnya tu. Sehari sebelum kenduri doa selamat. Abah yang sembelih kambing tu. De 3 ekor semuanya. 2 lagi, abg ipar aku yg supply. Kerja melapah, serah kat suami aku ngan de la 2 - 3 orang lagi yang datang tolong.


Sebelum balik umah mentua ni, suami de cakap yang mentua aku nak buat cukur jambul untuk Jannah sekali. Tapi lepas tu macam senyap je. So ingatkan tak jadilah kan... Aku pun buat relaks je la... Skali tu petang dorang tengah lapah kambing tu la mentua aku cakap lagi. Dia nak gak buat cukur jambul Jannah...

Ngam pagi sebelum start bacaan doa selamat tu baru kitorang prepare bunga rampai, cari kelapa... Beras kunyit je, Kak Wani ( biras ) dah sediakan awal. TQ kak... Dia dengar je mentua aku nak buat cukur jambul, terus dia rendamkan beras ngan air kunyit. Sok pagi tu dia dah siap toskan... Terbaik la kak!


Wefie ye?!

Disebabkan last minit baru confirmkan ngan mak pasal cukur jambul tu, maka... pakai je la gaun yang ado tu dik! Tak dapat la nak pakai gaun princess yang cecantik tu masa cukur jambul dia... huhuuuu...

Tu pun tak ramai yang cukur jambul dia. Atok je yang cubit sikit. De la setompok kat atas kepala tu yang gonjeng... yang lelain tak sampai hati nak gunting rambut Jannah yg tak berapa nak ada tu.

Tak tau le nape rambut dia lambat nau tumbuh. Masa berbaru lahir tu rambut dia lebat la jugak. Tapi lepas kena cukur hari ke-7 tu, sampai hari cukur jambul tu dibuat... rambut segitu je weihh...


Alhamdulillah kenduri berjalan lancar... lega dah... Semua empat anak aku dah selesai buat aqiqah. Jannah pun dah selamat aku khatankan kat klinik swasta. So... settled lah... tinggal nak buka kan akaun bank untuk dia je. Tapi kena tunggu umur dia 6 bulan. ASB ler... Bank lain tak tau la...



Note : 

Aqiqah untuk anak perempuan : sekor kambing atau 1 bahagian lembu

Aqiqah untuk anak lelaki : 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu.

Tiada ulasan: