Sabtu, 30 Disember 2017

Istirehat di Tune Hotel Klia2



Pernah dengar tak nama hotel ni? Tune Hotel Klia2… Pernah tak? Aku dengar hotel tu dekat je dengan KLIA2. Sangat dekat...! Jalan kaki je dari Klia2 tu, tau – tau… dah sampai hotel ( 8 minit sahaja berjalan kaki ). Laluan pejalan kaki antara hotel ke Klia2 tu berbumbung okey! Tak payah risau kalau hari hujan ke, panas ke… Sah – sah ler korang terlindung dek bumbung. Bestkan? Itu satu kelebihan hotel ni lah! Save kat kos pengangkutan dah.

Ehh… ada yang kata kalau flight delay ke… mana la tau kan… Lepas tu kena lak tunggu sampai esok pagi. Ngko plak ada anak kecil, boleh je berehat di Tune Hotel ni untuk kadar semalam. Hmmm… menarik tu! Sebab aku pon ada anak kecik… Sekarang dah nak masuk 9 bulan dah. Lasak kemain oiii… ehemmm… hehe… Selingan kejap... heh heh...

Nak tengok jugak apa kemudahan yang ada kat Tune Hotel ni kan? Meh aku share sikit lah…

Antara kemudahan yang tersedia jika kita menginap di Tune Hotel ni kan, pertama sekali dah tentulah pilihan bilik. Selain daripada itu, katil yang bertaraf 5 bintang disediakan untuk pengunjung sekelian. Ditambah lagi dengan adanya televisyen untuk hiburan, khidmat wifi percuma, pancuran air panas untuk menyegarkan badan. Bilik dah tentulah ada penghawa dingin. Mineral water juga ada disediakan di dalam bilik hotel untuk menghilangkan dahaga.

Breakfast? Haaa… yang ni bergantung pada pakej. Ada pakej bilik yang menyediakan sarapan pagi. Ada pakej bilik yang tiada khidmat menyediakan sarapan. Tapi tak payah ler risau sebab kalau perut terasa lapar… di lobby Tune Hotel ni ada restoran yang menyediakan sajian enak untuk kita. Pilih saja mana yang berkenan dihati, yang teringin di tekak.Tak kisah la kita ni suka sajian asia ke... atau western ke... Pilih saja. Restoran ini dibuka selama 24 jam setiap hari. So kalau ada yang transit di Klia2 tengah malam tu, ada la makanan untuk dijamah buat alas perut.

Hmm… sedang elok dah tu kan? Boleh la booking! Ni haa… korang kalau berminat nak booking, boleh ler booking di Tune Hotel Klia2 on Traveloka. Dengar kata Traveloka ada bagi diskaun kalau kita jadi ahli. Login je... dah boleh dapat 25% OFF!

Hahh… Lupa nak kenalkan tentang Traveloka. Traveloka ni adalah salah satu syarikat yang menyediakan khidmat tempahan tiket kapal terbang dan hotel di atas talian ( booking online service ) yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh Traveloka, adalah sangat mudah untuk kita mencari hotel dengan harga yang berbaloi. Antaranya termasuklah tempahan untuk berehat di Tune Hotel Klia2 ni.

Mudah dan menarik kan? Semua di hujung jari. Tak boleh booking gunakan laptop atau pc, boleh je booking bilik di Tune Hotel Klia2 ni melalui aplikasi Traveloka di telefon bimbit. Pssstt... nak rasa cuti setahun, boleh je... Hari ni booking, check-in pada 31 Dis 2017... check-out pada 1 Jan 2018... haha...

Apa pun, sebelum terlupa... Selamat Tinggal 2017... Selamat Datang Tahun 2018. Semoga azam tahun 2017 korang tercapai. Tahun depan boleh mulakan dengan azam baru. Wish untuk diri sendiri jugak sambil – sambil sekodeng Traveloka. Boleh buat hebahan dekat kawan – kawan pasal Tune Hotel Klia2 ni. Diorang pon rajin travel melalui Klia2 tu. Kadang – kadang lewat waktu ketibaan kan. Sesuai sangat aku rekomenkan kat diorang.. haha

Hmm... Teringat kat Cik Guyu. Dia pergi bercuti ke Jepun awal tahun hari tu. Masa ketibaan di Malaysia dah lewat malam. Kalau takde sape dapat jemput dia di Klia2 masa tu, aku suruh je dia bermalam kat Tune Hotel ni dulu. Tapi mujur lah Cik Jijah ada masa tu. Aku memang tak dapat amik dia masa tu sebab aku tengah berpantang selepas melahirkan my the only one princess.. hehe…

Ok bye!

Rabu, 27 Disember 2017

Kadang - kadang kesepian itu ada baiknya...


Perghh.. Lama tau aku tak buat blog walking. Biasanya aku cuma sempat singgah menyinggah mana yang dapat je. Kadang - kadang bila aku nak cari info tertentu, aku jengah la blog yang ada info yang aku nak tu. Kalau tak, just baca latest update je.

Hari ni terserempak ngan blog Maria Elena dan aku terjumpa entry dia tentang 'Loneliness is good'. Cerita tentang rasa kesunyian tu menarik minat aku.

Sama la jugak macam aku. Walaupun anak - anak dah berderet. Yupp... 4 orang ( najmi cakap orang tu as 'owang'! Semalam aku dengar dia mengomel kat abang dia dan dia sebut... owang! comelnyaaaa... πŸ˜πŸ˜˜)... Ada masanya aku akan terasa jugak. Perasaan sunyi tu kadang akan datang  walaupun kau sedang dikelilingi oleh gelak tawa, jerit pekik anak - anak. Walaupun bergegar - gegar 1 rumah dengan suara anak - anak, bila sunyi tu nak datang... ia akan tetap datang!

Dari perasaan sunyi... hati jadi sebak! Kadang rasa macam kosong! Pulak dahh... 

Betul! Kadang terkena macam tu... Pastu mula lah rasa tak dipedulikan... Rasa tak dihiraukan... rasa TERPINGGIR!

Macam - macam lah... tu yang hati boleh jadi sebak... biasanya aku atasi dengan istighfar... Kepala ni dalam masa yang sama cuba ingat segala nikmat yang Allah dah bagi dekat aku. Banyak nikmat Allah untuk aku tapi kenapa hati rasa sunyi macam ni. Kadang tertanya - tanya... tak cukup bersyukur lagi ke aku? Kenapa?

Kenapa? kenapa? dan kenapa? diri sendiri pon kadang tak dapat nak jawab. Acaner tu?

Bila tak tertahan... kadang terlepas jugak marah ni kat anak2. Minta maaf ye anak2... Kadang - kadang mak kamu ni lolos dalam mengawal emosi. Nak elak macam tu, perkara yang terbaik lah aku boleh buat, baring diam diam. Cuba tenangkan hati. Kalau rasa sunyi tu datang time dah nak masuk waktu solat.. haaaa... bonus tu!

Lepas solat... nangis puas - puas kat sejadah tu. Nangis puas - puas... kadang mulut kelu nak memohon doa sebab hati rasa terlampau sunyi. Sebak akan datang sendiri.Maka tangisan jadi ganti. Nangis ler sampai hati lega sambil tangan tu menadah ke langit. Dah lega baru la berdoa. Masa tu hati dah rasa lapang. Lega...

Lepas tu, pi la bergumpal ngan anak - anak. Layan kerenah diorang. Chill!

Dan lepas ni boleh la kenang - kenangkan pesanan Maria Elena ni :


"If you're feeling lonely, left out and perhaps irrelevant, know that it's the only way we can learn to control ourselves.
If Allah doesn't present this "loneliness" to us, we probably gain more sins (nauzubillah min zalik), so maybe loneliness is not so bad!"

" Jika kita rasa kesepian, terpinggir dan rasa tidak releven, ketahuilah itu adalah satu - satunya cara kita boleh belajar untuk mengawal diri kita. Kalau Allah tidak persembahkan "kesepian" ini kepada kita, kita mungkin akan mendapat lebih banyak dosa ( nauzubillah min zalik ), jadi mungkin kesepian tidak tidak begitu buruk! "



Note : 

Bila hati itu rasa kesunyian, kesepian... berdoa lah, menangislah... Allah Maha Mendengar! Boleh jadi Allah rindu untuk mendengar tangisan dan rintihan kita, maka rasa itu dititipkan ke dalam hati kita supaya kita ingat pada-Nya! Wallahu'alam...



Selasa, 26 Disember 2017

Terdengar suara orang bercakap

Ni kisah office mate aku lak sebelum kes akak cleaner tu rebah depan bilik air cond.

" ngko tak tau... Meremang bulu roma aku dibuatnya. Tetiba je aku dengar orang bercakap..."

Haaa... Brader ni sesekali kerjanya kena tutup pintu pejabat. Kadang tu ada staff yang terus balik je. Takde la reti nak rajinkan tangan pi tolong tutupkan semua suis lampu kat floor masing - masing... 

Atau... 

Diorang takut sebenornya... Hehe... 

Opis aku ni leh tahan juga 'keras' nya. Tapi tak ler selalu. Nasib ler sesiapa yang terpilih tu kan... Kadang dia main tunjuk kelibat je... Kadang dengar bunyi je... Kadang... Dia main bau plak... Macam2 la... Ish ish ishh...

So petang tu macam biasa lah... Brader ni tutup pintu sambil tu dia kena tutup mana2 suiz yang masih belum ditutup. Bila lalu je kat 1 tempat ni, tetiba dia dengar orang bercakap - cakap. Terus meremang bulu tengkuk dia...

" iye... Tetiba aku dengar orang bercakap. Padahal aku sorang kat situ. Orang lain dah balik."

Wahh... Saspen! 

" abih tu? wat apa? lari ke? "

Aku dah gelak - gelak je dengar...

" Takkk... Aku tengok atas kepala, rupanya tv tak tutup!"

Cerghh... pwffttt!!! Rasa nak carut je...   

πŸ˜‘πŸ˜€πŸ˜…πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Sabtu, 23 Disember 2017

Kisah cleaner rebah di depan bilik aircond pejabat

Kesian kat akak cleaner tu. Pagi semalam orang jumpa dia pengsan betul betul depan pintu bilik aircond kat opis tu. Padahal sebelum tu senior aku jumpa dia, elok je. Siap mintak cif  tolong bukakan pintu sebab dia takde pass keluar-masuk elektronik tu. Cif kata akak tu masuk sengsorang je. Dalam kul 7 pagi camtu... Awal lagi. Mana de orang pon kat tempat dia nak masuk tu.

Tak lama lepas tu, cif kata de pegawai jumpa akak tu dah rebah depan bilik aircond. Nak kata pengsan, tak plak... tapi katanya, badan akak tu lembik semacam. Alahai... Kenapa kak?!

Wak yang tawarkan air untuk akak tu cakap yang akak ni lemah semangat. Terkejut gara - gara terserempak ngan lembaga 2 beranak masa buka pintu bilik air cond tu. Huhuhu... Lembaga 2 beranak? Wak tu nampak ler kot '2 beranak' tu... Akak cleaner tu dah dijemput balik. Suami dia datang amik. Longlai betul badan dia sampaikan terpaksa berpapah. Nak tekan tipon pun tak berdaya katanya. Nak bercakap pon tak larat. Acaner tu? 

Tak dapat la nak tanya akak tu cerita yang sebenar. Suami ehh terus amik dia bawak balik. Berubat la kak... Pulihkan balik semangat tu. 

Ni first time aku dengar de orang pengsan kat opis disebabkan 'lembaga' ni. Sebelum ni biasanya diorang jumpa kelibat je. Stakt meremang bulu roma... Dengar dengar bunyi... Tu biasa. Lum la sampai pengsan gini. 

Sabar la kak ye... Pejabat kitorang memang ada. Bilik aircond tu memang dah jadi tempat bertandang 'diorang'. Agaknya '2 beranak' tu pon sama terkujat gak masa akak tu buka pintu. Aihh... Tak tau la... Aku stakat ni nasib dengar bunyi je... Kalo nak tunjuk rupa tu, ish ish ish... Tak payah ler... Jangan ler ngko tunjuk... πŸ˜‚ 

Bukan aku je seram, de brader sorang ni... Muka je ganas, dengar je citer camni... Tak jadi dia nak tutup pintu pejabat. Rela dia bagi kat member. Yang member tu plak, suka tak suka... Terpaksa la keringkan hati... Hahaha... Seram!!!  


Beruk mak yeh niiii... Bukan la sengaja nak dera dia jadi macam tu. Tapi ada sebab... Nanti aku cerita di entry lain yer.. πŸ˜‚... 

Selamat berhujung minggu... Selamat bercuti... Bye! 


Selasa, 19 Disember 2017

Mana entry baru?!

Mana entry baru kau ni makcik?! πŸ˜…

Assalamualaikum warahmatullah... Ya habibi ya maulana... Apa khabar enta enta semua... Ada sihat ka? ( terbayang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cakap slang arab! Al-Fatihah untuk allahyarham...)


Itu... Bukan majlis hari jadi anak aku... Majlis hari jadi anak orang. Takde kena mengena dengan aku... Tapi nenek pada birthday boy ni kenal mak ayah aku... Apak pada birthday boy ni sekampung ngan aku. Tapi... Aku tak kenal... No no no... bukan neneknya yang jemput aku datang makan ni... Apak pada birthday's boy tu yang ajak... Bukan kat aku tapi kat husband aku... Hmmm... confiused?

Apak birthday boy tu kawan husband aku...

Petang kelmarin husband cakap nak pi ronda2... Ending nya kat majlis ni... Ish ish ish... Jalan2 nak pi cari rumah birthday boy ni rupanya...

Ok... Selingan je tu...

Gian nak update blog tapi aku busy lah... Hari tu seminggu aku balun cuti rehat tahunan. Barang stor baru amik, belum sempat agih lagi tapi aku dah cuti. Nak amik stok awal2, kenderaan pulok tak dok... Nak dekat cuti baru dapat driver... Jadi, segalanya tak sempat.

Dah balik cuti seminggu, Amie lak demam... 3 hari je aku keje, 2 hari lagi e.l... Pon sama gak... Tak sempat selesaikan agihan stok. Aku kena cuti... Hati tak tenang nak buat kerja bila anak tak sihat ni kan?  Amie demam dekat seminggu. 3 hari tu aku kentalkan hati nak siapkan kerja... Dah cek darah hari ke 3 tu. Alhamdulillah... Bukan denggi. Elok je demam, husband trimmed rambut Amie... Dah makin nampak cam gegirl... Masa amik darah kat klinik, nurse tu panggil dia kakak... Hehehe...

Ni Opal pulak yang demam. Jangan sebab jangkitan kuman udah ler! Mulut dia kan de pakai pendakap gigi... Cuti seminggu tu de tragedi terjadi kat gigi dia... Tu entry lain la story moly ehh...

k... bye!





Khamis, 9 November 2017

Shopping buku untuk anak2

Final exam anak2 dah lama selesai. So sepanjang masa 2 minggu ni, dorang bawak balik kertas peksa masing2. 

Payel... aku lum risau sangat. Baru darjah 1. Result peksa dia pon masih tahap cemerlang lagi. Yang aku risaukan ni, si Opal. Result dia memang selalu jadi masalah kat aku. Kalau nak dibandingkan dengan Payel, result Opal memang jauh sangat bezanya. Huhu

Tu budak arrr... boleh je dapat result best tapi arrr mesti kena betul2 pantau dia study maaa... Kalau tak arrr... ke laut la result dia. Aku dah pernah test masa dia exam akhir tahun darjah 3. Masa ni memang aku betul2 pantau apa yang dia patut ulangkaji... apa yang patut kena baca... review sama2. aku siap printkan soklan tambahan untuk dia, suh dia duduk ngan aku buat sesama.

Gigih masa tu walaupun dikacau kat Amie... Adeihh... budak tu kecik tu arrr.... slalu bikin hati mak dia ni geram tau... ada je 'keje' yg dia buat time aku tengah ulangkaji ngan Opal. 

Tapi alhamdulillah... ada kesannya bila aku sama2 duduk ngan Opal buat ulangkaji. Result dia lebih baik daripada exam yg lepas masa tu. Leh kata berjaya la sebab Opal mampu naik kelas. Kalau x, tetiap tahun dia kat kelas tuuuuu je.

Tu masa darjah 3.

Tahun ni... aku biarkan Opal ulangkaji sendiri. dari awl, pertengahan ke hujung tahun... taaaapi, tu la... drop down balik result dia... ayyoyoyooo...

Anak nan sorang memang nak kena pantau betul2 la.. tak leh dibiarkan ulangkaji sendiri dah. Ni dah nak naik darjah 5 tahun depan. Tinggal setahun je lagi dia nak tempuh UPSR ( kot la masa tu ada lagi exam tu... )

So... nak kena jugak buat latihan kat rumah. Kena la cari buku - buku latihan yang sesuai untuk Naufal. 

Owhh... kat web Bookcafe akan sale tak lama lagi. Boleh ler beli buku2 yg aku nak bagi kat Opal untuk dia ulangkaji nanti... Jom! Beli buku kat web Bookcafe. 



Selasa, 24 Oktober 2017

2 kali salam daaa...


Tu jagung manis... De staff dari FAMA jual kat pejabat. Asalnya malas nak beli, tapi teringin gak nak rasa. Beli jugak la... Tu pun lepas Shida jual bahagian dia sikit kat aku. Haha... Stok yg staff FAMA tu bawak tak mencukupi. FAMA manaaaa? FAMA Pilah!

Memang sedap! Manis!

Hah... cerita semalam. Tengah hari tu masa amik Payel dgn Opal, aku tanya payel... Pagi tadi tak salam mak ek?

Payel senyum... Ada la mak! Salam la tadi....

Laaa... aku mati2 ler ingat dia monyok sebab tak salam ngan aku pagi tu. Fine! Legaaaa... Tapi malam tu aku tetap minta maaf kat Payel dgn Opal. Sebab malam tadi aku tak sengaja terjerit kat diorang berdua. Aku stress pasal hal lain... Dengar lak Jannah nangis tak berhenti. Masa tu lak aku tengah 'berperang' ngan kuali dan sudip kat dapur... Kepala pulak tengah serabut, hati tengah sedih... Memang tengah down sgt, dengan tak sengaja... aku terjerit kat diorang berdua... Ya Allah... istighfar aku byk kali lepas terjerit tu... 1 badan menggigil menahan marah.πŸ˜₯ 

Ye... aku banyak memendam rasa sebenarnya... sampai ke hari ni... bila terlampau tertekan, aku jadi menggigil 1 badan ( ni sejak aku pantangkan Jannah! )... 

Menyesal sebab aku dah janji dengan diri sendiri nak kawal perasaan ni. Tapi malam tadi terjadi lagi...πŸ˜₯

So... lepas dah lega tu... aku peluk Payel... sebab dia yg menangis masa aku jadi macam tu... Dia kecik hati ngan aku la tu... being mak, kalau dah buat salah kat anak... tetap la kena minta maaf...😒

Aku bukan mak yang terbaik... tapi aku nak diri aku ni jadi mak yang baik untuk anak2... 

Okay... tu malam tadi punya cerita. Bangun pagi ni Payel ok... Cuma lepas siap pakai uniform sekolah, masa nak tenyeh minyak rambut... aku tengok dia terlelap ngan minyak rambut Pomade kat tangan. Awal dia siap hari ni. Tak macam semalam, sampai kena leter! πŸ˜

Sampai kat sekolah, aku salam dia dulu. Lepas tu baru salam Opal... Payel masa tu dah jalan ke depan sikit, tetiba dia patah balik.

Knape?

Nak salam mak la... Tadi belum salam!

Dah salam la tadiii...

Belum la mak!

Hahaha... adakah penyakit terlupa aku semalam dah berjangkit dekat Payel pagi ni? πŸ˜


Takpelah... Aku layankan sambil lap muka dia yang bercapuk ngan bedak! Muka Opal pun bercapuk gak tadi... aku lap kan jugak... hehe...

Dan... aku pegi keje pagi ni dengan muka tak siap! Takde bedak, takde tepek krim pape kat muka. Redah je!😁

Isnin, 23 Oktober 2017

Pagi Isnin Yang Serba Terlupa

Ayyooohaiii... kecoh betul pepagi kat pejabat ni... Penat aku tengok bapak - bapak orang ni... Penat gelakkan pun ye jugak... πŸ˜‚ Tu tak abih lagi... dari dalam bilik opis aku ni, membawa keluar pintu pejabat tu haaa... kecoh!


Sebenarnya pagi ni memang aku perlukan terapi macam ni. Sebab otw pi kerja tadi macam down sikit. Terkenangkan anak sebenarnya...

Pagi Isnin yang serba terlupa... nampak tak tajuk tu... de 2 perkara hari ni yang aku terlupa dengan tak sengaja...


Yang pertama...

Susu anak... terlupa nak hantar ke rumah pengasuh... Padahal dari malam tadi sampai ke bangun pagi tadi, aku masih ingat... sampai je rumah pengasuh... susu tertinggal! alaaaaaa... punya la beria dok ingat dalam kepala, sudahnya... masa hantar anak ke rumah pengasuh, susu takde! Kena lah patah balik pi amik stok susu Najmi ngan Jannah kat rumah. So, 1 masalah keterlupaan aku dah selesai... 


Yang kedua...

Keterlupaan yang ni buat aku down... Mood nak sarapan pon ke laut ni. Hari ni Naufal dengan Nufail ada peperiksaan akhir tahun. Pepagi tadi masa gosokkan baju sekolah dorang berdua, aku dengar Nufail mengigau tah hape... So, aku kejut dia terus. Mandi dulu sebelum Naufal bangun. Masalahnya... Dia bangun dulu, dia mandi dulu... tapi yang siap dulu, yang ke kereta dulu, si abang dia... Naufal!

Dah tentu tentu lah kena leter ngan aku... biasa tu... mak ngko ni meleter bukan sebab marah, tapi risau... kang lambat ko ke sekolah kang... 

Sebelum masuk kawasan sekolah, cam biasa lah... salam cium tangan semua... kat sini yang aku terlupa. lepas pastikan diorang dah masuk kawasan sekolah... aku berdesup plak hantar Najmi dengan Jannah pi ke rumah pengasuh. Masa ni aku terasa macam de benda yang kurang... Teringat Nufail berjalan nak masuk ke kawasan sekolah tadi macam lesu... Lemau tak bersemangat... dah kenapa? Pikir punya pikir... baru la aku perasan... yang tadi dia tak salam cium tangan aku pun... aku cuma wish good luck kat Naufal je... Padahal Nufail pon de exam gak hari ni... Aloloh... sedihnyaaaaaa.... πŸ˜₯. Patut la air muka dia mendung je masa nak masuk ke kawasan sekolah... Kesiannya Nufail... 

So... aku WhatsApp cikgu Nufail... dengan harapan cikgu sampaikan la pesanan aku ni kat Nufail... ( tapi idak ler terlalu berharap... mane lah cikgu sempat nak tengok WhatsApp masa kelas dah mula ni kan? hehe )

Tapi memang aku lupa sangat, aku ingat dia dah salam dengan aku sebelum Naufal... Dah la sebelum tu kena leter kat aku... dah tentu tentu la lagi dia sedih... Kesiannya... alahai...😒

Semoga Naufal dengan Nufail berjaya dalam peperiksaan akhir tahun ni... Amiinn... Balik kang aku peluk la dia... huhuhu... kecian anak aku!



Note :

Mak korang ni banyak dah terputus urat... pastu banyak nau tertelan semut... hehehe... ade je yang terlupa...😩.

Rabu, 4 Oktober 2017

Jangan dengki dengan kasut merah aku boleh tak?

Ni la sejak semenjak ni selalu kena bahan kat member sepejabat... hahaha... 

Jangan ler dengki! Aku pakai kasut merah pun salah ke? πŸ˜

Nak buat camne... dah tu je kasut yang de... yang sesuai dipakai time aku merempit pi - balik opis... Bukan takde kasut lain... Adaaa.... tapi semua highheel... termasuk la kasut keje aku... Aku dah try dah ritu rempit ngan kasut keje tu, alah..... tersangkut - sangkut la masa nak tukau gear!

Terhegeh - hegeh ghasanya! Dulu de kasut lain, tapi tu la... dah mereput! Asyik kena lenjan je, so tinggal la yang kasut yang merah tu... Tapi kan, sebenarnya... aaada kasut sport... yg tu aku simpan elok dalam kotak... tak rasmi pon lagi. Yang tu tak mo la pakai pi - balik keje... 

Nawaitunya nak pakai berzumba dalam rumah je... hahaha... angan2 tu camtu lah... tah bila nak jadi kenyataan tu... tah la... ko jangan tanya lah... hehehe...


Tu haaa... menyala!!!

Chantek thak?? πŸ˜

Fine... pasal dia menyala sangat ehh... tu yg dorang suka bahankan aku tu... kih3... suka hati korang lah... ada aku kisah? biasa kalau diorang mengusik, aku jawab balik... de masa tertentu je yang aku tak jawab... aku gelak je. Tak koserrrr nak layan... hahh!

Tu satu hal... Ni lagi 1...

Bila aku parking camni...


Ye... menyonsang! 

Brader2 ni membahan jugeekkkk!

Kata dema,  "Motor ngko de gear reverse ke?"

Kuang ajau tau tu! hahaha... Aku ye kan je... memang motor aku de gear reverve bang! ngko ingat keta je ke de gear reverse? Keje membahan je dorang nih... Hadeiihh... Sabar je lah!



Ni 1 mende lagi...

La ni musim ujan kan? 

Memang masalah sikit kat rider cam aku ni... Nak2 lagi, baju hujan je yang aku bawak... seluar aku tinggal kat rumah sebab dah pecah celah kelengkang... Kejadian tu terjadi masa orang rumah aku yang pakai... Apa? suami pon boleh digelar orang rumah gak ler... 

Kang de la yg rajin tanya, " ngko bawak motor ke kereta hari ni? "

Motor... why?

Jawab brader yang sorang ni kang... " ko bawak motor? hujan ler balik kang!"

Busssuk punya orang... hahaha... Jangan ler... Kembang kang kasut merah aku!!!!!



Note :

Motor baru aku kena sondol otw balik kerja... huwaaaa.... nasib baik ler tak teruk... tapi renggang sikit la lampu signal blakang... Aku dah sampai sekolah anak baru cek keadaan motor... kena kat kuil tak jauh dari sekolah anak tapi aku tak berhenti kat situ. Masa nak keluar simpang. Apa tak sabar punya cik kak tu tah.. Dia belakang aku... Gen2 ( kalau tak silap ler ) kaler light blue. Tetiba rasa cam motor aku kena tolak dari belakang... perlahan je tapi motor tetiba rasa berat kena tolak...

FYI... orang umah den tak tau! shhh.... maleh nak citer...πŸ™‚


Rabu, 27 September 2017

Menang peraduan anjuran FITTI... alhamdulillah!

Bismillah... Jangan dilupa... Jadikan amalaan... Hee ( pesanan untuk diri sendiri... πŸ˜˜)...

Cerita ni dah lama aku peram... Tunggu de masa je baru dapat publish untuk kenangan kat sini... 

K... kisahnya gini ye...


Masa tengah sarat pregnant tu, de la Cik Jijah cadangkan aku join contest... bukan Cik Jijah je. De officemate pon cadangkan macam tu gak kat aku. Suruh aku join contest ni. Kata depa, cuba je la... kot de rezeki plak nak menang hadiah... Try je la... Time tu mood aku jap ok, jap kelaut... Ye, tengah stress masa tu... Ada betul gak... dari layankan rasa stress aku ni, baik ler aku join contest yang de. Orang yang buat aku stress ni tah bahagia ke hape tah... aku je yang makan hati lebih... Watpe kan?

Fine..!


Ni kebetulan jugak ni. Aku masa tu minta suami belikan lampin pakai buang untuk Amie sebab stok yang de dah tinggal seciput je. Nak tak nak kena gak beli lampin pakai buang tu awal sikit dari hari gaji. Korek ler duit yang de tu buat beli lampin tu.. hehe... Ehh... duit lauk dah asingkan... so... even dah hujung bulan pon, tak ler risau pasal duit lauk...


Kebetulan jugak ler ni last aku beli lampin direct kat kedai. Sebab lepas2 tu aku beli online je... tau tau dah sampai depan pintu tu.. haha... senang kan? 


Kebetulan sebelum tu aku de terbaca iklan pasal peraduan bersama FITTI ni... 


Tapi aku tak ler suruh suami beli lampin jenama ni. Tak teringat langsung lah... asalkan ada je lampin untuk Amie pakai, da kira ok lah tu... 

Masa nak buang resit pembelian tu ler baru teringat pasal peraduan ni... Tu pon dah koyak sikit resit tu dah... buka balik... amik ler gambar resit tu, anto ler siap bagi nama, no. ic ngan jawab soklan. Owhh... aku anta via WhatsApp je... Kat hati ni just niat... dapat hadiah duit ngan lampin tu pun dah syukur dah tu... 

Lepas tu resit tu aku simpan je kat meja makan lama aku yg tak berpakai dah tepi dapur tu. Stakat jadi tempat letak barang  je situ.

Kebetulan masa tu de peraduan lain gak... Hadiah utama pon motor... errr... Vespa... wallahh... aku minat betul ngan vespa... Haha... so aku aim nak menang vespa je masa tu... ( memang lepas jual skuter aku tu, aku wish kat suami... nak Vespa! hehehe )

Tiap bulan tu sampai ler tarikh tutup peraduan, de gak aku jengah keputusan untuk hadiah bulanan. Kot la de rejeki nya kannnn... πŸ˜


So? Ada ke? Menang tak? Huhuhu... takde pon namo den! Semuanya nama orang lain... sampai dah sebulan la peraduan tu tamat... tengok kat senarai bulanan tu tetap takde... hmm... takpelah... bukan rezki kot... Pehtu saje la cek kat senarai nama hadiah utama...


Ehh... Cam nama aku... tapi... nama tu tak complete... haha... so... aku anggap bukan aku punya. Mungkin orang lain punya nama... kebetulan sama je kot tu... tapi sempat la aku snapshoot pehtu send kat cik Guyu n Cik Jijah... tambah caption, ' kalau lah betul nama tu memang nama aku... kan syiokk '... dorang gelak je... sabar je lah long! kata dorang... hahaha... so... silent camtu je lepas tu...

Sampai la de orang call aku. Beberapa hari sebelum tu banyak plak unknown number yang call aku... semuanya wrong number! Dah ler time tu aku kat dalam tandas... memang tak dapat ler aku nak jawab call tu... selalu yg suka jawab call masa dalam jamban ni, orang lelaki je... hahaha... betul tak? betul tak? orang pompuan tak lalu nak jawab call lam jamban... kannn? kann? kannn? hehehe...


pehtu aku dapat mesej dari nombor yg call aku tu... katanya 

" Kepada Pemenang Utama bla bla bla........ pihak bla bla bla... akan hubungi anda... bla bla bla..." 

OMG!!!! masa tu aku otw nak pi jengah anak kat sekolah. Ye la... tengah lunch hour masa tu. Nak berdesup nganta beg KAFA anak2 aku. Aku terus WhatsApp kat Cik Guyu ngan Cik Jijah dulu... kat hati berdebar dah... terus teringat nama yang sejibik nama aku tu...

Laaaa.... memang nama aku rupanya... hahaha...


Rezeki... alhamdulillah... aku gitau suami... Dia pon macam tak percaya je. Dia suruh aku call, Cik Jijah ngan Cik Guyu pon suruh call balik nombor tu... masa tu tengah bz teman anak2 makan ler... tak sempat nak call pon... wakil FITTI tu dah call balik...

Confirm!!!

Memang tu nama aku... haha... nape nama tu tak penuh? sebab masa aku submit ke diorang pon aku letak nama aku je... lupa nak letak nama penuh... binti sape tu aku lupa nau nak letak... tak cek betul2 masa tu... terus submit je... dah 2 bulan kot keputusan peraduan tu keluar baru aku tau yg nama pemenang tu memang nama aku... πŸ˜†


Apo lae...?? Melonjak - lonjak le aku kat sekolah anak... hahaha... Opal ngan Payel dengar je aku cakap menang motor... dorang pon sama melompat - lompat kat situ... Heran budak2 lain tengok.. hahaha... Ya Allah... rezeki... rezeki! Syukur tak habih... tak sangka menang...

Brader kat opis siap ler cakap, punya la ramai orang kat Malaysia ni... nama ngko leh muncul dalam senarai pemenang tu ehh...

Haaaa.... tu namanya rezeki! Aku pon tak sangka... Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Vespa idaman kalbu tak dapat... Allah bagi yang ni... Aduhai... rezeki!


Taaa daaaa... Sampai dah!

Fuhh... dugaan gak nak menunggu motor ni sampai. Tapi alhamdulillah... selamat gak sampai kat tangan aku. Siap hanto sampai depan pintu pagar rumah lagi.. hehehe...

Aterrr... tak jadi le aku nak pi kerojer ngan motor yamaha spot tu... kih3... Motor ni ler jadi kawan baru aku... menggantikan skuter aku yang dah kena jual tu... Lepas dah gian nak bermotor semula ke tempat keje... heee...


Nota:

Payel je yang takleh terima aku menang motor ni... dia beria - ia ingat aku menang Vespa tu... hahaha... Mak tak menang ler Vespa tu... Allah bagi mak motor ni haaaa... hang takleh terima, hang punya pasai la nak oiiii... kihkihkih....




Jumaat, 15 September 2017

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk Jannah

Meh flashback balik ke bulan 7 ritu...


Tuan Puteri sedang beradu! shh...

Time dia tido camni la baru aku dapat buat kerja lain. Kalau tak, berkepit je la dengan dia. Nak mintak tolong kat abang2 dia? hmmm... Toksah ler! Bila dah balik kampung, memasing semua pandai pulak bawak haluan sendiri. Yang Opal tah kemana, yang Pa'el tah kemana... Yang Ami pun sama tah kemana... Dengar suara diorang je dok jerit2 kat keliling rumah atok...

Ehh... ni bukan ler kenduri khas untuk Jannah, tapi kita join ngan mentua aku punya kenduri doa selamat. Kita tumpang sekaki je... Kenduri doa selamat ni niat mentua jugak sempena diorang nak berangkat ke Mekah tahun ni. Alhamdulillah... dua2 dapat pergi. 


Asalnya nak buat ngam Jannah umur 4 bulan ritu 5 Ogos. Tapi sebab flight mak abah terpaksa diawalkan, so... kenduri on pada 28 Jul. Kebetulan, sehari selepas birthday Opal... hew hew...

Otw blik rumah mentua tu, sempat la beli kek untuk Opal.


Tu dia punya kek. Happy birthday yang ke - 10 patutnya. Tah nape la leh jadi ke-6 tahun plak tu... πŸ˜…


Orang suruh dia potong kek, tapi dia buat muka bonyok plak... adeiihh... merajuk ke hape tah masa ni. Diusik - usik kat akak sepupu dia, langsung bonyok! haha... Tu suh amik gambo ngan kek pun... pannnjang muncung! πŸ˜‚

Selamat hari lahir ke- 10 tahun Opal... semoga terus menjadi anak yang baik, yang soleh... inshaallah...

Lilin tu sekadar untuk bergambo je. De yg tegur, katanya tak elok tiup2 lilin ni. OK... kita buka kipas la... biar lilin tu padam sendiri... hehe... takdelah, tiup gak la sebab nak bagi lilin tu padam lepas sesi bergambo... takde la nak ngikut omputih siap ber- wish segala bagai tu...


Sepotong untuk aku... cukup ler... blueberry cream nya tu manis sangat. Tapi kek dia sedap... Lembut! Dapat pekena ngan kopi O ni memang ngam... 


Tambah sedap makan reramai, depa sesama sepupu sepapat ngadap. Selingan sebelum Majlis Doa Selamat untuk sok paginya... Baru la diorng dok diam, kalau takkkk... riuhhhhh! Mentua aku ramai dah cucu... ni yang balik baru sebahagian. Tu pun dah riuh rendah...


Ni aktiviti petangnya tu. Sehari sebelum kenduri doa selamat. Abah yang sembelih kambing tu. De 3 ekor semuanya. 2 lagi, abg ipar aku yg supply. Kerja melapah, serah kat suami aku ngan de la 2 - 3 orang lagi yang datang tolong.


Sebelum balik umah mentua ni, suami de cakap yang mentua aku nak buat cukur jambul untuk Jannah sekali. Tapi lepas tu macam senyap je. So ingatkan tak jadilah kan... Aku pun buat relaks je la... Skali tu petang dorang tengah lapah kambing tu la mentua aku cakap lagi. Dia nak gak buat cukur jambul Jannah...

Ngam pagi sebelum start bacaan doa selamat tu baru kitorang prepare bunga rampai, cari kelapa... Beras kunyit je, Kak Wani ( biras ) dah sediakan awal. TQ kak... Dia dengar je mentua aku nak buat cukur jambul, terus dia rendamkan beras ngan air kunyit. Sok pagi tu dia dah siap toskan... Terbaik la kak!


Wefie ye?!

Disebabkan last minit baru confirmkan ngan mak pasal cukur jambul tu, maka... pakai je la gaun yang ado tu dik! Tak dapat la nak pakai gaun princess yang cecantik tu masa cukur jambul dia... huhuuuu...

Tu pun tak ramai yang cukur jambul dia. Atok je yang cubit sikit. De la setompok kat atas kepala tu yang gonjeng... yang lelain tak sampai hati nak gunting rambut Jannah yg tak berapa nak ada tu.

Tak tau le nape rambut dia lambat nau tumbuh. Masa berbaru lahir tu rambut dia lebat la jugak. Tapi lepas kena cukur hari ke-7 tu, sampai hari cukur jambul tu dibuat... rambut segitu je weihh...


Alhamdulillah kenduri berjalan lancar... lega dah... Semua empat anak aku dah selesai buat aqiqah. Jannah pun dah selamat aku khatankan kat klinik swasta. So... settled lah... tinggal nak buka kan akaun bank untuk dia je. Tapi kena tunggu umur dia 6 bulan. ASB ler... Bank lain tak tau la...



Note : 

Aqiqah untuk anak perempuan : sekor kambing atau 1 bahagian lembu

Aqiqah untuk anak lelaki : 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu.

Khamis, 14 September 2017

Minggu UPSR

Hujan rahmat pagi ni... alhamdulillah... mudaha - mudahan ada pertambahan rezeki dan berita - berita mengembirakan untuk semua... inshaallah...

Minggu ni budak2 darjah 6 struggle exam kan? UPSR...

Owh... anak2 aku belum... giliran diorang lambat lagi. Opal tu inshaallah ada lagi setahun... Tu tak tau la camne dia ngadap UPSR tu nanti...

Sempena UPSR ni, adalah murid2 yang dicutikan. Macam anak2 aku gak ler... Opal dah dicutikan hari Isnin ritu... Ni si adik plak, Pa'el... Seronok dia... dapat tengok kartun puas2... tak payah berebut ngan Opal... ek ehh... πŸ™„

Ni aku dapat dari WhatsApp...


Kesian gak bila baca pasal ni. Boleh bayang ler camne diorang rasa. Paper 1 dah senang, masa tu semangat dah tentu berkobar2 utk paper 2. Tetiba... katanya.. soklan paper 2 tu lagi susah. Hai laaa...

Yang siap nangis - nangis tu... sensorang plak... Dik, sabar lah ehh... 

Ni baru UPSR... baru permulaan... tu belum PT3 ke hape semua tu...

Aku tau, de mak ayah yang nak anak berjaya... mesti nak straight A... Sikit sebanyak, harapan mak ayah tu jadi bebanan untuk anak2 sekecil ni... ye... diorang baru 12 tahun. Masih kanak2 lagi... tapi kena struggle kaw - kaw just utk A...

Pagi pi sekolah, tak cukup dengan tu... kelas tambahan pulak. Nak pastikan anak2 ni cukup bersedia utk menghadapi UPSR... dengan homework lagi nak disiapkan... de mak yang mengadu kadang tido pun lambat.. sampai 1 pagi kadang. Homework kadang bukan sikit2... anak2 dah penat... tapi minda dah set, mesti nak kena siapkan... alahaiiii... itu dah jadi macam bebanan.. sedar atau tak je...

Takpe lah dik..!

Lepas UPSR ni, ajak mak ayah pi release korang punya stress... Apa je result yang keluar nanti, if berjaya... then TAHNIAH... If not... Jangan putus asa... Jangan down sangat... teruskan belajar... ada banyak peluang lagi untuk berjaya... Tak dapat straight A dalam UPSR, tak bermakna korang tak boleh berjaya bila dah dewasa nanti... Yang penting... USAHA dan RAJIN..! JANGAN PUTUS ASA...

.............................................................................@@@@.......................................................................

Teringat zaman aku UPSR dulu... pagi sekolah macam biasa, petang sambung plak kelas tambahan... jap lagi Cik Jijah muncul depan pintu kelas hantarkan bekal tengah hari aku.. haha... 

Kalau takde kelas tambahan... berkejar la ngan basikal mak aku tu ke sekolah agama... sambil tu sempat la tengok simpang nak balik rumah ( dalam hati... lapar mak! )... tapi kaki ni laju je kayuh basikal tu sebab nak sampai sekolah agama cepat... jauh gak... sekolah biasa tu 2km dari rumah... sekolah agama ni dekat 1 km dari rumah.... 

Tu memula, lepas tu... sekolah agama dah tak larat nak pi... terkejar - kejar... huhu!

Malam plak join tuisyen... kekadang rumah cikgu black out... kena tumpang rumah cikgu lain... lalu plak bawah pokok besar kat rumah tu... eiihh... member kata ada hantu bertenggek... hihiiii... nasib la aku tak nampak... yg heran tu, memasing beria2 sangat tengok kat pokok besar tu... haha...

Kadang balik lambat sebab hujan... zaman tu belum mampu berkereta... so, cikgu la anta balik... bila dah sampai rumah, rupanya ayah dah redah hujan lebat tu nak jemput aku. Kesian ayah!πŸ˜₯

Result UPSR aku? Heee... Lain kali la aku gitau... πŸ˜







Selasa, 5 September 2017

Cerita Raya Aidilfitri 2017

Sorry lah... 

Patutnya aku cerita pasal kisah aku beraya haji sebab 1 hb Sept kan Raya Haji... Tapi kisah raya puasa lum tepek lagi kat sini. Kang takde plak kenangan kang. So aku dulukan cerita pasal raya puasa aku dulu lah ek.

Thanks pada yang masih sudi singgah baca ke blog ni...

Raya puasa tahun ni aku di rumah mentua. Seronok Opal n Payel. Dapat jumpa Adam dgn Aliff... suka sangat diorang. 

Aku kan tahun ni memang cuti raya. Syiok maaa... Member lain kena mohon cuti. Ada yang dapat cuti, ada yang tak. Aku? Sah sah la tengah cuti... πŸ˜... Yess... masa ni cuti bersalin aku masih de baki lagi...ngam seminggu raya. Minggu ke-2 raya baru aku start keje.

Enjoy raya? Tak lah... Mood raya aku tahap sederhana je. Stakat niat nak bawak anak2 berjalan je... Sambil2 jadi money collectorrrrr anak2... hehe... Gitu je lah!


Acu...

Adik ipar aku... 

Selain kak Wani sekeluarga, Acu ni pon de gak. Kak Rosnah ( biras aku jugak, tinggal dekat je ngan rumah mentua ) ngan anak2 dia de la jugak datang. Sambil tolong mana yang patut, diorang jengah kambing diorang kat belakang rumah mentua aku ni.

Dear anak2, kalau nak tau... Tu Acu tengah tolong nenek bakar kuih bahulu. Sambil bakar bahulu sambil buat live video kat fb dia.πŸ™‚

De yang terhangus.. tapi yang tu kitorang suka... haha... yang cun cun letak dalam bekas... untuk tetamu. Yang hangus sesikit tu kitorang bedal sendiri. Heee... Hangit hangit manis... Garing pulak tu... Sedap!

Aku tak dapat nak tolong sangat diorang memasak masa ni. Jannah asyik nak mengempeng je... dapat tolong pon sekejap - sekejap... lepas tu berkejar plak menyusukan Jannah. Si kecik ni tak leh la dengar bunyi sikit... kejap je tidonya... kat rumah macam tu la... Lelah rasanya bila terkejar - kejar buat keje. Tahan je la sabar kat hati ni...πŸ˜”


Yang belakang tu, Aliff... pusar di kepala dia de 4!😲😲😲😲😲

Suka gambar ni... πŸ˜

Pagi sabtu tu last puasa, dapat ler aku tolong sediakan bahan masakan. Racik bahan - bahan masakan. Dapat la buat sebab pepagi camtu Jannah lena lagi. Masuk tenghari sampai ke malam, memang tak dapat dah nak tolong sesangat. Tu masa Jannah meragam je tu. Nak ngempeng sokmo!


Masa ni langit cerah lagi. Sempat la siapkan masak bahulu tu. Ni episod hari mantai la ni. Tapi yang ada kat rumah semua orang perempuan. Keluh kesah mak abah bila nak memasak. Ada kerja yang perlukan anak lelaki uruskan tapi, masa ni memasing takde. Memasing de urusan. Husband aku keje lagi. Dia tak leh cuti awal. Penyelia dia rejek... 

Alasannya... penyelia pon cuti time raya. Bukan sebelum raya, so anak2 buah pon kena ikut cam dia. Bengang tak dengar camtu? 


Acu masih dengan live video dia. Haha...

Owhh... abah keluh kesah sebab takde pembantu nak jaga lemang dia... baru aku ingat! Biasanya orang lelaki yang tunggu... Tapi kali ni memang takde... Masing2 ada keje... 

Pastu... baru je nak masak, hujan la pulak.

Lebat ngko!


Budak sorang ni asyik kena buli je ngan Payel. Asyik menangis je keje dia. Atok ngko sampai risau la dengor ngko asyik nangis je, Amie!

Lemang tu akhirnya masak jugak. tu pon lepas ujan berhenti. Opal mintak kebenaran aku. Katanya nak tolong atuk masak lemang... Ofkos ler aku bagi... Sukanya dia dapat tolong atuk. Bukannya dia nak makan sangat pun. Saje...

So... adalah peneman atuk kat tempat bakar lemang tu. Once dah masak, atuk terus cari dia. Nak ajak makan lemang. Haha... Sebab dah hujung2 tu, Opal dah berlari ke dalam. Pi tengok Jannah.

Lemang masak ngam2 masa kitorang dah berbuka. Al-hamdulillah...


Tu rambut tak berapa nak curly... Disebabkan rambut panjang dia ni, ramai yang sangka Amie ni gegurl... πŸ˜…


Nampak tak? Banjir kilat!

Tepi kanan tu kandang lembu. Air melimpah sampai situ. Tapi sekejap je. Aku dengar kat Giant Pilah tu pon banjir kilat jugak masa ni.

Mood raya aku kali ni saaaaaaangat biasa - biasa je. Hati aku dalam proses recover untuk sembuh dari luka... Kalau ditanya tahap mana luka tu... Parah! Amat parah! Sedih sangat...

Teringat de ustaz cakap, Allah uji sebab sayang kita. Makin kita sedih dilanda musibah, makin tinggi pahala yang Allah akan bagi kat kita... Subhanallah... 


Nampak tu... All purple!

Tu bukan se-mak... se-bapa tu... Tu sepupu sepapat anak2 aku tu... Dari 3 keluarga asalnya tu. Tapi bila dah memasing semuanya pakai purple... dah nampak cam 1 keluarga je dah... ofkos la... keluarga besar Saedin... Haji Saedin ( inshaallah... abah di Tanah Suci Mekah sekarang... )


Saat paling sendu... masa bermaafan!


Cam ada yang tak kena je... tah la... Semoga hatinya tu ikhlas minta maaf kat aku sebab hati aku tak rasa ke-ikhlasannya... Seakan ada rasa terpaksa di situ. Sad.. but true!

Well... raya mehh... Harus cerita. Cerita sedih? Letak tepi dulu... 


Raya pertama, pagi tu ronda dulu kat area rumah mentua. Jalan kaki je noksss... Panas terik, tapi redah je la...


Tahun ni tetiba rajin nak baju raya sedondon. Bersungguh sikit la dari tahun2 sebelum ni. Saje, aku nak hiburkan hati. Sebelum2 ni aku jenis tak kisah. Kali ni macam demand... nak kaler tu jugak... Gasak lerr... Alhamdulillah... tercapai!

Ngan capal untuk budak2 ni... semua dapat la beli. Walaupun terpaksa alter baju2 melayu budak2 ni, tak kisah ler... asalkan all purple!


Untuk Jannah pun, aku mix and match kan gaun ngan seluar panjang dia. Baju gaun dia aku order via Lazada... Light purple!

Seluar panjang tu sebenarnya sepasang ngan baju tido. Tapi tak tebal pon. Sedang elok dipadankan dengan gaun tu. cuaca pagi tu sejuk oii... Kesian Jannah kesejukan, tu yang aku sarungkan seluar tu. Tak payah berstokin bagai... Seluar tu dah ngam tutup seluruh kaki. Just nice!


Ok... up sikit gambo kat sini. Asal ehh tak mo show off... hahaha

Tudung tu tah tahun bila punya tah... De aku beli tudung purple tapi macam tak sesuai je nak dipadankan dengan baju tu. Nasib ler ada tudung ni. Tudung raya tuuu.. aku pakai time lain. Ngan baju lain.

Haaa... takat ni je la aku ingat... Yang lelain tu aktiviti biasa je... bawak anak2 jenjalan... melawat sedara mara... makan2... rendang... nasi impit... ketupat... ehhh... ada buat perjumpaan dengan waris keturunan sebelah ayah kat Sawah Ring nuu...

Gitu je lah... Sekian... bye!

Rabu, 30 Ogos 2017

Mantai Dan Ramadhan 2017

Aduihh mak... dah nak Raya Haji tapi cerita Ramadhan dengan Aidilfitri aku tak publish lagi... Entry back dated aku banyak lagi tak publish... semua terperam... ayyo maaa... ayyo paaa...


2 beradik ni buat aku naik darah je hari Mantai tu. Ngko nampak apa diorang main tu? kelapa parut aku. Tapi nasib baik ler masa ni aku dah perah habih dah santannya. Kemain 'meriah' diorang sambut kedatangan puasa kali ni...

Habis bertabur semua sisa kelapa parut tu. Masa ni aku dah siap masak dah pun. Rendang ayam... Masa ni aku tinggal ngan anak2 je kat rumah. Abah dorang kerja. Masa ni jugak aku dah hujung - hujung nak habis pantang dah ni. 

Aku tinggalkan kejap je sebab masa tu nak menyusukan Jannah. Ni pun diorang elok lagi main.  Aku pesan kat Payel tu, lepas main... kemas semua sisa kelapa parut tu. Dia a'ah kan je... Lepas tu takde lah aku tengok ke hape. Aku nyusukan Jannah sambil2 rehatkan badan. 


Pas Jannah dah kenyang... aku pi la tengok... masya-Allah...!!!!!

Hadooooiiii... Nak gugur jantung aku tengok lantai dapur tu... hadoiiii makkkk! Memang ler dia kemas... tapi sebelum kemas, anak bertuah tu taburkan semua sisa kelapa parut tu lantai... Surat khabar tu dia dah bungkus masuk tong sampah... tapi isinya dia biar bertabur...!


Fullamakk... dia punya sukaaaa.... bikin aku berasap di dalam nih... haaaiiihh... ngko tak payah bayangkan aku punya meleter macam mana masa tu... hahaha... Amie dah cabut lari awal2... 


Tu kisah hari mantai. Esoknya tu puasa. Kebetulan puasa kali ni jatuh hari sabtu, so hari pertama berbuka tu aku ngan anak2 ikut hasben balik umah mak abah dia. Berbuka kat sana. 


Letih ye Opal? Tabah je dia puasa. Dah biasa. Dia la yang paling tak sabar nak puasa. Asyik menghitung hari je, pehtu jap jap tanya... mak, tak lama lagi kita nak puasa kan mak? Dah nak puasa kan mak? Opal nak puasa lah....


Iye lah, pal! Puasa lah... Nanti mak kejutkan sahur. Tahun ni alhamdulillah... takde hari yang terskip sahur.. hahaha... masa ni kan tengah cuti pantang... seronok rasanya dapat puasa time cuti. Kurang sikit penat. Sebab bila time keje, aku terkejar2 nak balik masak. Kadang terpaksa beli bila tak sempat masak. Kali ni, syiokk... dapat masak ngan tenang jiwa.. de la masanya Jannah meragam... tapi aku ok lagi. Leh handle lagi lah... ( dah tentulah dengan bantuan Opal... πŸ˜˜ )


Hari pertama berbuka, si kacak ni ya Rabbiii... menangis - nangis dia. Hahaha... Jenuh pulak aku nak memujuk. Siksa bebeno dia hari tu. Padahal tinggal sejam je lagi nak berbuka... Tapi dia punya tak larat... adoiiyaiii... menangis - nangis. Kesudahnya, aku suruh je la dia berbuka kalau dah tak tahan sangat. Tapi rugilah... tinggal sejam je lagi. 

Alhamdulillah... gigih dia tahan sampai waktu berbuka. Hahaha... Hari yang seterusnya dia dah ok dah. Aktif balik macam biasa. Loncat sana sini, lari sana sini... Sakat si Amie sampai terjerit - jerit dak sorang tu...😠


Masa berbuka kat rumah mak, husband takde. Dia hantarkan je lepas tu penyelia dia call. ada tugasan hantar pegawai pi berbuka kat mana tah. I dont like okey... tapi biasanya macam tu la... terasa macam masa untuk aku berbuka ngan husband tu bagai dirampas! huhuhu... Pegawai tu takleh ke drive sendiri? πŸ˜’

So hari tu masa berbuka kat rumah mak, takde aktiviti berbuka pon. Sebab, mak ngan adik aku, Cuk Guyu pi meniaga kat bazar Ramadhan. Opal ngan Payel kata nak ikut nenek dorang tu meniaga. Aku bagi je... sebab senang diorang nak berbuka nanti. Aku masa ni cooooti pantang lagi. Tak dapat nak berpuasa ngan anak2. Anak2 berbuka kat gerai bazar mak. Saje aku bagi diorang ikut. Bagi diorang rasa pengalaman baru lak masa berbuka. Hehe


Cik Guyu tengah jobless masa ni... gigih meniaga. Nak cari duit poket untuk raya punya pasal. Mak memang dari tahun2 lepas dia join bazar ni, so tahun ni pon... dalam pada dia fight melawan kanser tu... mak aku tetap meniaga. Katanya, kalau dok rumah je... nanti hati sunyi... bila dah sunyi kang... mula lah sedih... Tu dia meniaga jugak... Sabar lah mak... πŸ˜₯


Badak berendam ter-sedap di dunia. 

Memang wajib tersedap sebab air tangan mak aku... 😝... mak campir ngan isi durian... dah hujung - hujung nak telan habis untuk setiap gigitan tu terasa duriannya. Sedap!

'Berbuka' aku petang tu, makan kuih tepung pelita Ck Guyu ngan kuih badak berendam mak ni lah... bertemankan Amie ngan Jannah.


Hahh... ada lagi... Kuih onde - onde a.k.a buah melaka... Ni additional untuk hari tu je. Pon air tangan mak. Ya Allahhhh.....!!! Sedap giler... Inti air di mulut lepass tuuu....kenyal - kenyal dalam mulut... waahhhhhhhhhhhhhhhh.......... jatuh cinta sangattttt.... πŸ˜πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜


Tepung pelita ni memang sedap dimakan tapi renyah nak buat bekas pandan tu. Nak buat tu je dah makan masa berjam - jam... Kadang kalo penat, Cik Guyu lelap jap... Aku tolong gak... tapi tak membantu sangat... hahaha.. lebih pada mengacau Cik Guyu je... πŸ˜œ


Tu dia lagi 1 kuih.... kuih kaswi!

Yang warna coklat tu... yang hijau tu.. kuih onde - onde!

Sila berkenalan dengan kuih - kuih tradisi kita ye... πŸ˜‰... 


So? Kesimpulannya, Cik Guyu punya kuih just tepung pelita ni je... hahaha. Mak aku gak yang win! Sekali buat, macam - macam jenis kuih yang muncul atas meja... kihkihkih... Tu beza gen muda, ngan orang veteran buat kerja... ekekeke....

Masa berbuka tu, aku ngandap kuih2 tu je... makan sampai kenyang! alhamdulillah... kesudahnya, cekang perut kekenyangan... sebab aku de kirim gak roti john kat Cik Guyu. Aku kena habiskan sorang... hohoho! pengsan.


Ni otw nak pi beli kuih raya. Sian Amie... πŸ˜‚

Sedap tul Payel landing kat bahu dia. Makin kecik je aku tengok Amie... Amie mampu jeling - jeling sinis je... nak marah tak larat sebab dia sendir dah mengantuk. Sepanjang jalan ler dia terpaksa menahan berat Payel kat bahu dia... Alolohhh!

Macma biasa tiap tahun aku berkejar balik semata nak beli kuih raya kat Cik Mek... Anak2 suka semperit Cik Mek. Ngan kuih sarang semut. Kak Ipar aku pon de kirim gak... Dia order kuih sampan... Payah nak cari tempat lain kuih tu... kuih sampan air tangan Cik Mek memang sedap walaupun Cik Mek mengadu, kuih ni susah nak buat ngko tau? renyah! hehe


Abang Opal yang cool pun sama lena, so tak dapat ler nak mintak tolong dia tarik Payel masa tu. 


Ayyoookkk... sape marah? Masa ni tengah tunggu abah dia beli kuih untuk berbuka. Kalau tak silap masa ni sekali lagi kitorang berbuka kat rumah mentua aku. Once dah beli kuih raya ni, selesai dah persiapan untuk raya. Takde apa nak beli dah. Legaaaa sangat bila semua yang aku nak, dah ada... tinggal meraikan hari kemenangan je... Puasa penuh sebulan kan anak2?

Alhamdulillah...